Thursday, December 20, 2012

♥ TULUS NYA CINTA PADA MU TEMAN ♥



Madah indah, khas buat seorang sahabatku..
Bersahabat dengan ikhlas kerana Allah,
Moga-moga hubungan ini akan berkekalan..
Insya-Allah.. ^_^




♥ Tulusnya cinta pada mu teman. 
♥ Tidak menuntut KESEMPURNAAN.

♥ Kita terima segala KEKURANGAN.

♥ Tiada syarat PERSAHABATAN.





♥ Tulusnya cinta pada mu teman.

♥ Jauh tidak menjadi HALANGAN.

♥ Lama tidak menjadi RINTANGAN.
♥ Besar sungguh KESETIAAN.






♥ Tulusnya cinta pada mu teman.

♥ Kesetiaan itu penuh KETULUSAN.

♥ Tiada KHIANAT dalam perhubungan.
♥ Terukir di hati satu KEINDAHAN.






♥ Tulusnya cinta pada mu teman.

♥ Meski menuntut banyak KESABARAN.

♥ Meski menempuh banyak KESULITAN.
♥ Namun IKHLAS tetap bertahan.






♥ Tulusnya cinta pada mu teman.

♥ Tak akan LELAH untuk bertahan.

♥ Tak akan MENYERAH untuk berkorban.
♥ BAHAGIA pasti kita temukan.

Saturday, November 3, 2012

Ingatan yang berguna, Insya-Allah...


FORUM SENTUHAN QALBU HAMBAMU

Tarikh  :-  31/10/2012
Tempat  :- Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, UPM
Ahli panel :-
1) Mohd Suffian saujana (moderator foum)
2) Ustaz Khairul Amri
3) Ng Kuan Beng
4) Ustaz Mizan (slot kedua)





~ Allah tidak menduga hamba-Nya kecuali untuk melihat hamba-Nya bahagia di sana, insya-Allah di Syurga.
~ Kadang2 bila kita kehilangan sesuatu, kita terlupa bahawa itu kafarah dosa2 lalu kita.
~ Kadang2 bila kita dapat sesuatu, kita terlupa bahawa itu nikmat utk kita syukuri.
~ Bila kta diuji, kadang2 kita marah, tapi kita terlupa bahawa Allah sedang uji kita.


Bagaimana nak jadi hamba yang betul2 bertakwa? (tips). (Ustaz Khairul Amri)
~ Melibatkan hubungan antara hamba dan Allah S.W.T.
~ Sebelum lahir, kita dah mengaku bahawa kita ini hamba Allah.
~ Tapi kita perlu sedar, realitinya sekarang kita semakin lupa akan janji kita pada Allah.
~ Sifat hamba à Apa yang Allah suruh, kita wajib taat.
~ Persoalannya, adakah kita tergolong dalam golongan hamba Allah.
~ Sifat hamba Allah
 i) Islam
ii) Apa Allah suruh buat à kalau kita langgar, kita keluar dari golongan hamba Allah yang taat dan jangan jadi hamba yang sentiasa memenangkan hawa nafsu. Cth, asyik tidur,xnak bgn solat malam, xnak buat solat sunat.
~ Kita hidup di dunia hanya untuk mengabdikan diri pada Allah.


Apa yang mengetuk hati untuk memeluk Islam? (Ng Kuan Beng)
~ Apa tujuan hidup kita?
~ Perkara yang menarik minat mengenai Islam à solat, bagaimana khusyuknya seseorg itu dlm solat.
~ perkara yg menyebabkn memeluk agama Islam à surah al-Ikhlas.
~ Tuhan itu 1, tidak bergantung kepada sesiapa, tidak beranak & tidak diberanakkan.


Macam mana nak masukkan komitmen menjadi seorang hamba Allah yang baik dan taat dalam kesibukan kerja? (Ustaz Khairul Amri)
~ Indahnya Islam à Allah dah beri segala-galanya dalam al-Quran & sunnah.
~ Bagaimana nak kembali kepada Allah? Ada 3 kaedah :-
i) Kena ada ilmu pengetahuan
- Umat Islam paling ramai jahil pada agama sendiri.
- Kesilapan kita, ramai yang anggap agama itu 1 sampingan.
ii) Berdakwah
- Islam tak nampak watak Rasulullah, sebab tu x keluar berdakwah
- Islam agama fitrah, agama yang sebenar, agama yang patut dianuti oleh semua makhluk.
- Kitalah yang telah memberhentikan dakwah Rasulullah
- Dunia ni tempat Allah sediakan utk kita mencari semua nikmat Allah.
- Golongan fasik lebih ramai dari golongan yang bertakwa.
iii) bangun malam à Qiamulail
- Asasnya rohani
- Andai hati kotor, rohani lemah, mudah terpengaruh dengan anasir-anasir luar.
- Bila ingat Allah, hati akan tenang.
- Bila kita frust, ditimpa musibah, baru nak kembali kepada Allah à itu yang selalu berlaku.
~ Apa je kita buat, niat atas nama Allah, akan dikira ibadah.
~ Bila kita x niat kerana Allah, akan jadi adat.
~ Bila perkara tu menjadi adat, tdk dikira sebagai ibadah.
~ Ilmu pengetahuan à bangkit berdakwah, buat amal ibadah à lahirlah umat yang tawadhuk.
~ Walau buat byk amal, jgn riak..





Reaksi keluarga bila memeluk Islam. (Ng Kuan Beng)
~ Dugaan bermula ketika ayah meninggal dunia 6 bln setelah memeluk Islam
~ Anggap itu dugaan dari Allah.
~ Tanamkan ilmu dalam diri, kuatkan iman.
~ Tempat mengadu à Allah
~ Mendapat kekuatan dari solat.
~ Setiap kali menghadapi dugaan yang teruk, dari situ boleh nampak, menjadi kuat selepas soalat & mengadu kepada Allah.
~ Saat sujud itulah saat yang paling hampir dgn Allah.


Apa yang umat Islam patut lakukan supaya kita rasa semuanya sama & saling menghargai? (Ng Kuan Beng)
~ Bila Allah beri kita tanggungjawab, itu adalah amanah.
~ Amanah kita à Amar makruf nahi mungkar
~ Kalau syg kwn, hargai dia, jgn biarkan dia masuk neraka.
~ Kita dah tahu kebenaran, adakah kita menyebarkan kebenaran itu?
~ Sanggupkah anda bila di akhirat nanti, Allah bertanya kepada kawan2 anda, terutama yg non-muslim ttg diri anda, kwn anada itu menjawab, “Selama dia berkawan dgn saya, dia TIDAK PERNAH beritahu saya pasal Islam”
~ Mula berubah sekarang.
~ Kalau ada orang nak ketahui apa yang kita tahu, bagitahu apa yang kita tahu.
~ Paling mudah, baca surah al-Ikhlas & maknanya pada mereka.
~ Ramai yang memeluk Islam kerana surah al-Ikhlas.
~ Sampaikan walau 1 ayat.
~ Sebar sesuatu perkara yang anda pasti.


Sedikit peringatan. (Ustaz Khairul Amri)
~ Pertama, renung hadis Rasulullah S.A.W, “Sesungguhnya ilmu ini dgn kamu belajar.”
~ Bawa peranan utk memahami agama Islam.
~ Kedua, sinonimnya org Islam dan orang beriman akan diuji.
~ Sentiasa kenangkan Rasulullah.
~ Ingat Nabi, susah payahnya Nabi.
~ Kerana susah payahnya Nabi, kita dapat nikmat Islam.
~ Kalau xda Nabi2, mungkin skrg kita x knl Islam, kita termasuk dalam golongan orang yang kufur.
~ Bila org Islam itu hilangnya Allah dlm hati, di situ syaitan akan  mengganti.





~ Nak buat apa2, ingat mati.
~ 4 kunci syurga
i) Beriman
ii) Beramal soleh
iii) Berpesan2 dgn kebaikan
iv) Berpesan2 dgn kebenaran
~ Cari ilmu, belajar untuk mengajar
~ Belajar utk sampaikan pada org len.



USTAZ MIZAN
~ Allah telah beri kita nikmat ruang dan peluang.
~ Selangkah kita melangkah mencari rahmat-Nya, seribu langkah Allah menyambut dengan rahmat-Nya.
~ Jadilah hamba yang terbaik
i) Hamba yang mampu memperbaiki diri setiap hari
ii) Jaga hubungan dengan sesiapa yang diamanahkan kepada kita.
~ Jadi anak yang terbaik utk ibu dan ayah.
~ Setiap perkara yang berlaku di dunia ini akan dipertanggungjawabkan.
~ Jadikan diri kita mempunyai jiwa yang kuat untuk bermujahadah.
~ Orang yang mengaku beriman kepada Allah, terpecah kepada 3 golongan :-
i) Orang yang ketika hidupnya dipimpin oleh petunjuk al-Quran dan Sunnah
ii) Fasik
iii) Munafik
~ 3 ujian yang kita biasa dapat :-
i) Pemberian nikmat
ii) Tarik nikmat
iii) Ujian dgn makhluk2 Allah yang lain.
~ Bile diberi nikmat, syukur.
~ Tanda syukur :-
i) Buat apa yang Allah suruh
ii) Tinggal apa yang Allah larang
~ Bila ditarik nikmat, kena sabar dan tabah.
~ Begitu juga bila dpt ujian dgn makhluk2 Allah yg lain.



Friday, September 28, 2012

Adakah Ini Cinta?

Adakah ini cinta?
Puisi Awak, Kita Ini Bercintakah?







Awak,




Kita tidak berpegangan tangan seperti mereka,


melafaz kata cinta berbalas-balasan,


bahkan sering ada jarak antara kita,

dan wujud pelbagai batasan,

Kita ini bercintakah?


Awak,

Kita ini tidak sering berhubungan,

tiada bicara manis,

dan masing-masing sibuk dengan diri untuk dipersiapkan.

Kita ini bercintakah?





--------------------------------------------


Ya,

Kita ini bercinta,

cuma bukan dengan definisi mereka.

Tetapi dengan definisiNya.

Belum waktunya untuk melangkaui batas yang ada,

sekarang adalah masa untuk mempersiapkan diri kita.

Manis hubungan bukan pada pegangan tangan,

juga bukan pada bicara kata,

tetapi dengan hubungan kita terhadap Tuhan,

dan sejauh mana kita menjaga pasangan dari neraka.

Nanti bila bersama,

kita bukanlah keluarga biasa,

bahkan pasangan yang siap untuk menembus syurgaNya.

Awak,

bukankah itu adalah cinta?



-------------------------------------------------------------------





Kalau nak bercinta sesama manusia, jadikan cinta kita itu luar biasa di antara semua cinta orang lain. Cinta yang berlandaskan syariat =')

Cinta boleh kerana hati kita memang terpaut kepada sesama manusia. Sedangkan haiwan pun ingin berdua, inikan pula kita manusia yang mempunyai akal dan nafsu.

Gunalah akal untuk mengawal nafsu dan bercinta seperti yang dilandaskan syarak, InsyAllah bahagia hidup kita






Friday, August 3, 2012

Wanita Solehah


♫ MUHASABAH SEORANG WANITA SOLEHAH ♫

♥ .:|:. ♥ .:|:. بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ:. ♥ .:|:. ♥ ...

Jadilah seorang WANITA SOLEHAH....,
Yang hatinya dibalut rasa taqwa kepada Allah,
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Deen Allah,
Yang sentiasa haus dengan ibadah kepada Allah,
Yang sentiasa dahaga akan mengharap redha Allah
Yang solatnya adalah bekal dirinya,
Yang tidak pernah takut untuk berkata benar,
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu,
Yang sentiasa bersama para mujahiddah Allah

Jadilah seorang WANITA SOLEHAH,
Yang menjaga tutur katanya,
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya,
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya,
Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang,
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jahat






Jadilah seorang WANITA SOLEHAH,
Yang menghormati suaminya.
Yang sentiasa berbakti kepada orang tua dan keluarga,
Yang bakal menjaga kerukunan rumah tangga,
Yang akan mendampingi suami dalam mendidik anak-anaknya untuk mendalami Islam,
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan,
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat.

Jadilah seorang WANITA SOLEHAH,
Yang sentiasa bersedia untuk menjadi makmum imamnya
Yang hidup di bawah naungan al-Quran dan sunnah
Yang tidak dikotori dengan perhiasan dunia
Yang menjaga matanya dari berbelanja,
Yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah ke atasnya.






 


Jadilah seorang WANITA SOLEHAH,
Yang selalu menjaga lisan, penyayang keluarga & suaminya,
Matanya kepenatan kerana membaca al-Quran,
Suaranya lesu kerana penat berzikir,
Tidurnya lelap dengan cahaya keimanan,
Bangunnya Subuh penuh kesedaran
Kerana dia sedar betapa indahnya menjadi wanita solehah melebihi perhiasan apapun didunia
Semakin sedar bertambah usianya bertambah kematangannya.

Jadilah seorang WANITA SOLEHAH
Yang sentiasa mengabdikan diri untuk menjadi mujahiddah Allah
Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat,
Yang mana buah kehidupan itu perlu dipelihara dan dijaga,
Agar tumbuh putik tunas yang bakal menjaga dirinya di alam baqa'
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian.





Jadilah seorang WANITA SOLEHAH
Yang tidak terpesona dengan buaian dunia,
Karena dia mengimpikan SYURGA ALLAH





Saturday, June 16, 2012

Stairway to Jannah, Stay away from Naar..

Assalamualaikum kawan2.. ^^

Apa khabar semua? sihat? Apa khabar iman? Semakin utuh di hati berhiaskan taman2 tarbiyah? Alhamdulillah.., baguslah kalau begitu.. ;)

Lama sangat x menconteng di sini.. rindu pulak.. hehehe..

Ok, kali ini Wawa nak share pulak info2 dari sebuah forum yang bertajuk, (seperti yang tertera di atas), "Stairway to Jannah, Stay away from Naar". Maksud dalam bahasa melayunya pulak, "Jalan menuju ke Syurga, Jauhkan diri dari api neraka".

Hehe.. actually, Wawa sangat3 excited nak kongsi pasal info2 yang Wawa dapat dari forum nie.. Nak tahu kenapa? Sebab...., selain Wawa dapat byk info baru di forum nie, Wawa juga merupakan salah seorang ahli jawatankuasa dalam forum nie.. Tapi tugas Wawa, xdelah berat mana pun, just sebagai exsekutif jemputan jer.. :)

Haa, nie poster yang abang senior kolej Wawa buat utk forum nie..







Dari poster tu pun dah tahu siapa ahli panelnya kan? Ustaz Amin (tv9), Imam Muda Fakhrul & Ustazah Rozita (seorang guru cemerlang di salah sebuah sekolah di Melaka - beliau selalu bagi ceramah untuk muslimah di Kolej Matrikulasi Melaka)..

Bismillahirrahmanirrahim....

Batas pergaulan antara lelaki & perempuan (ikhtilat). bagaimana situasi yang dikatakan terma ikhtilat itu sesuatu yang x elok dipandang. (IM Fakhrul)
~ Ikhtilat --> percampuran / pergaulan antara lelaki dan perempuan dalam konteks yang banyak.
~ Ikhtilat dari sudut pandangan individu :-
  i) Ada yang terlalu keras
 ii) Ada yang terlalu memudahkan
iii) Ada yang meletakkan batas2 pergaulan.
~ Lelaki & perempuan boleh bekerjasama dalam perkara yang membawa kepada kebaikan.
~ ikhtilat harus, sebab konteks masyarakat zaman sekarang, banyak perkara yang menyebabkan seorang lelaki & perempuan itu perlu berurusan antara 1 sama lain.
~ Sekarang kita dalam majlis ilmu pun, kita sedang berikhtilat juga.
~ Xda masalah dengan batasan yang diletakkan dalam islam.
~ Batasan yang perlu dijaga :-
   i) Ada batasan, ada hajat & tujuan khtilat tersebut.
  ii) Kene jaga pandangan.
 iii) Kene iltizam dengan pakaian yang ditetapkan oleh syarak.
  iv) Jaga adab terutama kata-kata.
   v) Jaga cara jalan.


Cara untuk menghindari zina-zina yang berlaku sekarang nie. (Ustaz Amin)

~ Allah jadikan pada kita banyak deria.
~ Dengan deria, boleh jadi ketenangan, boleh datangkan stress.
~ Contoh, deria telinga, dengar lagu2 yang lembut & zikir, mendatangkan ketenangan, dengar lagu2 yang ntah pape boleh dtgkan stress..
~ Deria ini dijadikan untuk benda masuk dalam hati.
~ "Dan janganlah kamu menghampiri zina; sesungguhnya zina itu adalah perbuatan yang keji & satu jalan yang buruk" (Surah Al-Isra' : ayat 32).
~ Jangan hampiri zina.
  i) Jaga fesyen
 ii) Pakai minyak wangi, jangan sampai menarik lelaki.
iii) Jaga cara jalan, jaga telinga
 iv) Jaga sentuhan
~ Tidak akan berzina seorang penzina, bila dia ingat Allah.
~ Cara nak ingat Allah :-
  i) Zikir
 ii) Solat
iii) Mengaji
 iv) Pergi majlis ilmu


Solat, tapi still wat perkara mungkar. Dimana silapnya? (Ustazah Rozita)
~ Muhasabah sendiri, bagaimana solat kita.
~ Solat yang sempurna itu benteng kemungkaran.
~ Lihat sebelum solat :-
  i) Keikhlasan kepada Allah.
 ii) Xda rasa takut kepada Allah
iii) Sering tidak mengingati Allah
~ Semasa solat :-
  i) Ingat kerja dunia.
 ii) Ada yang kita x ambil kisah
iii) Bawa urusan dunia dalam solat


Couple. Adakah term couple dalam islam ini dibenarkan atau ada masa tertentu dianggap haram? (IM Fakhrul)
~ Couple boleh, tapi ada syarat :-
  i) Boleh tundukkan pandangan. (IM cakap, kalau jumpa makwe/pakwe, jgn pandang dia, jgn senyum kat dia, tapi cepat2 tutup muka.. hehe)
 ii) Boleh jaga aurat
iii) Adakan hijab dalam hati. (IM cakap, jangan ingat kat dia sangat)
 iv) X boleh berdua-duan
  V) Tidak melunakkan ucapan. (cakap macam askar)
 vi) Tidak menyentuh berlainana jenis
~ Agak2 boleh buat x semua syarat nie?
~ Jangan menyebabkan cinta menjadi fitnah.
~ Bercintalah selepas kahwin.. :)


Kisah2 cinta sebelum/selepas kahwin dalam sirah Rasul. (Ustaz Amin)
~ Bercinta menurut islam.
~ Perempuan dijadikan dari tulang rusuk sebelah kiri, dekat dengan hati untuk disayangi & dekat dgn tangan untuk dilindungi.
~ Perempuan kene hormati suami.
~ Fitrah perempuan, suka suami lead.
~ Suami --> jangan biarkan isteri buat keputusan.
~ Lelaki --> jadilah suami yang bersifat rizal.
~ Perempuan --> jadilah perempuan yang berwatak seperti wanita.
~ Dijadikan kasih & sayang, jaga hubungan intim.
~ Andai berlaku penceraian --> jaga hak2.
~ Jangan mencari penasihat rumahtangga yang tidak baik.
~ Kalau bercerai, kene selesaikan hak2, terutama hak anak2.
~ Islam bercinta dengan tanggungjawab.
~ Kalau nak suami masuk syurga, jadi isteri solehah.


Macam mana nak approach orang yang kita suka dengan niat nak jadikan teman @ berserah pada jodoh sahaja? Ada x pape tips utk mencari jodoh yang sesuai. (ustazah Rozita)
~ Ciri2 nak cari calon suami
 1) Mestilah berilmu & bertakwa
 2) Bertanggungjawab
 3) Memiliki akhlak yang terpuji
 4) Perangai yang lemah lembut --> bahasa, tindak tanduk
 5) Memiliki, memahami ilmu agama
 6) Tidak berpenyakit (yang jelas spti gila)
 7) Rajin, berusaha
 8) Sekufu, sesuai
 9) Tidak dayus
10) Pandai jaga darjat & status
11) Berkebolehan buat urusan rumahtangga
12) Tidak bersangka buruk
13) Mudah memaafkan orang lain
14) Sabar
15) Jaga rahsia
16) Tepati janji
17) Utamakan kebersihan
18) Jaga pergaulan
19) Tidak mudah cemburu
~ Ciri2 calon isteri pun lebih kurang juga..
~ So, pastikan diri kita memiliki semua ciri2 nie dulu yer..
~ Cinta lepas kahwin lebih bermanfaat.





Ok.., sekarang kita masuk dalam sesi soal jawab pulak yer... Cara sesi soal jawab nie, x seperti di forum2 lain yang Wawa pergi, dimana sapa yang ada soalan, akan diberikan mikrofon utk bertanya, tapi cara kami, penonton boleh menulis soalan mereka di atas sehelai kertas, then 'pass' kpda ajk yg berhampiran untuk diberikan pada ahli panel.. <3<3


Hukum berdua2-an dgn pensyarah yang berlainan jantina dalam konteks menuntut ilmu.. (IM Fakhrul)
~ Jumpa pensyarah tu harus, nak dapat ilmu.
~ Andai pensyarah tu berlainan jantina, kene jaga adab2.
~ Kene ada 1 senjata penting, --> baju kalis maksiat
~ Kalau boleh ajak kwn utk elakkan fitnah
~ Sekuat mungkin kita kene lari dari fitnah.


Sekiranya seseorang itu ingin kembali dalam cara hidup islam, bagaimana nak istiqamah? (IM Fakhrul)
~ Cara nak istiqamah :-
   1. Kuatkan semangat dan tekad.
   2. Kuatkan hati dengan pilihan yang baik.
   3. Doa sentiasa agar semangat x luntur.


Apa hukum berkongsi pinggan makanan perempuan & lelaki? (IM Fakhrul)
~ Lebih elok kita jaga diri.
~ Syaitan akan sesatkan kita dgn benda2 kecik.
~ Harus --> bagi mereka yang dah berkahwin.
~ Tapi yang xda hbngan yg halal, mahram, makanlah dalam pinggan asing2.


Peranan dalam menegakkan agama Islam. (Ustaz Amin)
~ Dakwah itu milik semua.
~ X perlu jadi ustaz, ustazah, alim ulama baru nak berdakwah.
~ Berpesan ke arah kebaikan pun dikira dakwah juga.
~ Sampaikan pada org apa yg kita tahu, walaupun ilmu yg kita ada tu sikit.


Berniat nak pakai tudung labuh, tapi takut x leh nak istiqamah. (Ustazah Rozita)
~ Labuh --> labuh itu apa, nak tutup apa.
~ Bila pakai tudung tu, labuhkan utk tutup apa yg patut (bentuk badan)
~ Teruskan utk wat something yang elok..
~ Jgn fikir apa yg org lain nak kata.


Bagaimana kalau kerja, kita kene masukkan tudung dalam uniform  kita 9utk kerja yang memerlukan tudung dimasukkan dalam baju)? (Ustazah Rozita)
~ Bila terpaksa --> tgk, membayangkan bentuk tubuh badan kita ke x.
~ Kalau nmpk, bsrkan baju..


Zina hati. (IM Fakhrul)
~ Kalau hati teringat je, xda masalah..
~ Masalahnya ialah, bila teringat sambil membayangkan perkara2 yg menimbulkan nafsu syahwat.
~ Nak mengingati boleh, ikut landasan2 yg Islam tentukan.


Alhamdulillah, selesai juga sesi 'sharing is caring' nie.. hehe.. Ini saja yang mampu Wawa catat pada malam tu, maaf andai ade yang x jelas or terkurang kat mana2 ke.. 

Seriusly, Wawa rasa teruja sgt mlm tu, sbb selama nie, Wawa just menghadiri forum di kolej2 lain di UPM nie.. Tapi, pada mlm tu, kolej Wawa sendiri yang mengadakan forum & Wawa turut terlibat sebagai salah seorg pemudahcara perjalanan forum.. 

Sangat seronok rasanya, xdpt nak Wawa gambarkn bgaimana rasa bersyukurnya Wawa dikurniakan ahli2 Kelab Ikhwan kolej Wawa (K5) yang friendly & dah mcm 1 family dah.. 

Rasanya sampai di sini jer kot coretan dari Wawa.. Semoga semua mendapat manfaat & ilmu2 dari info yang dikongsi yer.., insya-Allah..

Insya-Allah, andai ade rezeki, ruang & peluang lagi, kita berjumpa lagi yer, insya-Allah.. Sambil2 tu, jaga kesihatan, jaga hati, jaga iman, jaga amal & jaga semua org yg disygi di sekeliling kalian, terutama kedua ibu bapa & seluruh ahli keluarga yer.. 

Assalamualaikum.. :)



bile Wawa tgk balik, tibe2 Wawa rasa special pulak gmbr nie.. Sbb, walaupun dalam keadaan duduk, tapi kedudukan Wawa di tgh2 IM Fakhrul & Ustaz Amin bersama 4 org kakak senior di kiri & kanan Wawa.. ;)