Sunday, September 1, 2013

Untukmu Wahai Seorang Sahabat.. :)




Saya dan awak adalah sahabat. Saya sentiasa ada di waktu awak susah dan senang. Saya sentiasa di sisi awak waktu suka dan duka. Saya selalu memberi awak kata-kata semangat agar awak lebih mengenali diri awak yang sebenar. Saya selalu buat awak ketawa dan tersenyum di kala awak sepi. Saya selalu memujuk awak kalau awak menangis dan sedih.


Saya dan awak adalah sahabat. Awak pernah memutuskan persahabatan saya. Namun ibarat pepatah, persahabatan tidak pernah akan putus. Suatu hari nanti pasti sahabat itu dicari semula. Saya tidak pernah membuang sahabat tetapi kadang-kadang sahabat yang membuang saya. Dari sini saya mengajar awak erti keikhlasan dalam persahabatan.


Saya dan awak adalah sahabat. Saya benyak belajar erti persahabatan dalam hubungan ini. Untuk bersahabat dengan saya, awak kena belajar berterus-terang kerana dalam hukum persahabatan tiada rahsia yang boleh membuatkan hati seorang sahabat terluka.








Untuk awak, saya titipkan satu kata-kata yang diperolehi dari pembacaan..


Kalau satu hari awak menangis, beritahu saya,
Saya tak janji nak buat awak tersenyum,
Tapi saya boleh menangis bersama awak.


Kalau satu hari awak ada masalah,
Awak bagi tahu saya,
Saya tak janji nak bagi penyelesaian,
Tapi awak boleh kongsi dengan saya.


Kalau satu hari awak nak pergi berjalan,
Bagitahu saya, saya bukan nak halang awak,
Tapi…
Saya boleh teman awak dan menjaga awak.


Kalau satu hari awak perlukan seseorang untuk mendengar cerita awak,
Saya janji saya akan ada untuk awak.


Tapi kalau satu hari awak perlukan saya,
Dan saya tak muncul-muncul,
Mungkin kerana Allah lebih memerlukan saya.







Saya dan awak adalah sahabat. Seandainya satu hari nanti saya tiada lagi di sisi awak,,, awak kena ingat bahawa, persahabatan saya dan awak tidak pernah putus dan awak kena belajar erti berdikari dalam persahabatan kerana waktu itu awak akan tahu pentingnya seorang sahabat dalam hidup awak.



Dan lagi satu awak, awak kena ingat juga sentiasa, bahawa saya sayang awak sangat-sangat.., kerana bagi saya, awaklah pencetus semangat saya. Allah hadirkan awak kepada saya sebagai sumber keceriaan & kekuatan saya menempuh hidup ini.. 









buat awak, MF..

No comments:

Post a Comment