Friday, December 16, 2011

Ahli Syurga


Andai anda merasakan gmbar ini cantik.., insya-Allah, pasti, syurga itu lebih cantik isi kandungannya dari ini.. ;)


Assalamualaikum w.b.t..

Ape khabar shabat2 sekalian? Wawa harap semuanya dlm keadaan sihat sentiasa yer..

Lamanya Wawa x update blog.. sangat sibuk dgn study, & segala macam aktiviti.. lagi 1 sebab xde idea nak tulis ape.. hehehe..

hari nie Wawa ingt just nak kongsi pasal ciri2 ahli syurga jer lah, yg Wawa dapat dari 1 sumber.. dah x ingat dari sumber mana sebab dah lama sgt sebenarnya entry nie tersimpan dalam draft.. hehe..

Ciri2 wanita ahli syurga,



>> Ikhlas beribadah semata2 kerana Allah
>> Menutup aurat dgn sempurna, tidak tabarruj
>> Berbakti kepada orang tua
>> Berbuat baik kpda masyarakat di sekelilingnya
>> Menyambung ikatan tali silaturahim dgn sahabat2nya
>> Menjaga lisannya dari perkara dusta, menngumpat, memfitnah
>> menepati janji & amanah yg diberikan
>> Redha dengan suami yang dijodohkan oleh Allah SWT.
>> Menjadi isteri yang setia kepada suaminya dikala senang dan susah
>> Selalu memohon maaf kepada suaminya
>> Senantiasa mendahulukan suami dalam segala keadaan
>> Senantiasa menghibur hati suami terutama bila suami dalam kesusahan
>> Bila dipandang suami senantiasa menyenangkan
>> Melembutkan pandangan dan tunduk apabila dihadapan suami
>> Tidak pernah menolak apabila disentuh suami
>> Tidak berkhianat terhadap harta, perkara dan sebagainya tatkala suami tidak ada
>> Senantiasa hormat kepada suami dan ibu/bapa serta keluarga suami
>> Selalu mendoakan keselamatan dan kesejahteraan untuk suami
>> Selalu bersih dan bersolek untuk membahagiakan hati suami bila dipandang
>> Tidak pernah menunjukkan wajah yang muram dan berlaku kasar kepada suami
>> Menyambut pulangnya suami dengan senyum dan mencium tangan suami
>> Tidak pernah keluar rumah tanpa izin suami


sebab itulah dikatakan, separuh dari iman kita telah selesai melalui perkahwinan.. seorg muslimah yg menjadi salah seorg ahli syurga, hanya perlu melakukan 4 perkara, iaitu, solat 5 waktunya, berpuasa di bulah ramadhan, menutup aurat, mjaga kehormatan diri & suaminya..




Ciri2 lelaki ahli syurga semuga menjadi tauladan yg baik,


• Khusyuk dalam solatnya
• Menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang tidak berguna
• Menjaga farajnya (kemaluannya), kecuali kepada istrinya
• Ahli Shaum (b'puasa sunat dan selalu menunaikan zakat)
• Senantiasa menundukkan pandangan
• Bersih aqidahnya, sihat rohaninya
• Benar dalam ibadahnya
• Jiwanya senantiasa bersungguh-sungguh
• Mampu berusaha mencari nafkah
• Bermanfaat bagi orang lain
• Senantiasa menolong
• Selalu yakin dalam setiap tindakan
• Berfikir positif dan membangun
• Rendah hati (tawadhu')
• Selalu menghindari perkara yang samar-samar (syubhat)
• Pemaaf dan lapang dada
• Bersikap keras dan tegas terhadap kekafiran
• Effisien dalam memanfaatkan waktu
• Istiqomah dalam kebenaran


Semoga setelah membaca semua ciri2 di atas nie, kita semua lebih bersemangat utk menjadi salah seorg daripada ahli syurga.. :)

No comments:

Post a Comment