Monday, April 18, 2011

Seloka 5 sn 1 SMKBB 2009

Assalamualaikum...

Actually dah lama dah nak post seloka nie.., tapi baru ari nie ada kesempatan.. ambiklah masa sekejap utk baca yer.. =)

Salam hormat pembuka bicara,
Fe’el 5sn1 kami nak cerita,
Dari kami yang gila-gila,
Hidup mesti selalu ceria.

Inilah 5sn1 punya jenaka,
Semoga anda berasa gembira,
Kalau terasa atau terkata,
Apalah daya, maaf dipinta.

Pn. Hajah Norhaliza ibunda kami,
Tak pernah miss walau sekali,
Mengajar math tak pernah henti,
Moga kami dapat A1 nanti.

Romeo 5sn1 gelaran diberi,
Itulah Iskandar empunya diri,
Menjalankan tugas sebagai ketua kami,
Memimpin kelas penuh dedikasi.

Penolong kelas jawatan diberi,
Sentiasa senyum, berbudi pekerti,
Nur Aziah nama diberi,
Selalu sibuk mengalahkan menteri.

“Wei.. bayar duit” ayat sakti,
Terasa diri nak cabut lari,
Tapi esok dituntutnya lagi,
Nazwa berjawatan bendahari.

Orangnya glamour tak terperi,
Tak habis nak cerita pasal dia ni,
Muhammad Farid nama diberi,
Menjadi KP di sekolah ini.

Keceriaan kelas dia punya.
Usah risau, kacang saja,
Buat kelas macam tadika,
Farlina la orangnya.

Chin Eng nama diberi,
Masa belajar cukup bising dia ni,
Ketawa itulah kawan sejati,
‘11A1’ memang impian dihati.

Syafiqah orang bersahaja,
Tapi awas, otaknya geliga,
Bila ketawa sakit telinga,
Sg. Kelambu tempat tinggalnya.

Duduk di meja hujung sekali,
Itulah Masra nama diberi,
Cita-citanya besar tidak terperi,
Kalau ketawa ceria sekali.

Orangnya kurus sopan sekali,
Berkaca mata begitu bergaya,
Naik basikal lenguhnya kaki,
Fara Hanis kawan kita.

Sorang ni lain kisahnya,
Ceria memang perwatakannya,
Nurul Amira nazir agaknya,
Mengukur jalan memang hobinya.

Hanya dia wanita kaum India,
Pendiam dan pemalu juga,
Tetapi senyumannya mesra,
Dialah kawan kami, Niveda.

Dia pendiam bukannya bisu,
Lain ditanya lain jawapannya tu,
Orang bercerita dia membatu,
Namanya Chee jika nak tahu.

Suka tidur masa cikgu ajar,
Top 10 mesti dia punya,
Cikgu tanya apa-apa,
Sheng senyum sahaja.

Ceria dan sabar orangnya,
Buat kerja cepat tak terhenti,
Orangnya slumber ok sekali,
Hui Si si empunya diri.

Fatin nama diberi,
Suka ketawa kecil orangnya,
Berbaju kuning berseri-seri,
Bab nasyid tanyalah dia.

Orangnya simple senyuman manis,
Berjalan dialah paling gemalai,
Siapa tak kenal cik adik manis,
Wahai Umi Nadia orangnya.

Senyuman manis orangnya,
Semua subjek menjadi keutamaannya,
Farah nama berjela,
Sekali ketawa bergegar dunia.

Selalu kreatif orangnya,
Paling diam bukan sifatnya,
Azhar sentiasa bersahaja,
Diberi nasihat buat selamba.

Rambutnya dijaga sentiasa,
Perangai dia susah nak kata,
Wan Teng empunya cerita,
Kenangan sampai bila-bila.

Tepuk dan nyanyi setiap hari,
Suka jalan sana dan sini,
Itulah Cheng pengawas kami,
Walaupun pandai, giler sekali.

Tak tahu duduk diam orangnya,
Sekejap ada, sekejap tak ada,
Susah nak jumpa orangnya,
Itulah Daniel bangsa kita.

Dari Chodoi dia ke mari,
Mohd. Afifi nama di I/C,
Bila belajar nampak ‘steady’,
Rupa-rupanya duduk di alam fantasi.

Pencinta filem kelab diceburi,
Khairiah sahabat kami,
Tidak merantau ke sana sini,
Senyumannya menawan sekali.

Bab mengacau hebatlah dia,
Itulah dia Fadhli kita,
Susah nak kata tabiat dia,
Terima sahajalah sikapnya.

Orangnya segak tinggi sekali,
Rajkumar nama diberi,
Bidang politik paling diminati,
Tingkah laku pula lucu sekali.

Lemah lembut orangnya,
Duduk di tengah, pilihan hati,
Kalau senyum manis senyumannya,
Itulah Pei Ling empunya diri.

Mohd. Saiful nama diberi,
Orangnya ganteng kacak sekali,
Suka melawak tak henti-henti,
Itulah menjadi penawar di hati.

Bila ditanya tak dijawabnya,
Diam-diam saja orangnya,
Siti Aisah kawan kita,
Bersahabat sampai bila-bila.

Orangnya ok berjiwa seni,
Menyanyi di kelas itulah hobi,
Tak kisah disuruh itu dan ini,
Slumber je Yeoh Xu Yang ni.

Tutur katanya sangat berbisa,
Ingin mencari teman istimewa,
Syuhada gelaran diberi,
Masih menanti si buah hati.

Pereka fesyen impian hati,
Suka bergaya setiap hari,
Aisyah nama diberi,
Semoga sukses impian nanti.

Tinggi, baik dan rajin orangnya,
Semasa belajar khusyuk sekali,
Bab lagu tanyalah dia,
Soraya Hani si empunya diri.

Pulau Pandan jauh ke tepi,
Anak dugong tak ada gusi,
Adinlah pula memperkenalkan diri,
Rajin menuntut ilmu di sekolah ini.

Bab menyanyi paling digemari,
Membuat lawak menarik sekali,
Telatahnya selalu mencuit hati,
Itulah Shazmin yang kami sayangi.

Gelak tawa tak pernah sunyi,
Masalah sentiasa ditangani bersama,
Sungguh kami akan berjanji,
Untuk menjadi manusia berguna.

Kata-kata akhir kami ucapkan,
 Kenangan bersama disimpan selalu,
Maafkan kami teman sekalian,
Pemergian jangan ditangisi selalu.

Akhir kata ingatan sejati,
5sn1 2009 jangan dilupai,
Moga semua Tuhan berkati,
Sekian saja cerita kami….



3 comments:

  1. eh eh
    yang duduk kat alam fantasi tu mesti sentiasa berimaginasi.

    ReplyDelete