Thursday, August 4, 2011

Ish.., kenapa kene pakai tudung??


Assalamualaikum wbt..

Ape khabar shbat2 sekalian? diharap semuanya sihat2 sejahtera yer.. pada yg x brape sihat tu, bykkan berehat.. Bagaimana pula dgn ibadah puasa di bulan Ramadhan yg mulia ini? Di harap semuanya dpt mjalani ibadah puasa dgn sbr yer smbil menahan nafsu tu.. Alhamdulillah..

Hmm, ari nie Wawa nak post psl pemakaian tudung pulak.. Aktiviti wajib Wawa & ayah Wawa semasa bulan Ramadhan nie, pergi 'menjenguk' bazar2 Ramadhan yg ade berdekatan dgn rmh Wawa nie.. 

Ape yg boleh Wawa katakn, Wawa agak sdh melihat penampilan  kaum hawa. Ramai yg tidak menutup aurat dgn sempurna..  Yang free-hair, yang pakai tudung tapi pakai t-shirt pendek, pakai tudung tapi pakaian ketat menampkkan susuk tubuh, pkai seluar jeans, pakai tudung tapi rambut dibiarkan berjuntai di belakang tudung, tudung jarang & tidak menutupi dada.. Hanya beberapa orang sahaja yang Wawa jumpa menutup aurat dgn sempurna.. Boleh dikira dgn jari jer..

Tadi Wawa ternampak seloka mngenai wanita bertudung nie dalam facebook salah seorang rakan Wawa.. Jadi, Wawa nak share kat sini lah.., buat pedoman utk kita semua..

Wahai wanita tidak bertudung,
Sungguh cantik alunan rambut mu,
Bebas menggerbang kemas terikat,
Terserlah di bawah cahaya mentari,
Mentari dunia yang tak sehebat neraka,
Iaitu api yang kan membakar rambut mu,
di hari akhirat hari penentu,
maka hanguslah segalanya,
hilanglah cantik alun rambut mu,
tiada lagi yang menggerbang,
tiada lagi yang terserlah.


Oleh itu jadikanlah diri mu,
Sebahagian daripada wanita-wanita yang bertudung.

Wahai wanita yang bertudung,
Sungguh cantik alas kepala mu,
Ringkas pendek tersempang rapi,
Tersembul jambul tertutup dahi,
Terserlah lah bentuk tubuh,

Mengapa tidak dilindungi?
Rimaskah dengan tudung labuh ke dada?
Panaskah dengan pakaian sedemikian rupa?

Tidakkah kau ingat,
Kepanasan api neraka itu lagi hebat membakar,
Menjilat rentung kesemua mereka yang ingkar,
Mereka itu wanita yang tak bertudung,
Kau tidak ubah seperti mereka walau bertudung,




Oleh itu jadikanlah dirimu,
Sebahagian daripada mereka yang bertudung,
Bertudung labuh hingga ke paras dada.
..
..
Wahai wanita bertudung labuh,
Sungguh cantik terlindung rambut mu,
Sungguh ayu tertutup bentuk tubuhmu,
Yang terzahir jelas gaya kesopananmu,
Mengaburi segala yang tersirat di hati,


hanya diri sendiri yang menghakimi,
mungkin suci ikhlas kerana Illahi,
atau berdebu dengan sebab duniawi,
riak wajah nampak tawadhu’,
riak jiwa rupanya menunjuk-nunjuk,
alangkah ruginya andai benar begitu,
kerna azab masih tak terlepas dari mu,
serupalah sahaja diri mu ditunggu,
diseksa tidak ubah seperti wanita tak bertudung,
sama dengan mereka yang menyempang tudung,

oleh itu jadikanlah dirimu,
sebahagian daripada mereka yang bertudung,
bertudung labuh hingga ke paras dada,
tersemat jua bersamanya rasa taqwa.

Wahai wanita yang bertaqwa,
Andai kau telah sampai ke tahap ini,
Dengan akhlak mahmudah terpahat di hati,
Syariat islam sebati dalam diri,
Maka layaklah dikau mendapat ganjaranNya,
Yang dijanjikan di akhirat nanti,
Dan tatkala di dunia ini lagi,
Muslimah solehah kau digelari,
Menjadi idaman setiap muslim soleh,
Yang sukar sekali untuk diperoleh.


Wahai muslimah solehah pula,
Jadilah mukminah mujahidah,
Mujahidah yang akan menyeru,
Agar ditinggalkan dirinya yang dahulu,
Mujahidah yang akan berdakwah,
Agar diri dan umat berubah,
Mujahidah yang akan mengajak,
Agar islam kembali tertegak.

Dengarlah wahai wanita..
Sahutlah seruan ini.....


Lihat gambar yang terakhir nie.. "hijab is not just a cover, it is a protection".. Cube lihat, lolipop yg tidak ditutupi, byk lalat menyerbu ke arahnya utk menghisap manisnya.. cube bayangkan, jika kita diberi 2 lolipop nie, yang mana 1 pilihan kita? Tentu yg masih elok berbalut tu kan.. Yang tdk berbalut tu, mungkin kita akan buang jer kat dlm tong sampah sebab dah dicemari lalat, betul tak? 

So, mana 1 pilihan kita? Islam menyuruh kita menutup aurat bukan sia-sia & xde faedah.. Sebab utama Islam suruh kita menutup aurat itu, Islam nak mengangkat martabat seorg wanita sgt tinggi hingga tidak terbayang oleh wanita itu.. 

"Dunia ini adalah perhiasan, & seindah hiasan adalah wanita solehah".. X nak kah kite jadi 'perhiasan' yg sgt indah itu? Sedangkan permata, emas, mutiara.., perhiasan yg sgt cantik & menjadi kesukaan seorg wanita walaupun harganya mahal, tertanam jauh di dasar bumi, terlindung & tertutup dari pandangan mata manusia, mengapa kita xnak jadi seperti permata? seperti emas? seperti perak? seperti mutiara? malah Islam meletakkan harga diri muslimah yg solehah lebih berharga dari semua tu.. tak nak kah kita??

Renungkan lah wahai para muslimah sekalian.. mana 1 pilihan kita.., jadi seperti mutiara yang terdampar jauh di dasar lautan & tertutup rapi di dalam tiram, yang menjadi pilihan perhiasan orang ramai, atau sekadar menjadi seperti batu di jalanan, mudah disepak & dipijak orang..

~sekadar renungan buat kita bersama.. :)



4 comments:

  1. ^_^ as salam ahbt ^_^ mintak share ya artikel kamu ^_^ bnyak manfaat untuk kaum2 hawa di luar tuuuuu......insyallah blog kamu bnyak manfaat nya...^_^

    ReplyDelete
  2. wasalam... silakan... ^_^

    ReplyDelete
  3. http://nurulimankehidupan.blogspot.com/2011/06/adakah-aurat-tertutup-setelah-bertudung.html

    mungkin ada yg bleh membantu.......

    ReplyDelete