Monday, July 8, 2013

Ramadhan al-Mubarak.. ^_^








Assalamualaikum semua pembaca blog ‘Coretan Seorang Muslimah’ yang disayangi sekalian.. Apa khabar semua? Paling penting, apa khabar iman? Masihkah ia kuat bersama ketakwaan kepada Allah? Jika ya, Alhamdulillah Wawa ucapkan.. 


Pejam celik, pejam celik.., cepat masa berlalu kan.. Sekarang kita dah memasuki semula Bulan Ramadhan bagi tahun 1434H.


Bagaimana semua? Sudah sediakah untuk menyambut kedatangan bulan suci ini? Bagaimana persediaan fizikal, mental & rohani kita semua? Sudah bersediakah untuk melakukan ibadah dengan kadar maksimum untuk merebut pahala yang berlipat ganda di bulan ini?


Seperti yang kalian tahu, Ramadhan merupakan bulan ke-9 dan merupakan bulan yang paling suci dalam kalendar Islam. Bulan Ramadhan ini juga merupakan masa untuk umat Islam berfikir  & merenung diri sendiri sambil membuat kebajikan.


Pada entry kali ini, Wawa nak berkongsi dengan semua pembaca blog ‘Coretan Seorang Muslimah’ ini dengan keistimewaan Ramadhan dan kesilapan-kesilapan yang biasanya seorang muslim lakukan di bulan Ramadhan ini..








30 keistimewaan Ramadhan.
1) Ramadhan merupakan jalan menuju ketakwaan
2) Ramadhan itu bulan mujahadah
3) Puasa Ramadhan itu menumbuhkan sifat amanah
4) Puasa Ramadhan melatih diri berdisiplin
5) Puasa Ramadhan menimbulkan rasa solidaritis sesama muslim
6) Puasa ramadhan melatih kesabaran
7) Puasa Ramadhan menyihatkan
8) Lailatul Qadar adalah hadiah dari Allah untuk umat ini
9) Ramadhan bulan keampunan
10) Siapa yang dilihat Allah, maka dia terbebas dari azab-Nya
11) Bau mulut orang yang berpuasa lebih harum dari kasturi di hadapan Allah
12) Di bulan Ramadhan, para malaikat meminta ampun untuk umat ini
13) Di bulan Ramadhan, Syurga membenah diri
14) Di malam akhir bulan Ramadhan, Allah mengampuni umat ini
15) Pintu syurga dibuka, pintu neraka ditutup, syaitan dibelenggu
16) Pahala syuhada bagi orang yang melakukan kebaikan & menghidupkan Ramadhan
17) Pahala amalan bulan Ramadhan berlipat ganda
18) Setiap hari dalam bulan Ramadhan memiliki keutamaan
19) Keutamaan member minum orang yang berpuasa
20) Sebaik-baik sedekah adalah bersedekah di bulan Ramadhan
21) Doa mustajab di bulan Ramadhan
22) Pahala umrah Ramadhan sama dengan haji
23) Pahala I’tikaf di bulan Ramadhan sama dengan pahala 2 haji & umrah
24) Dalam Ramadhan terdapat malam yang istimewa (Lailatul Qadar)
25) Al-Quran diturunkan pada bulan Ramadhan
26) Kitab2 suci diturunkan di bulan Ramadhan
27) Rasulullah mendapat wahyu pertama di bulan Ramadhan
28) Perang Badar terjadi di bulan Ramadhan
29) Mekah dikuasai pada bulan Ramadhan
30) Islam menyebar di Yaman pada bulan Ramadhan








12 kesilapan muslim di bulan Ramadhan
1) Makan & minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja
2) Makan sahur di tengah malam kerana malas bangun di akhir malam
3) Bersahur hanya dengan makan dan minum sahaja tanpa ibadah lain
4) Tidak menunaikan solat ketika berpuasa
5) Tidak mengutamakan solat subuh berjemaah sebagaimana solat terawih
6) Menunaikan solat terawih di masjid dengan niat inginkan meriah
7) Bermalasan dan tidak produktif di siang hari dengan alasan berpuasa
8) Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadah
9) Menganggap waktu imsak sebagai ‘lampu merah’ bagi sahur sehingga tidak puasa
10) Wanita berterawih beramai-ramai di masjid tanpa menjaga aurat
11) Memasuki Ramadhan dalam keadaan harta masih dipenuhi dengan haram
12) Tidak memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan berbuka


            Itulah keistimewaan Ramadhan & kesilapan muslim yang dapat Wawa kongsikan bersama.. Selain itu, perbanyakkanlah ibadah2 sunat di bulan Ramadhan ini.. Apa ibadah sunat itu? Banyak & macam2.. Zikir, Selawat, Istighfar, doa, solat terawih, witir, tahajud, dhuha, baca al-Quran & mcm2 lagi.. Buatlah semaksimum mungkin selagi mampu.. Tapi yang wajib jgn dilupakan, jaga dgn sebaik mungkin ya..


            Wawa doakan semoga diri Wawa dan semua pembaca blog ‘Coretan Seorang Muslimah’ ini akan berjaya melaksanakan rukun Islam ke-3 dengan baik & akan istiqamah melakukannya walaupun bukan di bulan Ramadhan nanti.. Xnaklah di bulan Ramadhan je semuanya baik, tapi bila masuk je Syawal nanti, hilang semua kebaikkan tu.. Insya-Allah.. Lagi 1, niat kita pun kenelah perbetulkan.. niatlah untuk melakukan ibadah kerana Allah semata-mata, bukan kerana bulan Ramadhan ye.. :)


Sekian dulu dari Wawa..
Assalamualaikum w.b.t



*muhasabah diri.. ^_^







No comments:

Post a Comment