Saturday, April 28, 2012

~Permasalahan Wanita :- Apa Anda Ingin Tahu?~

Assalamualaikum w.b.t..

Ape khabar sahabat2 yg dikasihi Allah sekalian? bagaimana dgn iman? Semoga semuanya berada dalam keadaan sihat sentiasa yer.. :)

Baru-baru nie (26/4/2012), Wawa ade pergi menghadiri sebuah forum yang bertajuk, "permasalahan wanita : Apa anda ingin tahu?" di Kolej Pendeta Za'aba (KPZ), x jauh pun dari kolej kediaman Wawa, jalan kaki jer..

Malam tu, Wawa pergi bersama dgn roommate Wawa.. 1st time sbnrnya menghadiri ceramah dgn dia. Sebelum azan isyak lagi, kitorg dah ambik wuduk, lepas tu bersiap.. kitorang jaga wuduk sampai masuk waktu Isyak. lepas solat, terus pergi ke KPZ..

Ahli panel utk forum malam itu ialah.., jeng.. jeng.. jeng.. Sekali lagi, seorang ustazah yang amat Wawa kagumi kesolehahannya, sgt lembut, & Wawa suka baca novel2 beliau, iaitu, x lain x bukan ialah, Ustazah Fatimah Syarha binti Mohd Noordin. Seorang lagi ahli panel yang dijemput ialah ustazah Nik Farhan dari Pusat Islam UPM sendiri, & kini beliau aktif dgn program tanyalah ustazah di tv9, & Wawa sendiri pernah menghadiri kuliah fiqh wanita bersama dia sem lps. Kata2 beliau juga kadang2 sangat terkesan di hati Wawa.. ^^



Ustazah Fatimah Syarha mohd Noordin

Ustazah Nik Farhan Mustapha


Nie adelah beberapa info yang Wawa sempat salin dari forum tersebut, yang dpt Wawa kongsikan dgn kawan2 sekalian..

Bismillahirrahmanirrahim...

Bagaimana nak menghargai penghormatan yang islam berikan kepada wanita? (Ustazah Nik Farhan)
~ Dulu ketika zaman jahiliah, sebelum turunnya al-Quran, wanita ditindas & dikongkong. (wanita tidak boleh menghadiri majlis ilmu, anak2 perempuan yang lahir ditanam hidup2 & sebagainya)
~ Tapi, setelah al-Quran diturunkan & setelah Rasulullah s.a.w diutuskan menjadi seorang rasul, barulah maruah wanita diangkat menjadi setaraf dgn lelaki.
~ islam amat menghargai 7 menghormati wanita.
~ Kita kene kenal agama kita.
~ kita kene terus belajar mendalami agama islam
~ Org Islam yg lahir dalam islam, ada yg sampai stop belajar pasal islam.
~ Kadang2 bila kita automatik dah tahu sesuatu perkara tersebut, kita akan jadi kurang menjaga perkara tersebut & xkan ada rasa bangga.
~ Tolong faham bacaan dalam solat, sebab setiap ayat adalah doa.
~ Bila kita faham, insya-Allah xkan ada pape masalah.
~ Dalam islam, ilmu islam xda takat maximum.
~ Ilmu ini infinity, makin byk kita belajar, makin byk kita sedar yg kita x tahu sbnrnya.
~ Belajarlah, dalamilah ilmu agama ini, walaupun mula dari bawah, basic..
~ Ketaatan yang jadi kebiasaan, akan hilang kemanisan. Jadi, tambahlah rasa taat itu agat kemanisan itu tidak hilang.


Bagaimana manjadi seorang wanita yang mulia dalam dirinya & bagaimana kita hendak mengatasi kata2 bahawa wanita itu fitnah? (Ustazah Fatimah Syarha)
~ Ada yang mengatakan bahawa wanita ini pemula/penentu kepada kebaikan.
~ Tetapi tidak.., wanita itu bukan pemula kepada kebaikan dan bukan juga punca kepada sesuatu kejahatan.
~ Allah ciptakan wanita ini bukan utk buat kejahatan.
~ Wanita dan lelaki, sama2 ada potensi utk melakukan kebaikan & sama2 ada potensi utk melakukan keburukan.
~ Islam x prnah mendiskriminasikan wanita.
~ Islam adil --> melayan semua hak kena pada tempatnya.
~ Wanita itu pun manusia juga --> ada yang kita suka, ada yang kita x suka.
~ Jangan paksa wanita itu berkahwin tanpa kerelaannya.
~ FAHAM --> kekuatan utama utk wanita.
~ Faham akan agama, bagaimana Islam angkat darjat wanita.
~ Apa yg kita dgr, lihat, baca sebenarnya mempengaruhi ringkah laku kita.
~ Wanita itu fitnah.
~ Fitnah --> bukan bererti jahat, tapi ujian.
~ Lelaki pun fitnah juga --> ujian bagi wanita.
~ Siapa yang buat baik berhak dapat pahala atas kebaikkannya, siapa yang buat jahat, berhak dapat dosa atas kejahatannya.


Itu merupakan pusingan pertama, di mana moderator bertanya soalan pada kedua-dua ahli panel. pusingan ke-2 & ke-3 pulak, penonton diberi peluang utk bertanya kepada ahli panel & akan dijawab oleh panel ketika itu juga. Antara soalan2nya ialah.

1) Jika keluar darah istihadah, dikatakan boleh dilakukan jamak. bagaimana hendak menjalankan jamak ini & adakah ia digalakkan? (Ustazah Fatimah Syarha)
~ Definisi haid --> darah yg normal
~ Definisi istihadah --> darah yg x normal
~ Ada 4 golongan wanita dlm mengenal antara haid & istihadah nie (kaedah adat tami'iz) :-
  i) Perempuan tersebut ada 'adat' & ada 'tami'iz'. Maksudnya kitaran haidnya tetap, & dia mmpu membezakan antara darah haid & istihadah.
 ii) Perempuan tersebut ada 'adat' tapi xda 'tami'iz'. Maksudnya kitaran haidnya tetap, tapi dia x mmpu membezakan antara darah haid & istihadah.
 iii) Perempuan tersebut xda 'adat' tapi ada 'tami'izi. Maksudnya kitaran haidnya x tetap, tapi dia mampu membezakan darah haid & istihadah.
 iv) perempuan tersebut xda 'adat' & xda 'tami'iz'. Maksudnya kitaran haidnya x tetap & dia x mampu membezakan antara darah haid & istihadah. Golongan yg ke-4 nie, guna cara yg telah dianjurkan, iaitu mengira darah istihadah keluar bukan dalam tempoh 15 hari dari hari pertama darah haid.
~ Warna darah istihadah berbeza sedikit dgn haid.
~ Rukhsah keringanan --> jamak
~ Sbb dibolehkan jamak --> bila kita berada dlm kesusahan.
~ Wanita yg sedang istihadah, x boleh qasar, boleh jamak sahaja.

2) Macam mana nak handle stress & ujian, sebab kadang2 semua tu buat kita rasa putus asa & macam mana nak tingkatkan motivasi? (Ustazah Nik Farhan)
~ Kalau xde stress dalam kehidupan, x seronok hidup nie..
~ Balik semula pada Allah.
~ Bila balik semula pada Allah, insya-Allah stress akan menurun.
~ Anggap stress itu sebagai 1 ujian Allah utk bagi kita pahala.
~ Bila rasa stress tu, sbnrnya seronok utk dekat pada Allah, sebab masa itulah pengharapan kita bergantung sepenuhnya pada Dia. Masa itulah masa terbaik utk dekat pada Allah.
~ Jgn putus asa. Yakin pada Allah.
~ Jangan pandang negatif pada ujian tersebut.
~ Allah x pernah bagi sesuatu yang kita x mmpu.
~ Biasalah, sebagai seorg manusia, ada masa kita rasa bik, elok jer, & ada masa kita akan rasa down.
~ Anggap ujian tu, utk meraih pahala & kasih syg dari Allah.

3) Hukum berhias. (Ustazah Fatimah Syarha)
~ Jangan bertabarruj.
~ bila xda ilmu, kita akan mudah menghukum, mencela org lain. cth, "ish, dia tu x pakai tudung lah, xde iman lah tu"
~ Tabarruj --> berasal dari perkataan buruj.
~ tabarruj dalam konteks wanita --> menunjukkan aurat yg sepatutnya ditutup, mendedahkan lekuk badan dalam berpakaian, berjalan lenggang lenggok & sering masuk dalam golongan lelaki & berlaku ikhtilat tnpa urusan yg penting. (prof sheikh Yusuf al-Qaradawi)
~ 3 golongan yang berkata mengenai fesyen wanita yang sepatutnya :-
   i) Wanita itu kene tutup semua sekali. Means, tutup seluruh badan, tutup muka, pakai purdah & kalau boleh, jgn keluar rumah lgsg.
  ii) Wanita itu kene dedahkan segala2nya. Ini fahaman dari barat.
 iii) Dalam ajaran islam pulak, tiada model pakaian tertentu, & tiada warna tertentu utk wanita. terpulang wanita itu nak pakai apa, warna apa, asalkan menutup aurat dgn sempurna.
~ Adat --> sesuatu yg baik dlm masyarakat. Ada adat yang tidak bertentangan dgn syariat islam, ada adat yg bertentangan.
~ Khilaf --> suatu rahmat sebenarnya. jadi, rasalah bersyukur.
~ Islam menyambut baik hal-hal yang memudahkan kita.
~ Begitu juga dgn fesyen. x kish kita nak pakai macam mana, tapi kene ikut syarak, iaitu tutup aurat.





4) Masalah aurat antara wanita islam & wanita bukan islam. (Ustazah Fatimah Syarha)
~ Pada asasnya, aurat wanita islam & bukan islam sama seperti aurat antara wanita & lelaki.
~ Tapi, dalam kes pelajar2 skrg, tinggal dalam 1 kolej, 1 blok @ 1 bilik dengan wanita bukan islam, ada 3 pendapat :-
  i) Tetap berpegang pada yang asas.
 ii) Boleh buka sama spti aurat sesama eanita muslim.
 iii) mana yang mampu ditutup, kita tutup. mana yg x mampu kita tutup dpn mereka, dimaafkan. (ambil pendapat nie)

5) Nikah Khitbah --> terangkan dgn lebih mendalam. 
(Ustazah Nik Farhan)
~ Nikah khitbah --> akad nikah dulu, tapi lambatkan walimah.
~ Bila dah nikah - ada tanggungjawab.
~ Tanggungjawab akan jadi lebih lah..

(Ustazah Fatimah Syarha)
~ Rasulullah pun pernah nikah khitbah dgn sayidatina Aisyah r.a..
~ Nikah khitbah --> lambatkan walimah, tapi dah akad.
~ Rasional cadangan nikah khitbah skrg nie, --> utk merawat gejala ikhtlat masa kini.
~ Cukup jer SISWA (suami, isteri, saksi, wali & akad), boleh jer akad nikah terus walaupun mngkin asalnya hanya nak bertunang dulu.
~ Andai berlaku persetubuhan dalam setelah nikah khitbah & melahirkan anak, anak itu mmg anak yang sah di sisi syarak.
~ Nikah yg baik itu aialah nikah :-
  i) xda halangan dari kedua-dua pihak
 ii) xda halangan dari ibu bapa kedua2 pihak
iii) xda halangan dari adat
 iv) xda halangan dari undang2.
~ Kalau mampu tahan, tahan dulu.
~ Sebelum nikah, dalam tempoh mujahadah nie adalah merupakan tempoh berpuasa.
~ Lepas nikah, ada nikmatnya sama spt nikmat kita mkn waktu berbuka selepas berpuasa spnjg hari..

6) Ada orang nak berubah (cth dari tdung biasa nak ke tudung labuh), tapi takut dgn pandangan org & tkut org tnya ilmu yg dia ada. (Ustazah Nik Farhan)
~ Jangan fikirkan orang lain.
~ Letak pada pandangan Allah.
~ Apa sahaja yg kita nak buat, tanya pandangan Allah.
~ Doa sentiasa --> mula buat, tgh buat, & akhir buat.
~ Sujud pada malam har, letak dahi pada sejadah & mengadulah pada Allah.
~ Dialah sebaik2 tempat mengadu.
~ Allah akan masukkan jawapan dlm hati kita, iaitu rasa ketenangan yg amat sgt utk melakukan sesuatu.
~ Bukan bermakna kita x boleh ambil pndgn org.
~ Boleh ambil pndgan org len, tapi bukan jadikan pandangan mereka adalah yg utama.

7) Masalah keputihan. (Ustazah Fatimah Syarha)
~ Keputihan --> perkara najis.
~ Pendapat dulu, jika terkena keputihan, kene tukar seluar, ganti dgn yg baru, kemudian barulah solat.
~ Tapi, andai kita pergi kem, msuk hutan & xda tmpat nak tukar, bagaimana?
~ Pendapat baru, boleh jer kita renjis air pada tempat terkena keputihan tersebut & kemudan solatlah spt biasa.

8) Kedoktoran wanita. adakah dikira darurat jika kita sakit, tapi tiada doktor wanita ketika itu & doktor yg merawat kita adalah lelaki? (Ustazah fatimah Syarha)
~ Tempat berubat itu merupakan tempat darurat.
~ Darurat itu diukur dgn kadarnya.
~ Contoh, andaikata kita sakit buah pinggang, & doktor lelaki terbabit kene memeriksa bhgian pinggang kita., jadi just perlu buka bahagian pinggang shaja, xde lah sampai nak buka tudung kan.
~ Allah nilai jika kita berusaha utk mencari doktor muslimah, tapi jika xde, itulah darurat & insya-Allah dimaafkan.

9) Batasan aurat semasa muslimah. (Ustazah Fatimah Syarha)
~ Aurat asas --> pusat ke lutut (tahap minimum)
~ Tapi tdk bermakna kita boleh sesuka hati buka pakaian, cth x pakai baju dlm bilik bila bersama muslimah len sbb aurat yg wajib tutup hanya pusat ke lutut jer.
~ Itu berkisar pulak dgn akhlak kita.
~ perlaksanaannya, lihat tahap ideal yg kita boleh buat.
~ Nilai akhlak itu diambil kira dalam pemakaian.
~ Akidah, akhlak & syariah --> 1 rangkuman.

10) Terangkan serba sedikit tentang solat istikharah. (Ustazah Fatimah Syarha)
~ Minta pendapat Allah utk perkara yang harus sahaja. Bukan utk perkara yg wajib, sunat, makhruh & haram.
~ X cukup sekadar tanya Allah sahaja (istikharah). tapi ada gandingannya iaitu musyawarah (berbincang dgn ibu bapa, ustazah2 & rujuk buku2 @ kitab2 yg muktabar)





11) lelaki dapat ganjaran lebih bila solat berjemaah. Bagaimana pula dgn wanita sbb ade hadis mengatakan seorang wanita itu lebih afdal solat di rumah @ bilik. (Ustazah Fatimah Syarha)
~ Hukum asal --> harus
~ Konteks hadis --> adalah untuk menutup fitnah.
~ Bergantung pada zaman tersebut.
~ Pada zaman dahulu, tiada kawalan keselamatan, sbb tu perempuan tidak digalakkan pergi masjid terutama pada waktu mlm.
~ Dalam konteks zaman skrg, wanita ada tujuan & maslahah utk pergi ke masjid utk menghadiri majlis ilmu, bersolat berjemaah, maka dibolehkan.
~ Tambah2 lagi skrg byk kawalan keselamatan diperketatkan.

12) Apa tindakan yang boleh dilakukan bila kita lihat, ada org islam tu, tapi dia x berpuas hati dgn islam cth selalu merungut konon islam x adil, itu x blh, ini x blh. tlg perjelaskan. (Ustazah Nik Farhan)
~ Rasulullah pernah bersabda, "Aku diutuskan untuk mencantikkan akhlak"
~ Kita tunjuk akhlak Rasulullah (akhlak yg baik).
~ Kalau kita x mampu nak jwb sbb mngkin kita merasakan ilmu kita msh x cukup utk berkata2, senyap & senyum lah.
~ Dakwah yang terbaik, tunjukkan akhlak yang baik.
~ Cara Rasulullah berdakwah --> hanya diam & lembut.
~ Jika ada mslh dgn shbt2, tunjukkan akhlak yg baik, jgn menjwb..

13) Apa hukum familisme di sisi islam, terutama dari segi hal2 berkaitan rumah tangga & poligami?  (Ustazah Fatimah Syarha)
~ Ssh nak jwb ikut perinciannya.
~ Tapi biasalah, dalam fahaman begini, ada yg besifat liberal, ade yg bersifat moderate.
~ Kalau ikut poligami, ade 3 hak wanita yang berkaitan dgn poligami :-
  i) hak untuk merelakan
 ii) hak utk mempertahankan monogami di mahkamah.
iii) hak utk mnta dibebaskan.

Slot penutup, berkaitan tip kearah menjadi seorg muslimah solehah.

Ustazah Nik Farhan
~ Ramai org suka pada ilmu, tapi xda perubahan pada diri.
~ Ilmu itu bukan utk didapati hnya utk akal, tapi kene diresapkan di dalam hati.
~ Islam kene tahu, faham, percaya & yakin.
~ Ilmu agama, bukan mslh kuantiti tap kualiti.
~ Yakin yg terbaik dari Allah. Doa.

Ustazah Fatimah Syarha
~ Allah syg kita.
~ Kita layak utk hidup bahagia.
~ Perjalanan kita nak menuju kepada Allah, ada jlnnya.
~ Kalau nak jadi baik, atau berusaha utk jadi org baik, jgn bandingkan diri kita dgn org lain, tapi bandingkan diri kita dgn potensi diri.





Alhamdulillah., ini sjalah yg Wawa dpt catch-up & smpat salin dalam forum tersebut. Sebenarnya byk lagi yg diperkatakan oleh kedua-dua ustazah, tapi Wawa hanya insan yg lemah, x dpt & sempat nak salin semua.. Maafkan Wawa yer kwn2..

Info2 nie utk perempuan sbnrnya, sbb tajuk pun dah permasalahan wanita kan. Tapi, x kisah jika kaum adam juga turut nak membaca sbb ade info yg boleh dikongsi dgn lelaki spti stress, nikah khitbah, solat istikharah & beberapa lagi hal yg umum..

Tapi jika lelaki yg dah terbaca hal2 peribadi wanita di atas nie.., ermm, buat2 x nmpk jer lah ea, buat2 x prnh baca je ea.. huhu.. >.<

Sampai di sini jer lah kot yg Wawa blh kongsikan.. Insya-Allah, jika ade lagi nnti, Wawa update lagi kat kwn2 utk berkongsi ilmu yg Wawa dpt.. insya-Allah..
Semoga bertemu lagi di kalam yg lain nnti, insya-Allah..
Assalamualaikum ya shabat2 fillah..

1 comment:

  1. Assalamualaikum wawa, suka saya baca blog awak. Banyak Elmu bermanfaat dikongsi. Terima kasih..

    Mohon kongsi sedikit berkenaan masalah keputihan.

    Kepakaran saya ialah membantu setiap wanita untuk hidup lebih sihat bersama Lexee Pad, 100% kapas dengan kadar serapan yang tinggi.

    Berminat boleh pm saya, zhu @ 013-6291285

    ReplyDelete