Tajuk Forum :- Kemanisan Bertaubat
Tarikh :- 23/4/2013 (selasa)
Tempat :- Dewan Sri Harmoni, Kolej Kelima, UPM
Ahli Panel :- 1) Ustaz Hafiz (Pensyarah UPM)
2) Ustaz Hajar Opir (Pensyarah UiTM
Shah Alam)
Maksud taubat & taubat nasuha? Bagaimana caranya? Cukupkah
dengan hati sahaja untuk bertaubat atau ada perkara lain yang lebih afdal kita
lakukan? (Ustaz Hafiz)
- Jadilah insan
yang
1)
Orang yang
menuntut ilmu
2)
Orang yang
mendengar ilmu
3)
Orang yang
mencintai ilmu
4)
Orang yang
menyampaikan ilmu
5)
Janganlah
jadi orang yang kelima, iaitu yang tidak mahu mempelajari ilmu
-
Maksud taubat
à
menyesal dengan dosa-dosa yang dilakukan
-
Tanda taubat --> penyesalan
-
Walau seteruk
mana seseorang itu, kalau dia datang kepada Allah dengan hati yang baik, maka
Allah akan menerimanya..
Penyesalan itu kunci kepada taubat..
Sejauh mana taubat dapat memberi kesan kepada individu
yang bertaubat & bagaimana kemanisan taubat itu sendiri. (Ustaz Hajar Opir)
-
Allah akan
bagi ganjaran pada mereka yang bertaubat
-
Kemanisan
taubat ini adalah kemanisan yang kita rasa bila Allah memberi keampunan kepada
kita.
-
Kemanisan --> bila dapat
mengikuti perintah Allah dengan istiqamah
-
Sesiapa yang
bertaubat, Allah bagi ganjaran di dunia & akhirat
-
“Maka aku
berkata (kepada mereka) : Mohonlah keampunan kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia
Maha Pengampun” (71:10)
-
Nikmat --> banyakkan
harta, anak & nikmat-nikmat yang kita tak sangka akan dating kepada kita.
-
Bila
bertaubat, yakinlah Allah akan menerima taubat kita.
-
Bertaubatlah
kita, manisnya kita akan rasa sendiri..
Meniru assignment, ponteng kelas. Kemudian graduate,
dapat kerja yang baik. Adakah halal rezeki yang kita perolehi? & bagaimana
nak uruskan rezeki yang dikatakan syubhah itu? (Ustaz Hafiz)
-
Kita sebagai
manusia, Allah turunkan banyak nikmat, tapi tak ramai yang sedar.
-
2 perkara
yang sangat mahal yang dikurniakan kepada kita :-
1)
Nikmat Islam
2)
Nikmat Iman
-
Iman itu,
kita nak dapat bukan 1 perkara yang gerenti
-
Allah memberi hidayah pada yang Dia kehendaki.
-
Orang yang
Allah cintai, setelah diberikan nikmat Iman, dia akan :-
1)
Cinta kepada
Allah & Rasul
2)
Cinta kepada
manusia kerana Allah
3)
Benci kepada
kekufuran setelah Allah memberikannya hidayah
-
Dalam kita
hidup dalam dunia ini, Allah meletakkan 2 perkara yang sangat penting kita kena
jaga :-
1)
Hubungan
dengan Allah.
2)
Hubungan dengan
manusia
-
Bagaimana nak
dapatkan kemanisan kalau tak jaga hubungan dengan Allah.
-
Doa tidak
diterima, hati mati kerana 10 perkara :-
1)
Kamu kenal
Allah, tetapi kamu tidak nenunaikan haknya.
2)
Kamu membaca
Al Quran tetapi kamu tidak laksanakan ajaran-Nya dan perintah-Nya.
3)
Kamu kata
cinta kepada Rasulullah, tetapi kamu tidak mengikuti sunnah-Nya.
4)
Kamu tahu
bahawa syaitan itu musuh kamu tetapi kamu bersekutu dengannya.
5)
Kamu berkata
kamu cintakan syurga, tetapi kamu tidak beramal untuk mendapatkannya.
6)
Kamu kata kamu
takutkan neraka, tetapi kamu gadaikan diri kamu untuknya.
7)
Kamu tahu
bahawa mati itu benar dan pasti akan datang, tetapi kamu tidak membuat persediaan
untuk selepas kamu mati.
8)
Kamu selalu
sibuk dengan keaibban saudara-saudara kamu, tetapi kamu lupakan diri kamu
sendiri.
9)
Kamu gunakan
nikmat Allah, tetapi kam tidak bersyukur kepada-Nya.
10) Kamu timbus mayat-mayat, tetapi kami tidak mengambil
pengajaran daripadanya.
-
Bila kita
melakukan kesalahan, bila kita bertaubat, maka rezeki itu halal.
-
Agama Islam
bukanlah sesuatu agama yang rigid, tapi agama Islam perlu diadaptasi dengan ilmu
dan dinilai berdasarkan ilmu Allah S.W.T.
Mungkin ada yang ingin kembali ke pangkal jalan
setelah jahil dan melakukan kesalahan besar. Banyak yang bertaubat, tapi ada
masyarakat yang memandang hina. Pendapat. (Ustaz Hajar Opir)
-
Bila kita nak
bertaubat, pasti ada banyak bisikan-bisikan dari syaitan & manusia.
-
Tips bila nak
bertaubat :-
1)
Kita
hendaklah berhijrah (pastikan suasana tempat pindah itu lebih baik dari tempat
asal)
2)
Banyakkan amalan-amalan
hati (banyakkan beristighfar)
3)
Banyakkan amalan-amalan
pancaindera
·
lakukan
perkara-perkara yang baik. Banyakkan solat sebab solat itu monolog direct
kepada Allah
·
Hati yang
bersih, kemudian disusuli dengan solat akan member kesan yang baik.
·
“Sesungguhnya
amalan-amalan yang baik itu menghapuskan amalan-amalan yang buruk. Itulah
peringatan bagi orang yang selalu mengingati Allah” (Hud:114)
4)
Focus, focus
& focus..
Bagaimana cara untuk menasihati agar tidak menyalahkan
hidayah yang Allah bagi. (Orang yang ada hasrat untuk bertaubat tapi tak mampu
untuk teruskan.) (Ustaz Hafiz)
-
Bagaimana
pendekatan kita :-
1)
Jangan berasa
terlalu selesa
2)
Solat
berjemaah
3)
Membaca /
memahami al-Quran
4)
Kena ade
sifat al-hikmah, hasanah bila kita berdakwah
-
Kita tak
boleh mengambil sikap selesa bila dapat hidayah dari Allah.
-
Jangan
berangan untuk menakluki semula Palestine kalau solat subuh berjemaah kita tak
seramai solat jumaat.
-
Akhir sekali,
kita nak jadi mukmin yang tinggi akhlak dan mampu mengubah rakan kita.
-
Kita tak kan
mampu menjadi pendakwah kalau kita tak ada hikmah.
Ada pesalah yang bertaubat, tapi tak diterima oleh
masyarakat. Apa yang patut dilakukan? (Ustaz Hajar Opir)
-
Sebagai
seorang manusia, kita kena pandang manusia lain dengan pandangan kasih sayang.
-
Mencegah itu
lebih baik dari mengubati.
-
Kita
masyarakat sepatutnya mencegah, bukan menghukum
-
Kita perlu
mendidik, bukan membiarkan.
Setiap orang pasti melakukan kesilapan sama ada sedar
atau tidak. Dia cuba untuk bertaubat dan berubah, tapi susah. Adakah taubat itu
tak diterima Allah atau hati dah ditutup oleh Allah? (Ustaz Hafiz)
-
Setiap dari
kita adalah melakukan kesalahan tetapi sebaik-baik manusia ialah yang selalu
bertaubat.
-
2 perkara
agar kita diterima taubat, tingkatkan keimanan :-
1)
Doalah, cari
doa di waktu-waktu yang mustajab, istiqamah dalam doa.
2)
Ilmu
pengetahuan --> hadiri majlis-majlis ilmu.
Benarkah taubat & hidayah itu berkaitan? (Ustaz
Hajar Opir)
-
Jika terdetik
dalam hati untuk bertaubat, itulah permulaan hidayah.
-
Tanda kasih
sayang Allah.
-
Jika ada
tanda, terus istiqamah melakukan kebaikan.
-
Taubat, yang
pertama, sesal dengan perbuatan dosa itu sampai rasa taknak buat lagi.
-
Beri masa
pada Allah, pasti Allah akan memberi masa pada kita.
No comments:
Post a Comment