Saturday, February 12, 2011

Saya nak Syurga..!

Assalammualaikum w.b.t..

Jika ditanya pada semua umat islam, “Antara syurga dan neraka, mana satu yang kita nak?” Pasti ramai yang akan menjawab untuk memilih syurga. Betul tak?

Tapi, cuba kita renungkan, adakah perlakuan kita setiap hari sama seperti yang kita nakkan? Kita cakap kita nak memilih syurga, tapi, adakah kita mengingatinya pada setiap hari?

1 hari, kawan Wawa, S menceritakan sesuatu pada Wawa tentang seorang lelaki. Biarlah Wawa namakan lelaki tu sebagai X. Cerita kawan Wawa, X nie seorang yang gila akan permainan video atau lebih dikenali sebagai game. Kawan S telah menasihati X nie, dan jawapan yang X berikan pada kawan S, “game first, pray second” & “ala, solat boleh qada’ tapi game tak boleh tinggal..”

Hmm.., apa pandangan anda pada statement nie? Nie adalah salah satu contoh jer. Tapi bagaimana dengan kita yang lain. Contohnya, tengok rancangan2 yang disiarkan dalam tv. Kadang-kadang kita sanggup meninggalkan kewajipan kita semata-mata untuk perkara-perkara keduniaan nie. Kenapa kita buat macam tu? Sedangkan kita nak ‘rumah’ kita di akhirat nanti berada di syurga.

Muslimin & muslimah sekalian, kita mendambakan kehidupan yang sempurna di dalam syurga di akhirat kelak, tapi mengapa kita masih lalai dalam hal-hal keduniaan yang lagha ini? Game, drama tv & sebagainya itu hanya boleh melalaikan kita dari mengingati Allah & tidak membantu dalam menambahkan berat timbangan amal baik kita semasa di hisab kelak malah tidak mustahil semua perkara-perkara keduniaan yang melalikan kita itu menjadi penyebab kita terheret ke lembah neraka jahanam kerana menyebabkan kita lalai dalam mengingati Allah dan menunaikan segala perintah-Nya. Nauzubillah..

Tentu kita tidak mahu perkara tersebut berlaku pada diri kita kan. Cuba bayangkan, jika perkara-perkara lagha tu kita tukar kepada amalan-amalan rohani, pasti jiwa kita akan tenang setiap masa, tiada pergaduhan yang berlaku sesama manusia & kita akan lebih tabah & sabar dalam menempuh kehidupan di dunia yang sementara ini.. Subhanallah..

Wahai muslimin & muslimah sekalian, isikanlah masa-masa terluang kita dengan amalan-amalan yang boleh membawa kita ke arah jawapan kita, iaitu syurga yang menjadi dambaan kita. Kurang-kurangkan lah melakukan perkara-perkara duniawi yang boleh melalaikan kita dari mengingati Yang Maha Esa.

Wawa minta maaf kalau apa yang Wawa katakan di sini menyinggung hati sesiapa saja. Niat Wawa bukanlah nak menyinggung hati sesiapa tapi niat Wawa hanyalah untuk mengingati diri kita semua dan diri Wawa sendiri. Sama-samalah kita mengambil iktibar & renung-renungkan lah.. Selamat beramal yer.. =)



No comments:

Post a Comment