Wednesday, June 5, 2013

Dugaan & Ujian..










Assalamualaikum w.b.t..


Ujian.. Dugaan.. 
Sering kita dengar orang sebut-sebut kan.. Sering manusia mengeluh bila menerima sesuatu dugaan.. Wawa yakin, ramai lagi sedang berhadapan dengan sebuah ujian saat ini kan..


Ya, Wawa kini juga berdepan dengan 1 ujian, 1 dugaan dari Allah.. Ujian & dugaan berkaitan hati..  Allah, sangat kecil ujian itu.. Tapi hati rasa berat, menangis dalam hati, rasa terseksa semua ada..
Dah rasa macam seolah2 ada makhluk dementor berada di sekeliling.. Rasa mcm perasaan gembira dah disedut & rasa xkan gembira lagi.. (ok, nmpk sgt Wawa dah addicted dgn cite Harry Potter. :p) 






Tapi semalam & hari nie, membuka sedikit mata Wawa mengenai ujian ini..


Semalam, seorang rakan Wawa, J, meluahkan kesedihan hatinya.. Kesedihannya bila dia bercinta dengan seseorang, tetapi keluarga seseorang itu tidak dapat menerima dirinya, malah memperlekehkan dia.. Dah lama kot diorang tu, dah bertahun dah.. Dalam bertahun tu lah J cuba pelbagai cara mengambil hati keluarga kekasihnya, tetapi abah kekasihnya masih tidak mempedulikannya..


Hari ini pula, adik angkat Wawa, M, bercerita pada Wawa masalah kesihatannya.. Beberapa bln yang lepas, dia baru sahaja kene operate appendix, rasa sakit itu masih terasa lagi.. Tapi kini, dia risaukan keadaan kakinya yang sakit (tulang bengkok) yang dah dialaminya sejak kecil lagi.. Berat dugaannya, sedangkan dia muda lagi, tahun nie pun baru nak SPM..


Kedua-dua cerita itu membuka mata Wawa.. Allah, malunya Wawa... Dugaan yang Wawa hadapi nie kecil sahaja berbanding mereka di luar sana.., tapi kesedihan yang Wawa rasakan, bagai perkara itu amat besar..


Malu, serius Wawa rasa sangat malu..


Xpelah.. Allah tidak akan membebankan diri seseorang itu dengan sesuatu dugaan & ujian yang tidak mampu ditanggung oleh hamba-Nya kan.. 


Lihatlah, kerana dugaan yang kecil ini pun, boleh membuatkan Wawa terlupa prinsip yang Wawa pegang selama ini.. Setiap dugaan yang Allah bagi tu, Allah xkan bagi sia2.. Pasti ada hikmahnya di sebaliknya..


Wawa cuma anggap dugaan dan ujian ini sebagai kaffarah dosa-dosa Wawa yang lalu jer.. Banyak dosa-dosa yang dah Wawa lakukan..


Semoga muslimin & muslimat yang lain pun, Wawa doakan kalian mampu menghadapi dugaan dengan sebaiknya.. berbaik sangka lah pada Allah.. Sesungguhnya Dia yang mendatangkan sesuatu ujian, maka Dia jualah yang akan menarik kembali ujian itu nanti, Insya-Allah.. (pesanan utk diri sendiri juga)






2 comments:

  1. Hadapilan dugaan dgn penuh tabah. Hanya tuan badan yg tau betapa berat dugaan menimpa. Apa kata lihat ujian itu dari sudut yg lebih positif. Bak kata pepatah "The measure of a man is not how much he suffers in the test, but how he comes out at the end."

    ReplyDelete
  2. Subhanallah..
    terima kasih awak atas nasihat yg diberikan nie.. saya menghargainya sgt..
    semoga Allah merahmati & melindungi diri awak selalu.. :)

    ReplyDelete