Saturday, October 29, 2011

Maafkan saya... T.T





Maafkan saya,
Jika saya kekal dengan ketegasan diri tak nak didekati oleh seorang insan bernama lelaki dulu, mungkin semua ini takkan terjadi..


Maafkan saya,
Jika saya tidak bergurau senda & ramah melayan kata-kata mesra dari awak dulu, mungkin semua ini takkan terjadi..


Maafkan saya,
Jika saya tak bercakap dengan nada yang lembut dengan awak dulu, mungin semua ini takkan terjadi..


Maafkan saya,
Kerana jatuh hati pada awak & telah membuat awak juga jatuh hati pada saya..


Maafkan saya,
Jika lembut & mesra tutur bicara saya, manja suara & kata-kata saya dalam setiap pesanan ringkas, chatting kat fb & perbualan suara melalui telefon buat awak bertambah dekat & sayang terhadap saya.


Maafkan saya,
Kerana dah buat hati kita bergelumang dengan dosa selama ini.


Maafkan saya,
kerana mengambil keputusan untuk berpisah ini.
Bukan ada niat yang terselindung, tapi hanya untuk kita menggapai kembali redha-Nya.


Saya bersyukur diperkenalkan & dipertemukan dengan awak.
Mengenali awak, membuat saya yakin, di dunia nie masih ade lelaki yang baik.
Awak sentiasa baik dengan saya, awak banyak bersabar dengan karenah saya, awak sentiasa berusaha menggembirakan saya walau apapun mood saya ketika itu..
Prasaan kasih & sayang pada awak, merupakan 1 anugerah yang x ternilai bagi diri saya..
Tapi malangnya, kita telah menggunakan anugerah itu dengan cara yang tak tepat..


Andai awak memang menyayangi diri ini.., jumpalah kedua ibu bapa saya,
pinanglah saya, dan jadikan saya milik awak yang halal, yang sah..
Kemudian, kita sambung kembali kisah percintaan kita di dalam hubungan yang halal.. 
Saya pasti, hubungan kita akan menjadi lebih indah setelah itu..


Andai saya memang merupakan tulang rusuk awak, saya akan menanti awak untuk kita saling melengkapi antara satu sama lain..
Tapi andai kata, saya bukan wanita yang ditakdirkan untuk menjadi jodoh awak, saya redha & saya doakan awak mendapat seorg wanita solehah yang jauh lebih baik berbanding diri saya..








Assalamualaikum w.b.t..


Tibe-tibe terkeluar puisi tu kan.. Puisi orang putus kasih.. huhu... Kali nie, Wawa just nak borak-borak biasa jer ye? boleh kan?


Beberapa hari yang lepas, Wawa baru sahaja menghabiskan membaca novel Pemilik Cintaku Setelah Allah Dan Rasul karya Fatimah Syarha Mohd Noordin..








Sangat-sangat bagus novel nie.. Novel nie bukan hanya ditujukan buat pengantin-pengantin baru, tapi turut memberi pengajaran yang baik buat para remaja, bakal-bakal pengantin baru, suami isteri & ibu-bapa..


Ape yang Wawa lihat, kebanyakan orang selepas membaca novel nie,


Yang ada pakwe, terasa nak clash ngan pakwe dia,
Yang single terasa nak kahwin cepat-cepat,
Yang dah kahwin, terasa nak sentiasa membahagiakan rumah tangga
& Yang sentiasa fikir bukan-bukan terhadap pasangan masing-masing, mula cube untuk berfikiran positif..


Buku nie sangat best. mengisahkan seorang muslimah yang tidak pernah memikirkan cinta zaman remaja atau lebih tepat, cinta sebelum kahwin. Perkenalan dia dan suaminya juga bagi Wawa sangat sweet, di mana mereka tak pernah bertemu, perjumpaan mereka yang pertama pun hanya di majlis pertunangan.. Itupun kedua-duanya tidak memandang antara satu sama lain. Tapi biler dah kahwin, hidup mereka indah dengan menyulam cinta yang pertama kali mereka rasakan..


Wawa sangat-sangat cemburu melihat kenikmatan itu.. Teringin nak merasai nikmat sebegitu.. Tapi nak mendapat nikmat rumah tangga sebegitu, banyak dugaan, cabaran & pengorbanan yang perlu dilalui.. Kan3..


Sampai di sini jer lah entry kali nie. Dah tak tahu dah nak taip ape..


Jaga diri, selamat malam, maafkan diri ini andai ade tersalah silap atau terkasar bahasa..


Assalamualaikum..




1 comment:

  1. bertuahnya dapat singgah di sini... (^_^)

    sejuk hati membaca tiap patah kata yang tertera...

    ReplyDelete