Saturday, June 16, 2012

Stairway to Jannah, Stay away from Naar..

Assalamualaikum kawan2.. ^^

Apa khabar semua? sihat? Apa khabar iman? Semakin utuh di hati berhiaskan taman2 tarbiyah? Alhamdulillah.., baguslah kalau begitu.. ;)

Lama sangat x menconteng di sini.. rindu pulak.. hehehe..

Ok, kali ini Wawa nak share pulak info2 dari sebuah forum yang bertajuk, (seperti yang tertera di atas), "Stairway to Jannah, Stay away from Naar". Maksud dalam bahasa melayunya pulak, "Jalan menuju ke Syurga, Jauhkan diri dari api neraka".

Hehe.. actually, Wawa sangat3 excited nak kongsi pasal info2 yang Wawa dapat dari forum nie.. Nak tahu kenapa? Sebab...., selain Wawa dapat byk info baru di forum nie, Wawa juga merupakan salah seorang ahli jawatankuasa dalam forum nie.. Tapi tugas Wawa, xdelah berat mana pun, just sebagai exsekutif jemputan jer.. :)

Haa, nie poster yang abang senior kolej Wawa buat utk forum nie..







Dari poster tu pun dah tahu siapa ahli panelnya kan? Ustaz Amin (tv9), Imam Muda Fakhrul & Ustazah Rozita (seorang guru cemerlang di salah sebuah sekolah di Melaka - beliau selalu bagi ceramah untuk muslimah di Kolej Matrikulasi Melaka)..

Bismillahirrahmanirrahim....

Batas pergaulan antara lelaki & perempuan (ikhtilat). bagaimana situasi yang dikatakan terma ikhtilat itu sesuatu yang x elok dipandang. (IM Fakhrul)
~ Ikhtilat --> percampuran / pergaulan antara lelaki dan perempuan dalam konteks yang banyak.
~ Ikhtilat dari sudut pandangan individu :-
  i) Ada yang terlalu keras
 ii) Ada yang terlalu memudahkan
iii) Ada yang meletakkan batas2 pergaulan.
~ Lelaki & perempuan boleh bekerjasama dalam perkara yang membawa kepada kebaikan.
~ ikhtilat harus, sebab konteks masyarakat zaman sekarang, banyak perkara yang menyebabkan seorang lelaki & perempuan itu perlu berurusan antara 1 sama lain.
~ Sekarang kita dalam majlis ilmu pun, kita sedang berikhtilat juga.
~ Xda masalah dengan batasan yang diletakkan dalam islam.
~ Batasan yang perlu dijaga :-
   i) Ada batasan, ada hajat & tujuan khtilat tersebut.
  ii) Kene jaga pandangan.
 iii) Kene iltizam dengan pakaian yang ditetapkan oleh syarak.
  iv) Jaga adab terutama kata-kata.
   v) Jaga cara jalan.


Cara untuk menghindari zina-zina yang berlaku sekarang nie. (Ustaz Amin)

~ Allah jadikan pada kita banyak deria.
~ Dengan deria, boleh jadi ketenangan, boleh datangkan stress.
~ Contoh, deria telinga, dengar lagu2 yang lembut & zikir, mendatangkan ketenangan, dengar lagu2 yang ntah pape boleh dtgkan stress..
~ Deria ini dijadikan untuk benda masuk dalam hati.
~ "Dan janganlah kamu menghampiri zina; sesungguhnya zina itu adalah perbuatan yang keji & satu jalan yang buruk" (Surah Al-Isra' : ayat 32).
~ Jangan hampiri zina.
  i) Jaga fesyen
 ii) Pakai minyak wangi, jangan sampai menarik lelaki.
iii) Jaga cara jalan, jaga telinga
 iv) Jaga sentuhan
~ Tidak akan berzina seorang penzina, bila dia ingat Allah.
~ Cara nak ingat Allah :-
  i) Zikir
 ii) Solat
iii) Mengaji
 iv) Pergi majlis ilmu


Solat, tapi still wat perkara mungkar. Dimana silapnya? (Ustazah Rozita)
~ Muhasabah sendiri, bagaimana solat kita.
~ Solat yang sempurna itu benteng kemungkaran.
~ Lihat sebelum solat :-
  i) Keikhlasan kepada Allah.
 ii) Xda rasa takut kepada Allah
iii) Sering tidak mengingati Allah
~ Semasa solat :-
  i) Ingat kerja dunia.
 ii) Ada yang kita x ambil kisah
iii) Bawa urusan dunia dalam solat


Couple. Adakah term couple dalam islam ini dibenarkan atau ada masa tertentu dianggap haram? (IM Fakhrul)
~ Couple boleh, tapi ada syarat :-
  i) Boleh tundukkan pandangan. (IM cakap, kalau jumpa makwe/pakwe, jgn pandang dia, jgn senyum kat dia, tapi cepat2 tutup muka.. hehe)
 ii) Boleh jaga aurat
iii) Adakan hijab dalam hati. (IM cakap, jangan ingat kat dia sangat)
 iv) X boleh berdua-duan
  V) Tidak melunakkan ucapan. (cakap macam askar)
 vi) Tidak menyentuh berlainana jenis
~ Agak2 boleh buat x semua syarat nie?
~ Jangan menyebabkan cinta menjadi fitnah.
~ Bercintalah selepas kahwin.. :)


Kisah2 cinta sebelum/selepas kahwin dalam sirah Rasul. (Ustaz Amin)
~ Bercinta menurut islam.
~ Perempuan dijadikan dari tulang rusuk sebelah kiri, dekat dengan hati untuk disayangi & dekat dgn tangan untuk dilindungi.
~ Perempuan kene hormati suami.
~ Fitrah perempuan, suka suami lead.
~ Suami --> jangan biarkan isteri buat keputusan.
~ Lelaki --> jadilah suami yang bersifat rizal.
~ Perempuan --> jadilah perempuan yang berwatak seperti wanita.
~ Dijadikan kasih & sayang, jaga hubungan intim.
~ Andai berlaku penceraian --> jaga hak2.
~ Jangan mencari penasihat rumahtangga yang tidak baik.
~ Kalau bercerai, kene selesaikan hak2, terutama hak anak2.
~ Islam bercinta dengan tanggungjawab.
~ Kalau nak suami masuk syurga, jadi isteri solehah.


Macam mana nak approach orang yang kita suka dengan niat nak jadikan teman @ berserah pada jodoh sahaja? Ada x pape tips utk mencari jodoh yang sesuai. (ustazah Rozita)
~ Ciri2 nak cari calon suami
 1) Mestilah berilmu & bertakwa
 2) Bertanggungjawab
 3) Memiliki akhlak yang terpuji
 4) Perangai yang lemah lembut --> bahasa, tindak tanduk
 5) Memiliki, memahami ilmu agama
 6) Tidak berpenyakit (yang jelas spti gila)
 7) Rajin, berusaha
 8) Sekufu, sesuai
 9) Tidak dayus
10) Pandai jaga darjat & status
11) Berkebolehan buat urusan rumahtangga
12) Tidak bersangka buruk
13) Mudah memaafkan orang lain
14) Sabar
15) Jaga rahsia
16) Tepati janji
17) Utamakan kebersihan
18) Jaga pergaulan
19) Tidak mudah cemburu
~ Ciri2 calon isteri pun lebih kurang juga..
~ So, pastikan diri kita memiliki semua ciri2 nie dulu yer..
~ Cinta lepas kahwin lebih bermanfaat.





Ok.., sekarang kita masuk dalam sesi soal jawab pulak yer... Cara sesi soal jawab nie, x seperti di forum2 lain yang Wawa pergi, dimana sapa yang ada soalan, akan diberikan mikrofon utk bertanya, tapi cara kami, penonton boleh menulis soalan mereka di atas sehelai kertas, then 'pass' kpda ajk yg berhampiran untuk diberikan pada ahli panel.. <3<3


Hukum berdua2-an dgn pensyarah yang berlainan jantina dalam konteks menuntut ilmu.. (IM Fakhrul)
~ Jumpa pensyarah tu harus, nak dapat ilmu.
~ Andai pensyarah tu berlainan jantina, kene jaga adab2.
~ Kene ada 1 senjata penting, --> baju kalis maksiat
~ Kalau boleh ajak kwn utk elakkan fitnah
~ Sekuat mungkin kita kene lari dari fitnah.


Sekiranya seseorang itu ingin kembali dalam cara hidup islam, bagaimana nak istiqamah? (IM Fakhrul)
~ Cara nak istiqamah :-
   1. Kuatkan semangat dan tekad.
   2. Kuatkan hati dengan pilihan yang baik.
   3. Doa sentiasa agar semangat x luntur.


Apa hukum berkongsi pinggan makanan perempuan & lelaki? (IM Fakhrul)
~ Lebih elok kita jaga diri.
~ Syaitan akan sesatkan kita dgn benda2 kecik.
~ Harus --> bagi mereka yang dah berkahwin.
~ Tapi yang xda hbngan yg halal, mahram, makanlah dalam pinggan asing2.


Peranan dalam menegakkan agama Islam. (Ustaz Amin)
~ Dakwah itu milik semua.
~ X perlu jadi ustaz, ustazah, alim ulama baru nak berdakwah.
~ Berpesan ke arah kebaikan pun dikira dakwah juga.
~ Sampaikan pada org apa yg kita tahu, walaupun ilmu yg kita ada tu sikit.


Berniat nak pakai tudung labuh, tapi takut x leh nak istiqamah. (Ustazah Rozita)
~ Labuh --> labuh itu apa, nak tutup apa.
~ Bila pakai tudung tu, labuhkan utk tutup apa yg patut (bentuk badan)
~ Teruskan utk wat something yang elok..
~ Jgn fikir apa yg org lain nak kata.


Bagaimana kalau kerja, kita kene masukkan tudung dalam uniform  kita 9utk kerja yang memerlukan tudung dimasukkan dalam baju)? (Ustazah Rozita)
~ Bila terpaksa --> tgk, membayangkan bentuk tubuh badan kita ke x.
~ Kalau nmpk, bsrkan baju..


Zina hati. (IM Fakhrul)
~ Kalau hati teringat je, xda masalah..
~ Masalahnya ialah, bila teringat sambil membayangkan perkara2 yg menimbulkan nafsu syahwat.
~ Nak mengingati boleh, ikut landasan2 yg Islam tentukan.


Alhamdulillah, selesai juga sesi 'sharing is caring' nie.. hehe.. Ini saja yang mampu Wawa catat pada malam tu, maaf andai ade yang x jelas or terkurang kat mana2 ke.. 

Seriusly, Wawa rasa teruja sgt mlm tu, sbb selama nie, Wawa just menghadiri forum di kolej2 lain di UPM nie.. Tapi, pada mlm tu, kolej Wawa sendiri yang mengadakan forum & Wawa turut terlibat sebagai salah seorg pemudahcara perjalanan forum.. 

Sangat seronok rasanya, xdpt nak Wawa gambarkn bgaimana rasa bersyukurnya Wawa dikurniakan ahli2 Kelab Ikhwan kolej Wawa (K5) yang friendly & dah mcm 1 family dah.. 

Rasanya sampai di sini jer kot coretan dari Wawa.. Semoga semua mendapat manfaat & ilmu2 dari info yang dikongsi yer.., insya-Allah..

Insya-Allah, andai ade rezeki, ruang & peluang lagi, kita berjumpa lagi yer, insya-Allah.. Sambil2 tu, jaga kesihatan, jaga hati, jaga iman, jaga amal & jaga semua org yg disygi di sekeliling kalian, terutama kedua ibu bapa & seluruh ahli keluarga yer.. 

Assalamualaikum.. :)



bile Wawa tgk balik, tibe2 Wawa rasa special pulak gmbr nie.. Sbb, walaupun dalam keadaan duduk, tapi kedudukan Wawa di tgh2 IM Fakhrul & Ustaz Amin bersama 4 org kakak senior di kiri & kanan Wawa.. ;)



2 comments:

  1. :) suke... ehh bila masa kita follow blok awak ni? :p

    ReplyDelete
  2. hehe.. wawa pun x tau lah kak kiah.. hehe..

    ReplyDelete