Tuesday, August 12, 2014

Blog baru saya...

Assalamualaikum w.b.t...

Apa khabar pembaca2 blog Coretan Seorang Muslimah semua?
Maaf, sebab lama menyepi..

Di sini saya ingin katakan, bahawa saya telah berpindah ke blog yang baru,
http://nahzatulnazwa.blogspot.com/

Di jemput semua datang jenguk blog baru saya ini..
Segala entry terbaru, saya akn gunakan blog baru ini sahaja.. 

Terima kasih.. ^_^

Wednesday, June 18, 2014

Tenang dgn positif... ;)

Positif...
Think positive, Cakap perkara2 yg positif, & positifkan hati & perbuatan..
Itu salah satu kunci ketenangan hati..

Betul,
Itu yang saya rasa & alami...

Dulu,
Saya banyak berfikir yang bukan2..
Bila ada sesuatu je yang berlaku, saya fikir macam2, sedangkan saya sendiri masih xpasti apa yang berlaku sebenarnya.. fikiran negatif & perasaan negatif menguasai diri..
Disebabkan fikiran2 & perasaan2 negatif tu, saya banyak bersedih, saya banyak menangis atas sesuatu yg xpasti, & kata2 & ucapan2 sy pun menjadi negatif..
Semangat & kata2 positif untuk diri sendiri pun dh hilang entah kemana..

Tapi sekarang, bila saya cuba usaha untuk positifkan fikiran & perasaan sy,
Alhamdulillah, hati sy semakin tenang..
Bila ada sesuatu yang berlaku, walau kdg2 ada fikiran negatif segera menerpa, sy cuba tepis & gantikn dgn fikiran2 yg positif..
Alhamdulillah, its work!
Hati saya tenang sangat, sungguh!
& saya rasa kembali ceria seperti dulu..

Sebenarnya,
Apa yang saya pelajari dari semua ni,
Perasaan & fikiran negatif tu mainan Syaitan je..
Untuk membuatkan kita lupa untuk bersyukur dengan nikmat Allah yang lain, untuk membuatkan kita berasa tidak redha dgn rencana Allah..
Lagipun...,
Bukankah Syaitan telah berjanji pada Allah untuk menyesatkan manusia sampai hari kiamat nanti?

Tambahan lagi,
Akak naqibah saya pun ada pesan, kalau boleh, setiap hari, lakukanlah 3 jenis solat sunat ni;
1) solat sunat taubat --> sebab kita bukan maksum, setiap hari kita buat dosa, xkira kecil atau besar, sedar atau tidak..
2) solat sunat hajat --> sebab setiap hari, pasti ada hajat & sesuatu yang kita nak.. mintalah dari Allah..
3) solat sunat istikharah --> sebab setiap hari pasti kita akan berdepan dgn pilihan.. jd mintalah pada Allah agar sentiasa tunjukkn kita dgn pilihan yg baik.. (solat sunat istikharah ni bkn utk jodoh saja tau.. hehe)

Ok lah, rasanya sampai di sini saja entry saya kali ini..
Maaf sbb agak merapu dan xtersusun..
Lama x menulis.. hehe
Apepun doakan saya, diri anda & org2 di sekeliling kamu agar kita semua sama2 berada di bawah limpahan kasih-sayang Allah sentiasa.. ;)

Assalamualaikum...

Saturday, April 5, 2014

Bernafas Dalam Jiwa Hamba

Assalamualaikum w.b.t..

Apa kahabar semua pembaca Coretan Seorang Muslimah? Saya harap awak semua sihat, & sentiasa berada di bawah rahmat & kasih sayang-Nya..


Baiklah, untuk entri kali ni, saya nak berkongsi info-info yang saya perolehi dari sebuah forum yang bertajuk "Bernafas Dalam Jiwa Hamba". Forum ini diadakan sempena Festival Tradisi Intelektual Islamik 2014 (FESTIM 2014) yang telah diadakan pada 20-27 mac 2014 di Kolej Kelima, UPM. Saya merupakan salah seorang ahli jawatankuasa untuk menjayakan festival ini & saya merupakan ketua pemantau untuk forum ini.


Baiklah, tetamu jemputan yang saya telah jemput untuk bersama kami semasa forum ini ialah En, Zuhaimi bin Abdul Rahim sebagai moderator forum, dan ahli panelnya ialah IM Fakhrul & Ustaz Sabir bin Jamaludin.





 Baiklah, di atas ni lah gambar semasa forum itu berlangsung.. hehe.. ok2, apa kata kalau kita proceed terus dengan isi forum, ye..

1) Apa yang ustaz faham mengenai "Bernafas Dalam Jiwa Hamba" ini? Siapakah hamba itu dan apa yang sepatutnya yang perlu ada dalam diri, hati & jiwa hamba itu? (IM Fakhrul)
> Bernafas dalam jiwa hamba --> terbahagi kepada 2 perkara,
i) Bernafas --> orang yang bernafas, maknanya orang itu hidup
ii) Jiwa Hamba --> manusia yang mempunyai jiwa hamba kepada Allah
> Jadi, boleh disimpulkan, “Bernafas Dalam Jiwa Hamba” ini bermaksud seseorang yang hidup & hidupnya bersama dengan jiwa sebagai hamba Allah.
> Hidup dalam keadaan jiwa hamba kepada Allah walau apa jua pangkat kita.
> Tiada darjat atau pangkat yang paling tinggi di sisi Allah kecuali pangkat hamba.
> Dalam surah al-Furqan, Allah ada menceritakan tentang 1 sifat iaitu Ibadurrahman (hamba kepada ar-Rahman). Dalam sifat ini, ada 12 ciri-ciri untuk mendapatkan sifat Ibadurrahman itu.

Baiklah, sebenarnya di sini IM Fakhrul tak kupas sangat ape 12 ciri tu.. Jadi, saya tolong carikan untuk dikongsi bersama dengan semua pembaca ye..

1) Tawaduk (rendah hati)
2) Lemah lembut
3) Melakukan Qiyamullail
4) Takut api neraka
5) Ekonomis dalam pengeluaran, tidak bermewahan dan tidak boros
6) Ikhlas melakukan ibadat kerana Allah
7) Tidak melakukan pembunuhan
8) Menjauhi perbuatan zina
9) Menjauhi penyaksian palsu
10) Tidak mengerjakan perbuatan-perbuatan yang tidak berfaedah
11) Mematuhi perintah Allah
12) Mendoakan kebaikan bagi keluarga dan keturunan

> Allah menyandarkan hamba kepada ar-Rahman
> Apa sahaja yang kita hembus ni, biarlah kerana Allah.
> Apa yang kita buat dari sebesar-besar perkara ke sekecil-kecil perkara, kena ingat Allah.


2) Sebagaimana tajuk forum ini merujuk kepada kita adalah hamba Allah yang hidup di dunia ini, jadi bagaimanakah caranya nak terapkan dalam hati seseorang itu untuk sentiasa ingat bahawa kita ni hidup di dunia ini sebagai seorang hamba Allah. (Ustaz Sabir)
- Kenapa kita dijadikan oleh Allah?
- Allah bukan cipta kita ni suka-suka.
- Kita mesti tahu tujuan hidup kita.
- “Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk menyembah Aku” (Az-Zariyat; 56)
- Allah dah jelaskan, “Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui” (al-Baqarah; 30)
- Allah bagi kita pendengaran, penglihatan dan akal/mata hati lapada kita untuk mengenal Dia.
- Disebabkan itulah, disunnahkan kepada kita untuk melaungkan azan di telinga bayi kerana telinga berfungsi dulu lepas bayi lahir.
- Manusia yang “Bernafas Dalam Jiwa Hamba” itu, hidupnya penuh dengan buat kebaikan.
- Tanya diri kita, adakah kita bangga jadi orang islam?
- Sentiasa cakap pada diri kita, saya bangga jadi seorang muslim;
    i) sebab saya ada Allah
   ii) sebab saya ada al-Quran
   iii) sebab saya ada Rasul
- Kita kena tahu kita datang dari mana, kemana destinasi yang akan kita tuju..
- Sentiasa Tanya diri kita soalan-soalan ini, jadi kita boleh terapkan sifat seorang hamba kepada Allah dalam diri kita.





3) Dalam konteks seorang pelajar, biasanya jika pelajar ni menghadapi masalah, orang pertama yang dia cari adalah ibu bapa & kawan-kawan, meluahkan masalah kepada mereka, dengan harapan kedua ibu bapa & kawan2 mereka ni boleh tenangkan hati mereka. Persoalannya, adakah salah jika seseorang berfikiran begitu sedangkan kita tahu, hanya Allah yang boleh memberi ketenangan kepada hati kita. pendapat ustaz? (IM Fakhrul)
> Kalau kita semata-mata mengadu kepada manusia, tanpa mengadu kepada Allah, itu memang salah.
> Kalau seseorang itu, memang dia bernafas dengan jiwa sebagai seorang hamba Allah, apa yang dia buat, dia akan letakkan Allah di hati dia.
> Bila ditimpa musibah, orang yang bernafas dengan jiwa hamba ini, dia akan terus mengadu kepada Allah, sebab dia rasa dia ada Allah.
> Kita akan sentiasa tahu yang ada Allah yang Maha Berkuasa.
> Apa sahaja masalah, terus mengadu kepada Allah, sebab tahu hanya Allah sahaja yang boleh selesaikan masalah.
> “dan mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat” (al-Baqarah; 45)
> Dengan 2 cara ini Allah akan tolong selesaikan masalah kita.
> Kalau kita cari ketenangan bukan dengan 2 cara itu, ketenangan tu akan datang, tapi sekejap saja. bila kita duduk sorang-sorang, masalah itu akan dating balik.
> Bila kita nak selesaikan masalah,
   i) Mengadu pada Allah
   ii) Solat, doa dan istighfar (minta ampun)
> Kalau kita tak minta ampun pada Allah, jauh dari Allah, mana mungkin Allah nak selesaikan masalah kita.
> Antara sebab mustajab doa. (Jadi kalau dalam keadaan ni, banyakkan berdoa)
   i) Musafir
   ii) Kusut-masai
  iii) angkat tangan minta pada Allah
  iv) Sebut Ya Rabb banyak kali
  v) Jangan makan, minum & pakai benda haram
  vi) doa dalam keadaan beradab
> Allah dekat dengan kita, lebih dekat dari urat tekak.
> Tapi kita rasa jauh, sebab kita tak bernafas dalam jiwa hamba.
> Dengan istighfar, taubat, usaha dan doa, insya-Allah, Allah bagi jalan penyelesaian masalah.

Lepas part ni, IM Fakhrul terus menyanyi sikit lagu Insya-Allah, by Maher Zain.. :)

Turn to Allah
He never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
Ya Allah
Guide my steps, don’t let me go astray
Show me the way
Show me the way
Show me the way
Insya-Allah, you’ll find your way




4) Umat islam pada zaman kini sering menyatakan bahawa dia seorang Islam, tetapi tidak mengamalkan sepenuhnya ajaran Islam. Sebagai contoh di Malaysia sahaja, muslimah-muslimahnya banyak yg mendedahkan aurat, judi berleluasa, maksiat bermaharajalela dan sebagainya. Jadi, apa pandangan dan pendapat ustaz mengenai perkara ini? (Ustaz Sabir)
- Islam dulu dan sekarang x sama.
- Banyakkan niat sesuatu kerana Allah.
- Banyakkan pergi ke taman-taman Syurga
- Taman-taman Syurga -> Majlis zikrullah -> Majlis yang ada bacaan potongan ayat-ayat al-Quran
- Kenapa kita tak boleh jadi hamba Allah?
- Sebab sekarang ni, kita banyak menipu diri kita sendiri, xjujur dengan diri kita sendiri.
- Tengok balik niat kita bila buat sesuatu kerja.
- Niat kita itu kerana Allah atau kerana perkara lain?
- Kalau nak tido kena ingat Allah, nak hidup kena ingat Allah, maka seluruh hidup kita hanya kerana Allah.
- Orang yang mengaku Islam, tapi x mengamalkan gaya hidup Islam, maka dia sebenarnya tidak kenal Allah, tidak kenal syurga dan neraka.
- Punca segala-galanya, sebab kita tinggalkan apa yang nabi buat iaitu amar makruf, nahi mungkar.


Sesi soal jawab :-
1) Boleh ustaz cadangkan 1 cara praktikal untuk kita bantu golongan remaja yang hanyut & lalai dengan godaan duniawi.. (merujuk kepada kisah beberapa remaja yang meninggal di sebuah konsert) (Ustaz Sabir)
- Masalah umat zaman sekarang, kita melihat Islam itu dakwahnya hanya di masjid, surau dan majlis-majlis dakwah.
- Fikir, apa yang kita dah buat untuk Islam.
-At least, buat sesuatu yang kecil pun xpe.. Mcm post pasal kebaikkan, tampal kat dinding bagi orang lain baca ke.
- Sekarang ni pun kita ada facebook, post perkara yang baik-baik di facebook tu.

Penggulungan :- (IM Fakhrul)
> Mudah-mudahan Allah bagi hidayah pada kita agar terang hidup kita.
> Ilmu ini lebih mulia kerana ilmu inilah yang akan menjaga kita.





Baiklah, sampai di sini sajalah kot.. Sebenarnya ketika sesi penggulungan oleh IM Fakhrul tu, banyak yang IM Fakhrul cakapkan sebenarnya, tetapi saya tak sempat nak catat sebab tak berapa fokus time tu..

Kenapa tak fokus? hehe.. Sebab.., masa sesi soal jawab tu, lepas Ustaz Sabir menjawab soalan, dia cakap dia perlu balik secepat mungkin lepas IM Fakhrul buat penggulungan. Dia ade perkara urgent, iaitu, dia kena bawa isteri dia ke hospital untuk bersalin... Lepas tu saya dan beberapa orang ahli jawatankuasa semua agak panik sedikit, agak kelam kabut sebab kami tak tahu menahu pun pasal tu. Dan disebabkan kepanikkan itulah, saya x berapa fokus ketika IM Fakhrul bercakap semasa sesi penggulungan tu.. Sempat tangkap 2 ayat tu je.. Walau macam mana pun, ini merupakan 1 pengalaman baru buat kami semua semasa menjayakan program.. kenangan yang tak dapat dilupakan.. hehe

Saya rasa sampai di sini sajalah entri saya kali ni.. Maafkan segala silap saya jika ada salah silap dalam bicara di entri ini.. Yang baik tu datang dari Allah, yang buruk itu datangnya dari diri saya yang banyak kekurangan.. Semoga berjumpa lagi di entri lain kali.. Insya-Allah..

Keep calm & teruskan mencari redha Allah.. :)

Assalamualaikum.. ^_^




Friday, March 28, 2014


Assalamualaikum...

Di sini saya nak berkongsi sedikit madah kata-kata yang saya jumpa di facebook seorang muslimah.. sungguh, madah-madah ini amat menyentuh hati saya saat mula saya membacanya.. Jadi, saya kongsikan di sini untuk tatapan kalian semua..

selamat membaca ye.. ;)


Andai rasa diri tidak diterima ramai,

Andai rasa diri dibenci ramai,
Andai rasa diri dibuli ramai,
Andai rasa diri ditertawa ramai.

Andai rasa tertekan dengan sekeliling,
Andai rasa tidak mahu hidup dengan sekeliling,
Andai rasa bergelora dengan sekeliling,
Andai rasa bukan tempatmu dengan sekeliling.

Andai rasa tidak layak bergembira,
Andai rasa tidak layak bersuara,
Andai rasa tidak layak bahagia,
Andai rasa tidak layak untuk hidup didunia.

Apa saja rasa yang menjatuhkanmu,
Apa saja rasa yang melemahkanmu,
Apa saja rasa yang membinasakanmu,
Apa saja rasa yang mendosakanmu.

Hanya satu pesananku terhadapmu.
Biar dunia menyepi, asal syurga menari-nari.

Biar bagaimanapun persepsi buruk mereka terhadapmu,
Biar bagaimanapun hinanya dimulut mereka terhadapmu,
Biar bagaimanapun kejinya pandangan mereka terhadapmu,
Biar bagaimanapun pendosanya dihati mereka terhadapmu,

Biarkanlah,
Biarkan.

Masa depanmu bukan ditangan mereka,
Tercatitnya amalanmu bukan ditangan mereka,
Intuisimu bukan di tangan mereka,
Syurga neraka mu nanti bukan di tangan mereka.

Luqmanul hakim, 
Tidak terkenal dizamannya.
Namun dijulang alQuran sepanjang zaman.

Rabiatul Adawiyah,
Matinya keseorangan di kejauhan orang,
Tapi kisahnya iktibar sepanjang zaman.

Uwais al Qarni,
Tidak pernah sempat berjumpa nabi,
Fakir pengembala tiada apa,
Walau tinggal sezaman dan hati keingini,
Tapi disebut-sebut Rasulullah s.aw. sebagai ahli syurga.

Thursday, December 5, 2013

Takde jodoh? Renungkan semula~~





Bila putus cinta, tak jadi kahwin, putus di tengah jalan..
Kita biasa dengar ungkapan ni.

"Dah takde jodoh..."

Tapi saya nampak ianya lebih dari itu. Ada banyak punca, antaranya:

Ianya adalah pengajaran dari Allah.

Orang bercinta atau orang yang tengah sayang menyayangi, timbul sampai ke satu tahap mereka rasa, atau salah seorang dari mereka rasa,

"Dialah segala-galanya bagi aku."
"Aku hanya sayang dia seorang."
"Cinta aku hanya untuk dia."
"Rinduku milik dia."
"Ah, hanya dia."
"Hatiku milikmu."
"Dialah satu, tiada dua."
"Hanyalah satu yang bertakhta di hatiku."
"Kalau aku ada kambing seekor, aku hanya akan berikan padamu."
dan bermacam lagilah.









Bila sampai ke tahap ini, maka mereka yang terlibat sebenarnya telah buat kesilapan yang besar iaitu MELEBIHKAN seseorang dari YANG LEBIH PATUT DILEBIHKAN.

Dgn kata lain, melebihkan cinta seseorang melebihi cinta kepada Tuhan.

Pada Tuhan tak pernah² diluahkan rasa sayang dan kasih sebegitu dahsyat. Tapi, pada manusia yang tak beri manfaat apa-apa, dia beri segalanya. Beri hatinya.

Lalu, Allah STOPKAN perhubungan tu. Maka terputuslah di tengah jalan.








Tak kiralah putus sebab apa pun. Sebab orang ketiga, sebab salah faham, sebab gaduh, sebab mak bapak tak berkenan, sebab keluarga, sebab harta, sebab sikap, sebab tak sefahaman, sebab nafsu tak dapat kontrol, sebab cempedak jadi nangka, sebab berebut murtabak dan macam2 sebab lagi. Itu cumalah asbab.

Sedang yang mengawal hati, menentu jodoh, menjadikan hubungan itu smooth atau celaru, semua di tangan Allah.

After hubungan tak kesampaian, sekarang siapa yang di tuju?

Allah juga jadi tempat yang dituju.
Allah juga jadi tempat mengadu.
Lalu terpacullah dari bibir,
Tertaiplah pada statusmu, blogmu, nukilanmu,

"Cukuplah Allah bagiku."

Selama ini kita cabar Allah dengan melebihkan manusia dari Dia.
Lalu Dia seru sahaja mengikut iradat-Nya,

"Kun Fa Yakun."

Putuslah.
Berakhirlah.

"Kembali sujud pada-KU!"

Sekarang setelah dah tiada jodoh,
Siapa yang awk lebih perlukan?

Barulah tersedar,
"Saya perlukan Allah.
Saya sayang Allah."


Akhir kata, jangan cabar Allah Ta'ala..
Dengan sengaja atau tidak sengaja













Setiap apa yang kita baca, setiap teguran & nasihat orang lain kepada kita, kadang-kadang secara tidak langsung ianya merupakan teguran dari Allah untuk kita yang disampaikan oleh-Nya melalui hamba-Nya yang lain.. Keep smiling.. ^_^



Ajarkan aq untuk redha dengan segala ketentuan-Nya.. :)

Sunday, November 3, 2013

Semuanya perancangan Allah...

:♥ Kita BERKENALAN secara tak sengaja, adalah PERANCANGAN ALLAH..
:♥ Kita BERKAWAN begitu lama bertahan pun, ALLAH yang RANCANG..
:♥ Kita dikurniakan RASA SUKA antara satu sama lain juga, ALLAH yang BERI..
:♥ Kita masih BERSAMA walau banyak dugaan menimpa, ALLAH yang ATURKAN..
:♥ Kita dikurniakan KESEDARAN dan KEINSAFAN juga kerana, ALLAH SAYANG PADA KITA..
:♥ Kita BERJAUHAN untuk mencapai REDHA-NYA juga, DIA yang RANCANG...
:♥ Kita BERDOA untuk KEBAHAGIAAN masing2 juga, ALLAH yang DETIKKAN dalam hati kita..

dan ketahuilah, sama ada hubungan kita akan BERKEKALAN
sehingga ke SYURGA atau TERPUTUS di TENGAH JALAN juga
ALLAH yang akan tentukan...
jadi, usah risau..
andai kamulah jodoh yang ditetapkan ALLAH di Luh Mahfuz untuk saya...
InsyaAllah kita akan BERSATU juga walau dipisahkan dengan jarak dan masa...♥♥♥




Sunday, October 6, 2013

Jadilah seorang wanita solehah..





Jadilah seorang wanita solehah,

Yang hatinya dibalut rasa taqwa kepada Allah,
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Dien Allah,
Yang sentiasa haus dengan ibadah kepada Allah,
Yang sentiasa dahaga akan mengharap redha Allah,
Yang solatnya adalah bekal dirinya,
Yang tidak pernah takut untuk berkata benar,
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu,
Yang sentiasa bersama para mujahidah Allah.


Jadilah seorang wanita solehah,
Yang menjaga tutur katanya,
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya,
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya,
Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang,
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jahat.


Jadilah seorang wanita solehah
Yang menghormati suaminya,
Yang sentiasa berbakti kepada orang tua dan keluarga,
Yang bakal menjaga kerukunan rumah tangga,
Yang akan mendampingi suami dalam mendidik anak-anaknya untuk mendalami Islam,
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan,
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat.










Jadilah seorang wanita solehah,
Yang sentiasa bersedia untuk menjadi makmum imamnya,
Yang hidup di bawah naungan al-Quran dan qana'ah
Yang tidak dikotori dengan perhiasan dunia,
Yang menjaga matanya dari berbelanja,
Yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah ke atasnya.


Jadilah seorang wanita solehah,
Yang selalu menjaga lisan, penyayang kepada keluarga,
Matanya kepenatan kerana membaca al-Quran,
Suaranya lesu kerana penat berzikir,
Tidurnya lelap dengan cahaya keimanan,
Bangunnya Subuh penuh kesigapan,
Karena dia sedar betapa indahnya menjadi wanita solehah melebihi perhiasan apapun didunia,
Semakin sedar bertambah usianya bertambah kematangannya.









Jadilah seorang wanita solehah,
Yang sentiasa mengabdikan diri untuk menjadi mujahidah Allah,
Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat,
Yang mana buah kehidupan itu perlu dipelihara dan dijaga,
Agar tumbuh putik tunas yang bakal menjaga dirinya di alam baqa'
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian.


Jadilah seorang wanita solehah,
Yang tidak terpesona dengan buaian dunia,
Kerana dia mengimpikan syurga Allah…