Tuesday, January 18, 2011

Kun Fayakun..

Maka terjadilah syurga dan neraka. Sebaik syurga tercipta, Allah memerintahkan malaikat Jibrail supaya melawat syurga.. Selepas melihat syurga, Jibrail berkata: “ya Allah, demi kemuliaan-Mu, barang siapa mengetahuinya pasti mereka akan berusaha dan berlumba-lumba untuk mendapatkan syurga-Mu dengan segala kelazatan, kesenangan, kegembiraan, kemewahan dan beraneka rupa nikmat yang tersedia di dalamnya!”

Kemudian Allah menyelubungi syurga itu dengan pelbagai syarat supaya manusia menjauhi larangan-Nya, mengerjakan segala perintah-Nya seperti solat, puasa, zakat, zikir, jihad, haji, sedekah, amal kebajikan, taat kepada ibu bapa dan juga makhluk lain seperti binatang. Barang siapa memenuhi syarat, mengikut segala perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya, mereka layak memasuki syurga tersebut.

Lantas Allah memerintahkan sekali lagi Jibrail melihat syurga. Selepas kembali dari syurga, Jibrail berkata: “Ya Allah, kini aku khuatir tiada sesiapa dapat memasuki syurga-Mu!”

Allah turut memerintahkan Jibrail melawat neraka jahanam dan melihat pelbagai azab, seksaan, penderitaan yang disediakan untuk penghuninya.

Jibrail lantas berkata: “Ya Allah, demi kekuasaan-Mu, barang siapa yang mendengar segala seksaan yang amat dasyat itu, pasti tiada siapa yang berani menghampirinya!”

Lalu Allah menyelubungi neraka itu dengan pelbagai rupa kejahatan yang melanggar segala larangan Allah seperti berzina, meliwat, meminum arak, berjudi, membuat kezaliman, membunuh, menipu, mencuri dan pelbagai macam kemaksiatan kepada Allah.

Sekali lagi malaikat Jibrail diperintahkan melihat neraka. Jibrail berkata: “Ya Allah, aku khuatir tiada seorang pun yang terselamat dari seksaan api neraka-Mu..




No comments:

Post a Comment