
Assalamualaikum pembaca blog ‘Coretan Seorang
Muslimah’ sekalian.. Apa khabar? Bagaimana anda menjalani ibadah-ibadah wajib
dan sunat di bulan Ramadhan ini? Moga istiqamah hendaknya..
Baiklah, kali ini, memandangkan kita semua berada di
bulan Ramadhan ini, Wawa nak kongsikan dgn para pembaca mengenai puasa pula..
Ye lah, puasa merupakan ibadah wajib yang perlu kita laksanakan di bulan
Ramadhan ini kan..
Ape yg Wawa nak kongsi? Banyak.. Ade hukum puasa,
rukhsah puasa, hari-hari yang dilarang untuk berpuasa, kelebhan puasa &
lain-lain lagi.. Semua perkongsian nie Wawa rujuk dari banyak sumber, terutama
buku & internet.. Harapnya ia dapat member manfaat kepada pembaca
sekalian.. ^_^
Pertama sekali, nak puasa, kita kene tahu lah kan
pengertian puasa.. Baiklah, puasa bermaksud, menahan diri dengan niat ibadah
kepada Allah SWT dari makan, minum & dan hal-hal yang membatalkan puasa
mulai terbit fajar hingga terbenam matahari.. (dah macam budak sekolah
menghafal buku teks daaa…)
Hukum-hukum hari puasa ada 4, iaitu
:-
1. Wajib
i) Berpuasa
sebulan di bulan Ramadhan
ii) Qada’
puasa (menggantikan puasa yang tertinggal di bulan Ramadhan)
iii) Puasa
nazar (niat melakukan puasa apabila suatu perkara yang dicita-citakan tercapai
sebagai nazar)
2. Sunat
i) Puasa
Arafah (9 Zulhijjah)
ii) Puasa
Assyura (9&10 Muharam)
iii) Puasa
pada 6 hari di bulan Syawal
iv)Puasa
nisfu Syaaban
v) Puasa 3
hari di setiap pertengahan bulan
vi) Puasa
isnin & Khamis
vii) Puasa
Daud (puasa yang dilakukan dengan cara sehari makan dan sehari puasa)
3. Makhruh
i) Puasa yang
dilakukan pada hari yang ragu-ragu. Contohnya ketika ketntuan masuknya waktu
Ramadhan.
4. Haram
i) Puasa pada
2 hari raya Aidilfitri
ii) Puasa pada
Hari Tasyrik (11, 12, 13 Zulhijjah)
Hari-hari yang dilarang untuk
berpuasa
1) Dilarang berpuasa sunat bagi wanita jika suaminya
berada di rumah, kecuali mendapat izin suami.
2) Pada 1 & 2 Syawal
3) Pada hari Tasyrik (3 hari berturut-turut setelah
Hari Raya Aidiladha)
4) Larangan berpuasa yang mengkhususkan hari Jumaat
5) Larangan berpuasa yang mengkhususkan hari Sabtu
6) Berpuasa terus menerus tanpa henti sepanjang masa
7) larangan berpuasa wishal (puasa 2,3 hari
berturut-turut tanpa berbuka dan sahur)
8) Berpuasa pada hari yang meragukan atau yaumusy-syak
(29 & 30 Syaaban)
Perkara-perkara sunat yang dilakukan
ketika berpuasa
1) Melewatkan sahur
2) Segerakan berbuka
3) bersedekah
4) Membaca al-Quran
5) Iktikaf
6) Banyakkan solat sunat
7) Solat terawih (hanya di bulan Ramadhan sahaja)
Perkara makhruh ketika puasa
1) Berkumur-kumur dengan keterlaluan
2) Merasa makanan dengan lidah tanpa hajat
3) Bercakap-cakap perkara buruk & keji
4) Memasukkan air yang berlebihan ketika berwuduk
5) Gosok gigi setelah gelincir matahari
6) Mencium & memeluk pasangan
7) Menderma darah
8) Bersugi selepas waktu Zohor
9) Banyak tidur
10) Berbekam
11) mengumpul banyak air liur dan menelannya.
Rukhsah puasa
1) Wanita hamil & menyusukan anak
2) Orang tua yang sudah lanjut usia dan tidak mampu
lagi berpuasa
3) Musafir
4) Merasa makanan (untuk wanita yang memasak dan
merasa sedikit makanan pada hujung lidah)
5) Mendapatkan suntikan
6) Mandi, gosok gigi & berkumur-kumur
7) Berciuman
8) Memakai celak mata
9) Makan dan minum kerana lupa
Perkara-perkara yang membatalkan
puasa
1) makan dan minum dengan sengaja
2) memasukkan sesuatu ke dalam rongga terbuka
3) Memasukkan ubat atau sewaktunya kedalam dubur
4) Muntah dengan sengaja
5) mengeluarkan air mani dengan sengaja
6) Makan dan minum kerana menyangka matahari telah
terbenam, tetapi sangkaan itu salah. Puasa batal & tidak perlu denda.
7) Keluar haid
8) Keluar nifas
9)Meniatkan berbuka
Perkara yang wajib dilakukan kalau
terbatal puasa
1) Qada -> kewajipan umum untuk setiap orang yang
meninggalkan puasa dengan sengaja (kerana uzur)
2) kafarah -> Berlaku disebabkan persetubuhan pada
siang hari dalam bulan Ramadhan
3) Fidyah -> tebusan puasa (perempuan yang hamil
atau menyusukan anak dan orang-orang tua yang uzur)

3 peringkat puasa.
1) Puasa orang umum ( menahan perut & kemaluan
daripada syahwat, makan, minum, bersetubuh & lain-lain)
2) Puasa orang khusus (ditambah menahan pendengaran,
penglihatan, lidah, tangan, kaki, dan lain-lain anggota badan dari segala
perbuatan dosa)
3) Puasa orang khusus Khusus (puasa hati -> menahan
daripada perkara yang remeh, keduniaan, & pendeknya menahan daripada segala
sesuatu selain Allah S.W.T)
Rahsia & syarat puasa batin
1) Menajamkan mata & menahan pandangan daripada
segala sesuatu yang tercela dan dibenci atau kepada sesuatu yang menyebabkan
kelalaian hati serta melupakan daripada berzikir atau ingat kepada Allah.
2) Menjaga lidah daripada perkara yang tidak
bermanfaat, berdusta, mengumpat, mengadu domba, perkataan kotor, caci-maki,
permusuhan dan riak.
3) Menahan pendengaran daripada mendengar segala
perkara yang dibenci dan segala perkara yang haram diucapkan, maka haram juga
didengar.
4) Menahan anggota badan lain daripada segala
perbuatan dosa
5) Tidak terlampau banyak makan pada waktu sesudah
berbuka
6) Hati dipenuhi rasa ketakutan kepada Allah SWT &
harapan penuh agar diterima amalan yang dilakukan seharian.
2 kelebihan puasa
1) Ibadat puasa merupakan suatu pengekangan &
pembersihan diri
2) Ibadat puasa merupakan tentangan kepada musuh Allah
(syaitan)

Baiklah, ini sahaja yang mampu Wawa kongsikan dari
info-info yang Wawa kumpul dari banyak sumber.. Nampak banyak, tapi masih ade yang
kurangnya lagi.. hehe.. Alhamdulillah..
Selamat meneruskan ibadah berpuasa ya kawan-kawan! ^_^
Assalamualaikum..


No comments:
Post a Comment