Friday, August 3, 2012

Wanita Solehah


MUHASABAH SEORANG WANITA SOLEHAH

.:|:. .:|:. بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ:. .:|:. ...

Jadilah seorang WANITA SOLEHAH....,
Yang hatinya dibalut rasa taqwa kepada Allah,
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Deen Allah,
Yang sentiasa haus dengan ibadah kepada Allah,
Yang sentiasa dahaga akan mengharap redha Allah
Yang solatnya adalah bekal dirinya,
Yang tidak pernah takut untuk berkata benar,
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu,
Yang sentiasa bersama para mujahiddah Allah

Jadilah seorang WANITA SOLEHAH,
Yang menjaga tutur katanya,
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya,
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya,
Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang,
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jahat






Jadilah seorang WANITA SOLEHAH,
Yang menghormati suaminya.
Yang sentiasa berbakti kepada orang tua dan keluarga,
Yang bakal menjaga kerukunan rumah tangga,
Yang akan mendampingi suami dalam mendidik anak-anaknya untuk mendalami Islam,
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan,
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat.

Jadilah seorang WANITA SOLEHAH,
Yang sentiasa bersedia untuk menjadi makmum imamnya
Yang hidup di bawah naungan al-Quran dan sunnah
Yang tidak dikotori dengan perhiasan dunia
Yang menjaga matanya dari berbelanja,
Yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah ke atasnya.






 


Jadilah seorang WANITA SOLEHAH,
Yang selalu menjaga lisan, penyayang keluarga & suaminya,
Matanya kepenatan kerana membaca al-Quran,
Suaranya lesu kerana penat berzikir,
Tidurnya lelap dengan cahaya keimanan,
Bangunnya Subuh penuh kesedaran
Kerana dia sedar betapa indahnya menjadi wanita solehah melebihi perhiasan apapun didunia
Semakin sedar bertambah usianya bertambah kematangannya.

Jadilah seorang WANITA SOLEHAH
Yang sentiasa mengabdikan diri untuk menjadi mujahiddah Allah
Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat,
Yang mana buah kehidupan itu perlu dipelihara dan dijaga,
Agar tumbuh putik tunas yang bakal menjaga dirinya di alam baqa'
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian.





Jadilah seorang WANITA SOLEHAH
Yang tidak terpesona dengan buaian dunia,
Karena dia mengimpikan SYURGA ALLAH





3 comments:

  1. assalamualaikum..
    bagi yang tertarik menjalani bisnis, bisa loh memulai nya dengan cara bergabung bersama kami di JILBAB MEIDIANI akan banyak sekali keuntungan yang akan didapatkan loh.

    terimakasih admin, assalamualaikum.

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum Nazwa... entry awk sgt berguna untuk muslimah seperti saya. yang masih belajar mendalami agama kerana masih byk kkurangan diri...

    jemput singgah ke blog sy untuk T-Shirt Muslimah yg menutup aurat mengikut syariat islam
    beautyof-khat13.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumusalam cik comel molek gadis melayu.. :)
      Alhamdulillah.. terima kasih..
      saya pun masih dalam peringkat mendalami ilmu agama lagi, saya pun masih ada banyak kekurangan dalam diri saya...
      Yelah, kita kan manusia biasa, yang diciptakan dengan pelbagai kelemahan. :)
      sama-samalah kita berkongsi ilmu ye.. Ape salah & silap saya, harap ditegur.. :)
      insya-Allah, nnti sy singgah ke blog awak.. ;)

      Delete