Tuesday, August 16, 2011

Malu.....








Assalamualaikum wbt..

"Ish, nak tanya kat ustazah, cam ne cara buat solat tahajud, emm.., malulah.. huhu"
"Eh, dia x pakai tudung? Nak tegur ke tak nak? Malu pulak rasanya.. T mcm2 dia ckp kat aku t.. aduh.."
"Ape yg slh kat jwpn math aku nie? Nak tanya cikgu, malu.. nanti, nmpk sgt aku nie mcm x tau pape.."


Apa khabar semua? sihat? bagaimana pulak dgn amal ibadah? adekah same atau bertambah atau berkurang dari semalam? semoga kalian berada dlm radha Allah sentiasa.. Ari nie Wawa nak post something., berkenaan juga dgn kata2 yg Wawa tulis kat atas.. 


Ade ape pada kata2 di atas nie? Pasal malu.. ya, hari ni, Wawa nak share pasal 1 prasaan yg sememangnya ade pada setiap org di dunia ini.. xde sape pun yg lgsg xde prasaan ini.. betul x?


Rasulullah s.a.w bersabda, "malu itu sebahagian drpd iman, dan iman itu tempatnya di syurga, kejorokan atau ketidaksopanan itu sebahagian drpd perangai yang buruk, dan perangai yang buruk itu tempatnya di neraka" (HR Ahmad & Tarmizi)


Takrif malu sbnrnya ialah, menahan diri dari melakukan sesuatu perkara yg aib atau meninggalkan drpd melakukannya kerana bimbang dicela..













Bile bercakap mngenai malu nie, cuba kalian pergi ke pusat2 membeli belah & tempat2 awam, cube lihat org2 disekeliling time tu, adekah prasaan malu masih menebal dlm diri mereka, ataupun sudah terhakis?


Di sini, Wawa nak ambik kesempatan letak 1 puisi mngenai malu, (yg Wawa copy dari 1 sumber dgn keizinan penulis tersebut).. Baca, & renungilah sekejap yer..




Dulu, katanya malu itu sebahagian drpd iman,
Tapi..
Hari ini rasa malu semakin kurang dalam diri,..Kenapa?
Manusia malu untuk meminta maaf
Malu untuk bertegur sapa
Malu untuk berubah kepada lebih baik
Malu untuk nasihat menasihati
Malu untuk duduk di hadapan dlm mjlis ilmu
Malu digelar ustaz dan ustazah

Lagi memalukan bila...


Manusia malu bila baju dipakai tak ikut trend, 
walhal trend itu merosakkan akhlak


Malu bila tak tahu lagu hitz, 
tapi tak rasa kisah untuk baca dan tahu isi Al-Quran


Malu bila hidup tanpa status ‘couple’, 
tapi bangga dengan gelaran playboy dan playgirl


Malu bila gaji rendah,
 tapi tak malu bila buat kerja haram, mencuri, merompak


Malu bila kawan nasihat, 
tapi tak malu untuk buat maksiat


Malu untuk nasihat kawan, 
tapi tak malu untuk mengata,mengumpat, memfitnah


Malu bertanya untuk kebenaran,
 tapi tak malu untuk bercakap bohong


Malu untuk berbuat baik, 
tapi tak malu langsung untuk berlagak sombong


Malu untuk bersedekah, 
tapi tak malu untuk berjudi, bertaruh, membazir


Malu untuk mengaku salah, 
tapi tak malu untuk berbuat salah...


Tersangat malu~sampai sanggup buang ank haram dalam tong sampah,
 tapi tak malu dgn zina yg dilakukan

Wallahu ‘alam...semoga esok masih ada untuk kita berubah dan menjadi hambaNya yg lebih baik, lebih dan lebih baik..
Niat kerana Allah. Hidup dan mati kerana Allah.
Cintailah Allah= semoga hati sentiasa tenang.
Without Allah, we are nothing...



Dalam nak mencari info mengenai perasaan malu ini juga, Wawa terjumpa 1 blog yg menerangkan mengenai malu yang terpuji & malu yg tercela.. Dgn izin tuan empunya blog, Wawa nak kongsikan di sini juga yer..




1, Malu yang terpuji...


1. Malu kerana membuat salah seperti malunya Nabi Adam a.s kepada Allah s.w.t di saat Adam a.s di syurga.

2. Malu kerana keterbatasan diri seperti rasa malu malaikat yang sentiasa bertasbih siang dan malam hari.

3. Rasa malu kerana memiliki sifat makrifat.

4. Malu kerana kehalusan budi seperti rasa malu Rasullah s.a.w saat mengundang orang pada acara walimah Zainab. Disebakan orang itu tidak segera pulang maka beliau bangun dari duduknya dan merasakan malu untuk berkata “Pulanglah kalian”.


5. Malu kerana menjaga kesopanan seperti malunya Ali bin Ab Thalib ketika hendak meminta baju besi dari Rasullah s.a.w kerana dia menjadi suami kepada puteri beliau.


6. Malu kerana merasa diri terlalu hina seperti malunya hamba yang sentiasa memohon pelbagai permintaan kepada Allah s.w.t

7. Malu kerana melakukan kemuliaan ialah apabila melakukan kebajikan merasa malu dan tidak merasa riak memberitahu kepada orang lain.

8. Malu terhadap diri sendiri kerana merasakan diri banyak kekurangan dalam beramal.


9. Malu kerana cinta. Perasaan cinta kepada Allah adalah yang paling agung tapi tidak ramai yang mempunyai perasaan ini sebaliknya lebih mementingkan percintaan terhadap manusia lebih dari pencipta kita sendiri.




2. Malu yang tercela...

1. Malu dalam mencari ilmu.
Perkara ini sering berlaku kepada kita. Kita malu untuk bertanya kerana khuatiri akan dikatakan tidak pandai oleh kawan-kawan.


2. Malu bertanya perkara yang tidak tahu
Oleh sebab itu, Aisyah radhiyallahu ‘anha berkata: “Sebaik-baik wanita adalah wanita Anshor, rasa malu tidak menghalangi mereka untuk memahami agama (tidak menghalangi mereka untuk bertanya).” (Fathul Bari 1/351)
Imam Mujahid rahimahullah berkata: “Tidak akan mempelajari ilmu orang yang malu dan sombong.” (Fathul Bari 1/351)

3. Malunya seorang wanita untuk mengenakan jilbab (tudung)
Banyak kaum wanita hari ini yang merasa malu bila mengenakan jilbab. Padahal wanita yang memiliki rasa malu tidak akan rela jika auratnya terbuka, karena aurat adalah sesuatu yang menimbulkan seseorang merasa malu. Apabila seorang wanita sudah tidak lagi merasa malu ketika terlihat auratnya maka secara automatik hilanglah hakikat kehormatannya.

4. Malunya seseorang untuk meninggalkan adat kebanyakan orang (yang bertentangan dengan Islam).

5. Malunya seorang wanita apabila tidak bekerja di luar rumah.

6. Malunya seorang wanita bila tidak bergaul iaitu bebas bergaul dengan siapa saja dan dengan pergaulan macam manapun, termasuk bergaul dengan lelaki yang bukan muhrim.



Haa.., begitulah serba sebanyak mengenai sifat malu yg Wawa blh kongsikan di sini.. Diharap kwn2 dpt mengambil iktibar yer.. Tanamkan lah sifat malu yang menebal dalam diri kita.. jika sifat malu itu hilang, maka hancurlah hidup kita.

Semoga shbt2 yg membaca entry ini akn mendapat manfaatnya.. Tak perlu malu utk membuat kebaikan & tak perlu malu utk menasihati seseorg.. Asalkan niat kita baik, kerana Allah, pasti Allah bantu kita, memberi kekuatan pada kita..








Sampai di sini sajelah dulu entry kali ini.. Insya-Allah, panjang umur, Wawa akan post lagi entry2 yg lain, sebagai pedoman kita semua.. Nasihat & peringatan, bukan shja utk shbt2 tetapi utk diri yg lemah ini juga..

Salam ukhuwah.. bertemu lagi lain kali..

Assalamualaikum wbt..

No comments:

Post a Comment