
“Pelik kan? Kadang-kadang kita tercari-cari
cinta yang kita impikan. Payah nak temui. Tapi bila sudah terlanjur jatuh
cinta, mengapa sukar jadinya? Pelbagai dilemma yang muncul dalam perjalanan.
Siang aku menangis, malam aku tak dapat lelapkan mata.
Rapuhkah cinta aku ini kerana tidak mempunyai
dasar yang kukuh, sekadar menumpang saja?
Aku jadi gerun untuk memberi seluruh hati.
Takut cintaku tak kesampaian. Takut ruang yang ada tidak muat. Bagaimana harus
aku bertahan di atas puing-puing cinta yang tidak kukuh ini?
Namun aku tetap berdoa,agar apa yang sedang
kugenggam ini tidak akan terlepas. Semoga Tuhan makbulkan.., insya-Allah..”
(dipetik dari novel Pukul 3.00 Pagi, karya Aina Emir)

Assalamualaikum..
Cinta? Ape itu cinta? Yang saya tahu, cinta itu
adalah perasaan yang dikurniakan oleh Allah dalam hati kita, buat seseorang..
Ia hadir dalam kita menyedari kehadirannya atau tidak.. Ianya satu fitrah
manusia kan.., ingin menyintai dan dicintai oleh seseorang..
Ya, perasaan itu mungkin sedang menghuni hati
saya sekarang.. Perasaan cinta terhadap seorang sahabat! Sejujurnya, saya tak
pernah mengharapkan perasaan ini hadir, tidak pernah terfikir untuk
menghadirkan perasaan ini di dalam hati.. Allah yang memegang hati ini, dan
Allah jualah yang membolak-balikkan hati ini dengan perasaan yang sukar untuk
ditafsirkan ni..
Saya mengenali sahabat saya tu (mr. S, bukan
nama sebenar), dalam sebuah kelas kokurikulum semasa sem 1 di UPM.. Pertama
kali melihat dia di dalam kelas itu, saya tak pernah terfikir pun yang kami
akan jadi kawan & seterusnya menjadi rapat. Tiap kali jumpa dalam kelas tu,
saya xda pun berborak dengan dia, kecuali hal-hal penting berkaitan program
yang sedang kami atur.. Tapi itulah, aturan Allah itu tiada siapa yang tahu.
Allah menjadikan kami lebih rapat & mesra setelah program kami pada
13/12/11 berjalan dengan lancar.
Banyak kebetulan yang berlaku antara kami.
Kebetulan yang paling dekat, kami tinggal di kawasan perumahan yang berdekatan,
iaitu saya di kawasan B, dia pula di kawasan D, jaraknya hanyalah 20-30 minit
perjalanan, dan usia kami, tidak jauh beza.. Hanya 3 hari sahaja! Mungkin
kebetulan itulah yang membuatkan kami selesa berkawan pada mulanya. Tambah
lagi, dia mempunyai seorang adik angkat, sis M. Lama-kelamaan, sis M ni pun jadi
adik angkat saya juga. Bertambah erat hubungan persahabatan kami.
Sepanjang persahabatan itu, apa yang saya nampak,
saya selesa untuk bercerita bermacam-macam perkara dengan dia, berkongsi
suka-duka. Ya, mungkin pada ketika itu, Allah membuatkan hati kami memahami,
yakin, percaya dan selesa antara satu sama lain. Banyak benda yang saya belajar
dari dia, dia banyak menegur & memberi nasihat kepada saya. Setiap kali
saya bersedih pun, dialah berjaya membuat saya senyum & ketawa kembali.
Sungguh! Saat tu saya sering mengucapkan syukur yang tidak terhingga ke hadrat
Illahi kerana mempertemukan saya dengan dia, mengizinkan kami berkawan. Saya
rasa bahagia, rasa gembira yang belum pernah saya alami sebelum ni. Saya rasa
hidup & hati saya seolah-olah telah dilengkapi, seolah-olah tiada lagi yang
kurang, terasa semuanya telah dipenuhi, tiada lagi ruang kosong. Tiap kali
solat, pasti ada 1 perkataan yang sering saya lafazkan dalam doa saya; syukur!
Daripada awal perkenalan kami, saya anggap dia
sebagai kawan. Saya suka berkawan dengan dia, saya selesa berkawan dengan dia,
& saya sayang dia sebagai kawan, sama seperti saya sayangkan kawan-kawan
saya yang lain. Itulah yang saya anggap. Hinggalah pada suatu hari, ketika
study week sem ke-3, kami chatting di laman facebook. Tiba-tiba dia
mengatakan sesuatu kepada saya,(rupanya dia hanya bergurau) “lepas exam nanti,
mak saya nak pergi meminang seorang perempuan, tapi saya tak tahu siapa.” Lepas
baca ayat dia tu, tanpa saya tahu kenapa, hati saya rasa sakit & pedih sangat,
& tanpa saya sedar, ada air mata yang mengalir di pipi saya. Saya rasa
macam seolah-olah saya kehilangan sesuatu. Ketika itulah saya sedar, dalam kami
berkawan, rupanya ada perasaan lain yang singgah di hati saya. Perasaan sayang,
yang bukan sekadar rasa sayang sebagai seorang kawan, tetapi lebih dari itu.


Saya tak pernah nak bagitahu dia, saya tak
sanggup nak berterus-terang.. Selain malu, saya juga rasa bersalah, sebab dalam
diam, saya menyimpan perasaan ini.. Rasa seolah-olah saya telah mengkhianati persahabatan
kami walaupun saya tahu, perasaan ni tak salah, sebab Allah yang letakkan
perasaan ini dalam hati kita, cuma bergantung pada kita untuk mengawalnya macam
mana, kan. Lagipun saya tahu, masa tu, dia sedang menaruh hati pada coursemate
dia, MS. Jadi saya pendamkan saja perasaan tu.
Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh
ke tanah jua.. Saya elak punya elak pun, akhirnya dia mengetahui rasa hati
saya. Awalnya saya cuba teguhkan hati, cuba kuatkan hati, takut-takut dia
membenci & terus menjauhkan diri dari saya lepas mengetahui. Tapi
Alhamdulillah, dia tak marah, dia tak menjauhkan diri, dia hormat perasaaan
saya, & dia masih nak berkawan seperti dulu. Tiada kata yang boleh saya
lafazkan, selain rasa syukur yang tak terhingga. Walaupun dia tidak
membalasnya, tapi kesudiannya untuk terus berkawan seperti biasa itu dah cukup
menggembirakan hati saya.
Tapi saya ni hanya manusia biasa, yang banyak
kali melakukan kesilapan dan kesalahan. Saya tidak sebaik sis M, MS, atau H,
gadis lembut berpurdah yang turut hadir dalam episod hidup dia. Saya tak sebaik
mereka. Kerana kelemahan besar yang ada pada diri saya, saya dah lakukan 1
kesalahan besar. Bagi saya sangat besar. Saya lukakan hati dia dengan kata-kata
yang kurang enak, sedangkan dia tidak bersalah, hanya bergurau untuk
menceriakan keadaan. Saya yang terlalu sensitif pada malam itu. Sedang stress
mungkin.
Selepas kejadian tu, dia menyepi. Saya rasa
seolah-olah saya dah kehilangan satu permata yang sangat berharga. Selama ni,
dia yang banyak memahami saya. Dulu, dia pernah bertanya 1 soalan kepada saya,
“kalau tibe-tibe 1 hari nanti saya hilang, bagaimana?” & inilah
jawapannya.. Saya sedang merasakan ‘jawapan’ itu sekarang. Saya rasa
kehilangan, saya rasa hidup saya rasa kosong kembali, dah xrasa lengkap lagi
dah, saya rasa sunyi, saya rindu, rindu gurauan dia, kemesraan dia, sifat ambil
berat dia, keprihatinan dia, rindu nak bercerita macam2 dengan dia, rindu nak
dengar cerita2 dia, saya rasa macam ada 1 beban yang berat dalam hati saya.
Saya rasa sangat bersalah. Saya xnak perkara
macam ni terjadi, tapi saya buat sesuatu yang membuatkan saya kehilangan dia,
seorang kawan yang paling memahami diri saya, seorang kawan yang baik. Selama 2
tahun kami berkawan ni, dia tak pernah marah saya, tak pernah bercakap kasar
dengan saya. Dia sangat baik bagi saya, & itulah yang membuat saya
bertambah rasa bersalah kepada dia. Kalau saya baca balik mesej2 lama kat fb & kat handphone yang saya masih simpan, pasti air mata akan mengalir keluar tanpa sempat ditahan.. :'(
Kalau ditanya kepada saya, apa keinginan saya,
apa yang saya nak di dunia sekarang ni, jawapannya cuma 1, iaitu saya nak hubungan
kami seperti dulu & jauh lbh baik lagi.. Setiap kali lepas solat, itulah
doa saya. Memang itulah harapan & keinginan saya. Sampai sekarang saya
masih menunggu. Setiap kali handphone saya berbunyi menandakan ada mesej yang
masuk, saya mengharap saya akan melihat nama dia yang tertera, & kami
berkawan seperti dulu. Tapi siapalah saya untuk melawan takdir Allah. Allah dah
takdirkan hubungan kami jadi begini, entah akan kembali seperti dulu lagi atau
tak, wallahualam. Hanya Dia sahaja yang tahu. Dia yang memegang hati
hamba-hambaNya. Dia yang tahu, apa yang terbaik, kan.. Mungkin Dia tangguhkan
keizinan untuk kami berkawan semula, atau mungkin dah tak diizinkan langsung.
Tapi kadang-kadang, saya terfikir juga. Mungkin
lebih elok begini, saya x mesej mr.S. Yelah, daripada saya mesej dia, tapi dia
rasa x selesa, lebih eloklah saya turut menyepi. Saya xnak kalau saya mesej
dia, tapi dia xselesa, & rasa terpaksa je utk melayan mesej2 saya lepas
kejadian tu. Saya nak dia selesa, dia happy.. Kalau dia selesa & happy
sekarang ni, walaupun kami dah x berkawan, saya rela.. Saya tak nak ganggu dia.
Lagipun, yelah, saya cuma seorang kawan, bukan siapa-siapa bagi dia, tidak
seistimewa sis M, MS, & H.
Saya belajar untuk redha dengan ketentuan Allah
pada kami ini. Walaupun berat, sedih saya rasakan, tapi saya kuatkan juga
semangat untuk yakin bahawa setiap yang berlaku itu ada hikmahnya. Xpalah,
asalkan mr. S bahagia.. Saya tahu, sekarang memang saya sedih, kadang-kadang
rasa tak tertanggung rasa sedih, bersalah dan rindu yang bercampur dalam hati
ini. Tapi saya tahu, saya cuma perlu bersabar. Bersabar dalam menghadapi semua
ini menanti perancangan Allah buat saya untuk masa akan datang. Cuma doa saya,
mr.S sentiasa bahagia. :’)
Kalaulah saya diberi peluang untuk mengatakan
sesuatu kepada mr.S, inilah yang ingin saya katakan kepada dia, semua kandungan
entri saya kali ini. Kalaulah dia membaca entri saya ni, saya cuma nak dia
tahu, dia silap setiap kali dia cakap tak ada sesiapa yang sayangkan dia. Tapi
saya taknak mengharap apa-apa dari dia. Cuma saya nak dia bahagia. Awak,
buatlah sesuatu yang membahagiakan diri awak & buat awak happy. Setiap kali
awak down, awak kene kuatkan semangat tau, sebab ramai orang sayang awak, nak
awak bahagia, nak dengar gurauan2 awak.
Saya akan sentiasa doakan awak. Insya-Allah.. :’)

“Saya minta maaf. Tidak ada niat untuk saya
sakitkan hati awak. Sumpah. Tapi kadang-kadang, saya tak mampu menahan daripada
buat silap. Saya ni mungkin tak bijak mengatur bahasa. Maaf sekali lagi. Semoga
hati awak dapat menerima kemaafan dari kawan awak yang lemah ini.” (diadaptasi
dari novel Pukul 3.00 pagi, karya Aina Emir)
Buat Seorang Kekasih
Kau Selamanya
Duhai Kasih - Ku Mencintaimu

Cukup cintai dia dalam diam dari kejauhan,
ReplyDeleteDengan kesederhaan & keikhlasan,
Kerana tiada yang tahu rencana Tuhan,
Mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk,
Atau membeku dengan perlahan.
Teruskan mara melangkah,
Kembara kita mencari Cinta yang Agung,
Cinta Yang Esa.^_^
Assalamualaiki..
DeleteTerima ksh ya ukhti..
Insya-Allah, nsht ukhti sy ambik sbgai pedoman..
Betullah, kita xtahu apa yg akn blaku pd masa akn dtg kan..
Wallahualam..
Doakan yg baik2 je.. :)