Thursday, July 4, 2013

Perancangan Allah itu lebih baik.. :)

Assalamualaikum...






Analoginya..,
Bayangkan..Kita ada anak kecil umur 3 tahun. Satu hari, kita tengah masak di dapur si anak ternampak pisau merengek-rengek dia menangis nakkan pisau jadi mainan

agak-agak kita bagi?
Tentulah tak bagi kan..

Adakah ini tandanya kita tidak sayangkan anak bahkan,kerana sayanglah kita enggan berikan.. Walaupun di mata anak pisau itu 'menyeronokkan'tapi kita lebih tahu ia merbahaya untuk anak kita

kita lebih tahu
anak tidak tahu...






Begitulah juga kita dengan Allah kita 'merengek' nakkan sesuatu tetapi Allah tidak izinkan adakah Allah tidak sayangkan kita? Bahkan kerana sayanglah kemahuan kita tidak diturutkan malah diganti dengan yang lebih baik


kerana apa yang kita mahukan itu mungkin kelihatan baik pada pandangan kita tetapi tidak pada pengetahuan Allah.


Allah lebih tahu..
Kita tidak tahu..
Kita merancang,Allah juga merancang..
Tetapi perancangan Allah itu lebih baik..
^_^ 







No comments:

Post a Comment