Friday, November 4, 2011

6 Langkah Supaya Kita Tidak Sombong



Assalamualaikum w.b.t..

Ape khabar sahabat2 tersyg sekalian.. mcm mana keadaan hari nie? sihat? 

Hari nie Wawa nak ckp psl salah 1 penyakit hati yang byk dihidapi oleh manusia zaman sekarang ini, iaitu, SOMBONG.

Ape mksud sombong tu?

SOMBONG tu bererti terasa kelebihan dan kehebatan yang ada pada diri sendiri, kemudian ditambah dengan sifat suka menghina dan merendahkan orang lain. Orang sombong memandang rendah manusia lain kerana berasakan sesuatu kelebihan yang ada pada diri mereka.

macam mana kita nak buat supaya kita x sombong pada orang lain, pada keluarga, pada kawan2, & yg penting, pada Allah? Nauzubillah.., jangan sombong pada Allah yer kwn2. Kite kene ingat, Allah tu pencipta kta, xkan kita nak sombong pada-Nya pulak kan.. dah byk rezeki yg dia kurniakan kat kite semua di dunia nie..


So, jom kita tengok macam mana langkah2 yang perlu kita ambil supaya kite x sombong yer.. :)


6 Panduan telah digariskan oleh Imam Al-Ghazali supaya kita tidak bersifat sombong, angkuh, takabbur dan buruk sangka:

1- Jika berjumpa dengan kanak-kanak, anggaplah kanak-kanak itu lebih mulia daripada kita. Kerana kanak-kanak belum banyak melakukan dosa.






2- Apabila bertemu dengan orang tua, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia sudah lama beribadat kepada Allah SWT berbanding dengan kita.

3- Jika bertemu dengan orang alim, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia lebih banyak ilmu yang dipelajari dan lebih banyak mengetahui berbanding dengan kita.







4- Apabila bertemu dengan orang jahil, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka melakukan dosa dalam kejahilan. Sedangkan kita melakukan dosa dalam keadaan mengetahui.

5- Jika melihat orang jahat, jangan anggap kita lebih mulia daripada mereka kerana mungkin disuatu hari nanti mereka akan insaf dan bertaubat atas kesalahan yang telah mereka lakukan.

6- Apabila bertemu dengan orang kafir, katakan di dalam hati bahawa mungkin suatu hari nanti mereka akan diberi hidayah oleh Allah SWT dan akan memeluk Islam, maka segala dosa mereka akan diampuni oleh Allah SWT.

No comments:

Post a Comment