Thursday, June 14, 2012

~BICARA SANTAI~

Asslamualaikum wbt...

Wahai sahabat2 yang dikasihi sekalian, apa khabar? Bagaimana dgn hati? Adakah penuh dgn iman & bertambah tawaduk pada Yang Esa? Diharap semoga jasmani, rohani, fizikal & mental kalian berada dalam keadaan yang sihat yer.. ^^


Alhamdulillah, pada 28/4/2012 hari tu, sekali lagi Allah memberi ruang dan peluang pada Wawa dan beberapa orang kawan Wawa utk menghadirkan diri ke sebuah lagi majlis ilmu, iaitu forum yang bertajuk "Kau & Aku OSEM". Segala puji bagi Allah kerana Dia turut memberi sedikit ruang masa pada Wawa utk berkongsi sedikit sebanyak ilmu2 yang  Wawa perolehi utk semua mujahid & mujahidah agama sekalian.. ^__^


Oh ya, sebelum terlupa, ahli panel utk forum berkenaan ialah Imam Muda (IM) Nazrul & Puan Norlaila Amiza binti Zakaria (anak didik Dr Fadzilah Kamsah -kalau x silap).


Bismillahirrahmanirahim..


Boleh x terangkan, apa sebenarnya yg dimaksudkan dgn "Kau dan Aku OSEM" nie? (IM Nazrul)

~ OSEM
~ O --> Ordinary
~ S --> Student
~ E --> Extraordinary
~ M --> Muslim
~ Proses tarbiyah yang dibawa oleh Rasulullah saw sebenarnya utk jadikan seseorang itu extraordinary muslim.
~ 3 syarat jadi extraordinary muslim :
  i) Amar makruf
 ii) Nahi mungkar
iii) Belajar / menekuni ilmu
~ kene berani menegur kawan yang buat mungkar.
~ Imam Hassan al-Banna --> ada 10 ciri utk lahirkan extraordinary muslim.
Di sini, sebenarnya IM Nazrul suruh cari sendiri ape 10 ciri tu.., tapi xpe, biar Wawa kongsikan ape 10 ciri yang dah digariskan oleh Imam Hassan al-Banna tu yer..
1) Jika anda mendgr azan, segera lakukan solat, walaupun anda sibuk.
2) Bacalah al-Quran, lakukanlah kajian, dengarlah pengajian  & berzikirlah.
3) Biasakan berbicara dgn bahasa arab standart.
4) Jangan memperbanyakkan perdebatan dalam urusan.
5) Jangan terlalu banyak ketawa.
6) Jangan banyak bergurau.
7) Jangan bersuara keras melebihi yang diperlukan pendengar.
8) Jangan mengumpat seseorang, jangan merendahkan lembaga Islam, dan jangan berbicara kecuali dalam kebaikan.
9) Berkenalanlah dengan saudara dan teman yang anda jumpai.
10) Kewajiban itu lebih banyak dari waktu anda miliki. Oleh itu, bantulah orang lain agar memanfaatkan waktunya. Kalau anda berurusan, persingkatkan perlaksanaannya.
~ Pelajar yang ada akidah --> xkan berlaku mereka yang berjaya lahirkan anak luar nikah.
~ Nak jadi superb punya muslim --> kene ada sifat ihsan.
~ "Kamu buat apa benda sekalipun, anggap seolah2 ada Allah di sebelah"

Bagaimana cara untuk mencapai OSEM itu sendiri? (Puan Norlaila Amiza bt. Zakaria)

~ Cara nak menyampaikan kasih sayang --> sebarkan salam.
~ Laga2 pipi --> salah 1 saham dapat pahala.
~ Untuk lelaki --> makhruh jumpa peluk hari2 tiap kali jumpa.
~ Untuk perempuan --> sunat jumpa peluk hari2 tiap kali jumpa.
~ Ulamak2 besar sangat menjaga salam.
~Bersalaman lepas habis solat berjemaah.
~ Buat sunnah2 Nabi Muhammad saw dulu.
~ Ilmu xkan msuk dlm hati yg gelap.
~ Tidur --> baca doa sebelum tidur & lepas bgn tido, jgn raup wajah bila baru bgn.
~ Baca doa bila tgk cermin
~ Sebelum tidur, ambil wuduk.
~ Yang payah itulah yg Allah nilai utk jadi saham2 masuk ke Syurga.
~ Masuk tandas --> masuk kaki kiri, keluar kaki kanan.
~ Jangan tinggalkan amalan2 kecil itu, mana tahu amalan2 kecil itu yg menyebabkan kita masuk Syurga & sebaliknya.
~ Masuk tandas pun ada doa.
~ Amalkan sunnah2 kecil dulu.
~ Senyum --> sekurang2nya nmpk 2 gigi --> utk menampakkan keikhlasan.
~ Pandang wajah orang yang berbual dgn kita (sama jantina)
~ Tundukkan wajah (berlaianan jantina)
~ Ada byk cara kreatif utk menjadi OSEM
~ Berbual spt mana kita mengangkat akidah kita.
~ Syarat pertama dlm islam bila menerima pujian --> istighfar
~ Apa2 je yg berlaku, sebut nama Allah.


Apa significant "Kau & Aku" nie? (IM Nazrul)

~ Bila ada perkataan "Kau & Aku" nie boleh jadi ada 2 org manusia, sesama jantina atau berlainan jantina.
~ Bukan kita sorg, tapi kalau blh, kita nak ajak semua sekali jadi OSEM.
~ Orang yg syg diri sendiri, dia akan buat yg terbaik utk diri dia.
~  Kalau nak check iman kita, lihat bila kita duduk sorg2.
~ Kemanisan iman --> rasa syg pada Allah, lbh dari syg pada diri sendiri & segala2nya.
~ Kamu syg seseorang, kamu tidak syg dia melainkan kerana Allah.
~ 2 orang yg bertemu & berpisah kerana Allah, insya-Allah akn dpt naungan Arasy.
~ Benci dlm hati itu selemah2 iman.
~ Punca maksiat :-
  i) Bermula dengan mata
 ii) Diikuti dgn senyum
iii) Bercakap & berkata-kata
iv) Adanya temujanji
 v) Adanya pertemuan
Vi) berlakulah maksiat
~ Cinta lepas kahwin itu nikmat.
~ Masa kita, bukan hanya di dunia saja kita hidup, tapi kita juga akan hidup di akhirat.
~ "Seseorang yang sayang seseorg di dunia ini, dia akn duduk bersama dgn org yg disyginya di syurga Allah"
~ Di alam dunia ini kita diuji oleh Allah.
~ Tugas & peranan kita kene jaga.
~ Kita semua ini ialah penjuru2 bagi agama Islam.
~ Semua kene main peranan utk jadi OSEM.

Ibrah2 dari Zaman Rasulullah @ shbt2 utk menjadi OSEM. (Puan Norlaila Amiza bt. Zakaria)

~ Sahabat2 Rasulullah saw semua OSEM.
~ Umat Rasulullah semua OSEM.
~ Penuhkan jiwa dgn iman, kalaulah dtg dugaan, blh berjihad dgn nafsu.
~ Jgn kutuk/hina org lebih2. Sebab, mana tahu sblum kita meninggal, Allah akan terbalikkan kita, kemungkinan besar kita akan buat perkara yg kita x suka tu.
~ Cegah diri kita dan kawan2 dari maksiat.
~ Belajar dari org yg konon2 nmpk xda ilmu, tapi sbnrnya byk bnda lain yg dia tahu.
~ Jgn rasa diri kita baik. Kene baiki diri.
~ Wajib tunjuk diri kita baik dpn org secara zahirnya.
~ Jgn tinggalkan solat wajib.
~ Jadi org yg bnr2 hidupkan agama.
~ Kenapa lelaki & prmpn yg baik blh berzina? --> kerana mereka berlamaan dlm tempoh yg pnjg.
~ Jika seseorang dh biasa berpegang tgn dgn x halal, x mustahil jika lps kahwin nnti, dia berpegang tgn dgn x halal juga.
~ Puasa isnin & khamis
~ Doa --> minta agar dijauhkan nikmat maksiat & diletakkan nikmat beribadah dlm hati.
~ Bergurau --> x salah, tapi jgn menipu dlm gurauan.
~ X boleh bergurau yg menyebabkan org len risau, gelisah.

Kesimpulan.

IM Nazrul
~ Renung firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 143, "Aku jadikan kamu umat yg seimbang"
~ hebat x hebat kita, kita akan jadi saksi kpda umat sekalian manusia.
~ Jadilah apa sekalipun, engineer, doktor, saintis, guru, apa2 jer, tapi letakkan Allah dlm jiwa.

Puan Norlaila Amiza bt. Zakaria.

~ Cegah kemungkaran, kene bwa byk kebaikan sbgai seorg muslim.
~ Kemungkaran tu ibarat bilik yg gelap, jadi kita kene pasang lampu utk terangkan
~ Tunjuk akhlak yg baik, lemah lembut.
~ 1 tanggungjawab kita --> doa spesifik utk org yg kita nak cegah kemungkarannya.
~ Dilanda musibah, baca innalillahiwainnailaihirajiun.. --> doa, "Ya Allah, berikanlah phla atas musibah ini & gantikanlah dgn lbh baik"
~ beli manzil --> semoga akan dpt lndungi diri.
~ Ambil saham, jadi saksi bkumpul di tempat2 yg baik.

Sesi soal jawab.

1) Medium terbaik bagi seorg OSEM utk mendptkan hiburan.
Puan Norlaila Amiza bt Zakaria
~ Kalau nak berhibur, xda keperluan berhibur dgn drama2 di tv yg xda manfaat dgn agama.
~ Lebih baik banyakkan mengkaji siapa ulama2 besar kita..
~ Hiburan itu xkan menajamkan minda.

IM Nazrul

~ Berenang, memanah, berkuda --> apa yang diajarkan semasa zaman Rasulullah.
~ Boleh berhibur,tapi kene ada batasan.
~ Berhibur dgn Al-Quran  >saranan Rasulullah<
~ Masalah kita, kita anggap lakonan kat tv tu ialah hiburan.
~ Kita x anggap majlis seperti taman2 syurga ini sebagai 1 hiburan.

2) Betulkah perempuan yang berambut panjang itu, rambut itu akan melindunginya dari api neraka?  (Puan Norlaila Amiza bt Zakaria)

~ Hadis itu bukan hadis sahih
~ Kene check, adakah itu hadis palsu atau hadis yang dhaif (lemah)
~ Tapi, perempuan mmg disunatkan utk simpan rambut panjang.


Alhamdulillah, akhirnya siap juga.. Maaf, agak lama masa yang Wawa ambik utk siapkan entry nie.. Agak sibuk campur pulak line internet x berapa elok.. 


tapi papepun, syukur alhamdulillah, Wawa masih diberi kesempatan utk berkongsi dgn sahabat2 semua.. semoga semua dapat manfaatnya yer.. 


Jaga diri, jaga iman, semoga kalian sentiasa berada di bawah lindungan-Nya.., insya-Allah.. Wawa mengundur diri dulu buat sementara waktu nie.., insya-Allah, kita jumpa lagi di entry & perkongsian lain kali yer..  :)

No comments:

Post a Comment