
Assalamualaikum semua.. Apa khabar? Alhamdulillah..
“Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha
Penyayang.
Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (al-Quran)
padamalam al-Qadr. Dan tahukah kamu apakah malam al-Qadr itu? Malam kemuliaan itu
lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu turun para malaikat dan roh
(Jibrail) dengan izin Tuhannya untuk mengatur semua urusan. Sejahteralah (malam
itu) sampai terbit fajar.” (Surah al-Qadr, ayat 1-5)
Pada entry kali ini, Wawa nak kongsi sedikit info yang
Wawa tahu tentang 1 malam yang khusus terjadi di bulan Ramadhan. Malam ini
disebut dalam Al-Quran dalam surah Al-Qadr (kemuliaan) & ia lebih baik dari
seribu bulan. Itu lah dia Lailatul Qadar.
Bila Lailatul Qadar?
-> Tidak diketahui dengan tepat tarikhnya
-> Biasanya di malam-malamganjil daripada 10 hari
terakhir Ramadhan.
-> Waktunya dikira apabila masuk waktu waktu
Maghrib hingga terbit fajar.
-> 1 kaedah mengetahuinya, sesetengah ulama mengira
dengan hari permulaan puasa.
1) Ahad atau
rabu => hari yang ke-29
2) Jumat atau
selasa => hari yang ke-27
3) Khamis
=> hari yang ke-25
4) Sabtu
=> hari yang ke-23
5) Isnin
=> hari yang ke-21
-> Tapi kaedah ini bukanlah suatu yang muktamad
-> Mungkin juga berlaku pada malam yang genap, kerana
bagi negara kita ia malam yang genap tapi bagi negara yang puasa lewat atau
awal 1 hari, ia malam yang ganjil.

Cuaca pada Lailatul Qadar
1) Sangat terang & tenteram, malaikat turun
berduyun-duyun, member salam & aminkan doa mereka yang sedang beribadah.
2) Diriwayatkan dalam 1 hadis Imam Bukhari, pernah
berlaku malam Lailatul Qadar pada malam yang hujan. Oleh itu, jangan abaikan
malam yang hujan kerana menyangka ia bukan Lailatul Qadar. Hujan kan rahmat
dari Allah..
Tanda malam Lailatul Qadar
-> Ada yang berkata orang yang menemui Lailatul
Qadar, ia melihat nur yang terang-benderang di segenap tempat hingga di segala
ceruk yang gelap gelita.
-> Ada pula yang berkata dia mendengar ucapan salam
dan kata-kata lain dari malaikat
-> Ada juga yang berkata ia melihat segala benda
termasuk pohon kayu sujud
-> Ada pula yang berkata permohonannya makbul
Doa & amalan Lailatul Qadar
1) Doa “Ya Allah, sesungguhnya Engkau adalah Maha
Pemberi Kemaafan (Maha pengampun), suka memberi kemaafan (keampunan), maka
maafkanlah (ampunkanlah) aku & kedua ibu bapaku”
2) Banyakkan solat, membaca al-Quran, doa & zikir
3) Bacalah walaupun 1 ayat al-Quran sebelum tidur
(sebaik-baiknya 10 kali surah al-Ikhlas)
4) Bagi perempuan yag haid atau nifas, banyakkan
berzikir sentiasa

Tanda orang yang menemui Lailatul
Qadar
-> Malaikat masuk ke dalam rumah orang beriman dan
member salam, kecuali rumah yang ada berhala, rumah yang menjadi batu api,
orang berkekalan dengan dosa besar & derhaka kepada ibu bapa.
-> 3 tanda orang mendapat salam malaikat, bulu roma
memerang, mengalir air mata jernih & hati berasa tenang sekali.
->Orang yang mendapat Lailatul Qadar ialah orang
yang meningkatkan ketakwaan, hubungan dengan Allah semakin meningkat &
perangai berubah kepada lebih baik.

Terdapat berbagai cerita mengenai tanda-tanda Lailatul
Qadar iaitu dapat saksikan kejadian ganjil-ganjil, tapi cerita itu tidak dapat
disahihkan kebenarannya, ia tidak disebut dalam al-Quran & al-Hadis. Jadi
ia bukan petanda utama Lailatul Qadar, cuma pengakuan rohani orang-orang
tertentu saja.
Jadi, pembaca blog “Coretan Seorang Muslimah”
sekalian, kejarlah malam Lailatul Qadar selagi masih punya kesempatan., sebab
kita tidak tahu, adakah tahun hadapan kita akan bertemu lagi dengan bulan
Ramadhan atau tak, kan..
Yang penting, walaupun sudah tamat bulan Ramadhan
nanti, diharap semua amalan-amalan yang dilakukan pada bulan Ramadhan ini pun
tidak ‘tamat’ ye.. Teruskan dengan istiqamah kerana Allah..

Sayang kalian kerana Allah.. ^_^
Assalamualaikum..

No comments:
Post a Comment