Thursday, May 3, 2012

Hubungkait al-Quran & fakta-fakta saintifik






Assalamualaikum..


Ape khabar sahabat-sahabat yang cantik2, comel2, & macho2 sekalian?
Sihat? bagaimana pula dgn iman? bertambah atau berkurang atau statik jer? harap2 iman kalian semakin bertambah lah yer..


Baru2 nie, (20/4/2012), sebenarnya kalau ikutkan, Wawa xde pape program pun.. Ingatkan time mlm nak study, tu jer.. Tapi, dlm kul 8.30mlm tu, ade seorang kawan perempuan Wawa call, ajak pergi dengar forum kat Kolej Pendeta Za'aba (KPZ), UPM, x jauh dari kolej Wawa ~ jalan kaki pun boleh.. Dengan pantasnya, Wawa cube bersiap  secepat mungkin sebab forum tu bermula dalam pukul 9. dah jumpa kawan Wawa tu, kami pun jalan kaki lah bersama-sama pergi ke KPZ..


Tajuk forum tersebut ialah (tertera di atas) ; Hubungkait al-Quran & fakta-fakta saintifik. Ahli panel utk forum tersebut ialah, Prof. Dr. Mat Rofa Ismail (dari fakulti sains UPM) & Ustaz Mohd Hafiz bin Ghazali (pusat islam UPM)..


Bismillahirrahmanirahim..


Moderator forum..
- Majlis ilmu merupakan salah 1 dari taman-taman syurga.
- 4 perkara yg akan kita dapat bila pergi ke majlis ilmu :-
    1) Sakinah (ketenangan)
    2) Rahmat dari Allah
    3) Malaikat akan merendahkan sayapnya, duduk bersama-sama kita di majlis ilmu tersebut & akan mengingati wajah kita & akn meminta pada Allah memberikan rahmat kepada kita..
    4) Allah akan sebarkan pada sekalian penduduk langit nama-nama & wajah-wajah mereka yg menghadiri majlis ilmu sehingga membuatkan seluruh penduduk langit menyintainya..




Apakah sebenarnya sikap orang bukan islam yang menganggap islam itu sebagai agama keganasan? ( Prof. Dr. Mat Rofa Ismail)
- Kajian yg dilakukan oleh pihak barat (dulu-dulu lah), daripada 6.6 billion penduduk di muka bumi ini, 2.2 billion adalah beragama Kristian & 1.6 billion pula beragama Islam. itu yg diketahui, yg x diketahui x disebarkan pada umum.
- Kemudian ada para pengkaji lain, (di Eropah juga) nak buat balik kajian tersebut, rupa-rupanya kajian yang sebelum ini tertukar. sebenarnya, 2.2 billion penduduk bumi ialah beragama Islam, manakala 1.6 billion lagi beragama kristian.
- Muhammad adalah nama popular di Belanda. 1/3 drpd penduduknya adalah muslim.
- Orang di barat semakin galak mengkaji tentang Islam.
- Statistik menunjukkan, pada tahun 2050 di barat, kemungkinan besar semua penduduknya ialah Islam.
- Kemanisan Islam sebenarnya telah dirasai oleh penduduk2 Eropah.
Tapi di timur, semakin hilang keislamannya (mungkin sbb dah lama duk dalam islam)
- Hadis Rasulullah saw, "urusan Islam akan sampai di mana saja, di mana siang & malam sampai, takdir menguasai segalanya"
- Lepas mengkaji Islam ~ penduduk Eropah berebut-rebut memeluk Islam setelah melihat keindahan islam dari pelbagai sudut.

Bagaimana proses kejadian manusia menurut al-Quran? (Ustaz Mohd Hafiz b. Ghazali)
- Lihat kembali hikmah dalil aqli & naqli ttg penciptaan kita.
- 2 jalan kita di dunia ini ;-
  i) jalan menuju kebaikan
 ii) jalan menuju kejahatan
- Allah utuskan 2 perkara utk kita di dunia ini utk dijadikan panduan hidup kita :-
 i) nabi Muhammad saw sebagai Rasul
 ii) al-Quran
- Allah menciptakan manusia sebagai khalifah.
- jaga hubungan dgn Allah & manusia.
- Kita kene ingat balik tujuan kita dilahirkan di dunia.

kita tahu, kita hidup nie, melalui beberapa alam.

i) Alam roh ~hanya Allah yg tahu berkenaan alam ini, (bila & dimana), alam dimana kita telah buat perjanjian dgn Allah.
ii) Alam rahim
iii) Alam dunia
iv) Alam barzakh
Apa itu alam barzakh & dimana alam tersebut? (Ustaz Mohd Hafiz b. Ghazali)
- Akidah Islamiah ~ perkara yang diremehkan pada hari ini.
- kira org Islam x lari utk percaya perkara2 ghaib.
- beriman pada perkara ghaib --> percaya pada hari kiamat & adanya makhluk2 yang x dpt kita lihat dgn mata kasar.
- Alam barzakh --> Alam perantaraan di antara alam mati dan alam dibangkitkat dari mati. 
- Bermula bila roh terpisah dari jasad.
- Kekuatan orang Islam => doa
Sebelum menempuh alam barzakh
i) jaga hubungan dgn Allah & sesama manusia.
ii) Kuatkan tautan hati pada Allah.
- Jangan sesekali kita menggadaikan akidah kita.

Apakah persoalan @ nilai tentang islam itu sendiri yang dapat menarik orang bukan islam (Eropah) memeluk islam? (Prof Dr Mat Rofa Ismail)
- Islam berkembang dgn benar.
- Memeluk islam bukanlah 1 paksaan.
- Sebenarnya, di dunia ini, orang melayu ialah golongan yang paling mudah diperintah & mempunyai lidah yg lembut.
- Melihat sejarah org Islam, bagaimana toleransi umat Islam --> menarik orang bukan Islam
- Contoh, kisah King Richard & Salehuddin al-Ayubi & kisah toleransi umat Islam ketika peperangan Badar di mana umat Islam memberi makan terlebih dahulu pada tawanan & bagaimana mereka semua melayan tawanan lebih baik berbanding tentera Islam sendiri.
- Datuk Bandar England sendiri mengatakan, (bila gejala lesbian & gay mula berkembang) --> "masa depan Eropah bergantung pada agama Islam.
- Tarikan lain --> sumbangan tamadun Islam..
- Islamlah yang mula2 menubuhkan Universiti
- Pada kurun ke-12, Alam Melayu juga mempunyai sebuah Universiti, sedangkan Eropah ketika itu berada di zaman gelap.
- Islam ialah cahaya & cahaya xkan boleh dipadamkan..

Apakah itu ilmu al-Quran? (Ustaz Mohd Hafiz b. Ghazali)
- Hadis, "sebaik2 kamu ialah yg mempelajari al-Quran & mengajarnya"
- Apa yang penting bagi umat Islam ialah mempraktikkan al-Quran.
- Orang yang datang majlis ilmu, tentu akan dapat ilmu baru. Walau x byk pun, pasti akan dpt juga sikit.. Kalau pergi majlis ilmu, xdapat pape ilmu baru, ade something wrong lah tu..
- Mukjizat al-Quran :-
 i) cara bacaan al-Quran saja ada banyak cara oleh ulama2, tapi masih memberikan maksud yang sama.
ii) mengandungi bahasa & maksud yang baik..





Mukjizat al-Quran dari sudut pandangan saintifik. (Prof. Dr Mat Rofa Ismail)
- Dalam al-Quran ada mengatakan, kiamat tidak mungkin berlaku kecuali bila bumi arab (gurun2 di arab) tumbuh banyak tumbuhan & terdapat sungai2 yang mengalir.
- Sekarang ais di Kutub Utara mencair kerana global warming. Air yang mencair itulah membentuk sungai & mula mngalir ke Semenanjung Tanah Arab.
- latitude bumi sekarang sedikit berubah.
- Gempa bumi yang berlaku baru2 ini, buat kedudukan latitude bumi semakin tunggang-langgang.
- Ais di Kutub Utara semakin cepat mencair..

Agak lama juga kan masa yang Wawa ambil utk siapkan perkongsian forum nie utk kawan2.. Actually dari forum itu, banyak juga fakta2 dunia mengenai Islam yang Wawa sendiri baru tahu.. semoga kawan2 yang lain pun dapat juga yer beberapa ilmu & info dari perkongsian Wawa nie..

Memang benar kata moderator forum tu, salah satu kelebihan bila kita menghadiri majlis ilmu, kita akan dapat sakinah (ketenangan) dari Allah.. memeng benar, bila menghadiri sesuatu majlis forum, hati Wawa rasa tenang jer, hilang semua kelibat masalah.. jadi pada kwn2, rajin2lah menghadiri sesuatu majlis ilmu itu ya.. info2 menarik boleh dikongsi bersama kawan2 yang lain, betul x? ^__^

Sampai di sini sajalah dulu yer.. doakan semoga Wawa terus kuat utk buat perkongsian dgn sahabat2 tersayang Wawa nie.. ukhuwah fillah abadab abada.. jaga diri semua, jaga iman.. ^^

Assalamualaikum..

3 comments:

  1. terima kasih wawa..perkongsia menarik.syafa kongsi ea.=)

    ReplyDelete
  2. same2.. silakan syafa.. ^^

    ReplyDelete
  3. suka sangat dengan buku haru yahya itu,

    penuh dngan pembuktian dan kajiaan. memgambil masa juga untuk menghadamkannya.. ^^

    ReplyDelete