Saturday, April 5, 2014

Bernafas Dalam Jiwa Hamba

Assalamualaikum w.b.t..

Apa kahabar semua pembaca Coretan Seorang Muslimah? Saya harap awak semua sihat, & sentiasa berada di bawah rahmat & kasih sayang-Nya..


Baiklah, untuk entri kali ni, saya nak berkongsi info-info yang saya perolehi dari sebuah forum yang bertajuk "Bernafas Dalam Jiwa Hamba". Forum ini diadakan sempena Festival Tradisi Intelektual Islamik 2014 (FESTIM 2014) yang telah diadakan pada 20-27 mac 2014 di Kolej Kelima, UPM. Saya merupakan salah seorang ahli jawatankuasa untuk menjayakan festival ini & saya merupakan ketua pemantau untuk forum ini.


Baiklah, tetamu jemputan yang saya telah jemput untuk bersama kami semasa forum ini ialah En, Zuhaimi bin Abdul Rahim sebagai moderator forum, dan ahli panelnya ialah IM Fakhrul & Ustaz Sabir bin Jamaludin.





 Baiklah, di atas ni lah gambar semasa forum itu berlangsung.. hehe.. ok2, apa kata kalau kita proceed terus dengan isi forum, ye..

1) Apa yang ustaz faham mengenai "Bernafas Dalam Jiwa Hamba" ini? Siapakah hamba itu dan apa yang sepatutnya yang perlu ada dalam diri, hati & jiwa hamba itu? (IM Fakhrul)
> Bernafas dalam jiwa hamba --> terbahagi kepada 2 perkara,
i) Bernafas --> orang yang bernafas, maknanya orang itu hidup
ii) Jiwa Hamba --> manusia yang mempunyai jiwa hamba kepada Allah
> Jadi, boleh disimpulkan, “Bernafas Dalam Jiwa Hamba” ini bermaksud seseorang yang hidup & hidupnya bersama dengan jiwa sebagai hamba Allah.
> Hidup dalam keadaan jiwa hamba kepada Allah walau apa jua pangkat kita.
> Tiada darjat atau pangkat yang paling tinggi di sisi Allah kecuali pangkat hamba.
> Dalam surah al-Furqan, Allah ada menceritakan tentang 1 sifat iaitu Ibadurrahman (hamba kepada ar-Rahman). Dalam sifat ini, ada 12 ciri-ciri untuk mendapatkan sifat Ibadurrahman itu.

Baiklah, sebenarnya di sini IM Fakhrul tak kupas sangat ape 12 ciri tu.. Jadi, saya tolong carikan untuk dikongsi bersama dengan semua pembaca ye..

1) Tawaduk (rendah hati)
2) Lemah lembut
3) Melakukan Qiyamullail
4) Takut api neraka
5) Ekonomis dalam pengeluaran, tidak bermewahan dan tidak boros
6) Ikhlas melakukan ibadat kerana Allah
7) Tidak melakukan pembunuhan
8) Menjauhi perbuatan zina
9) Menjauhi penyaksian palsu
10) Tidak mengerjakan perbuatan-perbuatan yang tidak berfaedah
11) Mematuhi perintah Allah
12) Mendoakan kebaikan bagi keluarga dan keturunan

> Allah menyandarkan hamba kepada ar-Rahman
> Apa sahaja yang kita hembus ni, biarlah kerana Allah.
> Apa yang kita buat dari sebesar-besar perkara ke sekecil-kecil perkara, kena ingat Allah.


2) Sebagaimana tajuk forum ini merujuk kepada kita adalah hamba Allah yang hidup di dunia ini, jadi bagaimanakah caranya nak terapkan dalam hati seseorang itu untuk sentiasa ingat bahawa kita ni hidup di dunia ini sebagai seorang hamba Allah. (Ustaz Sabir)
- Kenapa kita dijadikan oleh Allah?
- Allah bukan cipta kita ni suka-suka.
- Kita mesti tahu tujuan hidup kita.
- “Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk menyembah Aku” (Az-Zariyat; 56)
- Allah dah jelaskan, “Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui” (al-Baqarah; 30)
- Allah bagi kita pendengaran, penglihatan dan akal/mata hati lapada kita untuk mengenal Dia.
- Disebabkan itulah, disunnahkan kepada kita untuk melaungkan azan di telinga bayi kerana telinga berfungsi dulu lepas bayi lahir.
- Manusia yang “Bernafas Dalam Jiwa Hamba” itu, hidupnya penuh dengan buat kebaikan.
- Tanya diri kita, adakah kita bangga jadi orang islam?
- Sentiasa cakap pada diri kita, saya bangga jadi seorang muslim;
    i) sebab saya ada Allah
   ii) sebab saya ada al-Quran
   iii) sebab saya ada Rasul
- Kita kena tahu kita datang dari mana, kemana destinasi yang akan kita tuju..
- Sentiasa Tanya diri kita soalan-soalan ini, jadi kita boleh terapkan sifat seorang hamba kepada Allah dalam diri kita.





3) Dalam konteks seorang pelajar, biasanya jika pelajar ni menghadapi masalah, orang pertama yang dia cari adalah ibu bapa & kawan-kawan, meluahkan masalah kepada mereka, dengan harapan kedua ibu bapa & kawan2 mereka ni boleh tenangkan hati mereka. Persoalannya, adakah salah jika seseorang berfikiran begitu sedangkan kita tahu, hanya Allah yang boleh memberi ketenangan kepada hati kita. pendapat ustaz? (IM Fakhrul)
> Kalau kita semata-mata mengadu kepada manusia, tanpa mengadu kepada Allah, itu memang salah.
> Kalau seseorang itu, memang dia bernafas dengan jiwa sebagai seorang hamba Allah, apa yang dia buat, dia akan letakkan Allah di hati dia.
> Bila ditimpa musibah, orang yang bernafas dengan jiwa hamba ini, dia akan terus mengadu kepada Allah, sebab dia rasa dia ada Allah.
> Kita akan sentiasa tahu yang ada Allah yang Maha Berkuasa.
> Apa sahaja masalah, terus mengadu kepada Allah, sebab tahu hanya Allah sahaja yang boleh selesaikan masalah.
> “dan mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat” (al-Baqarah; 45)
> Dengan 2 cara ini Allah akan tolong selesaikan masalah kita.
> Kalau kita cari ketenangan bukan dengan 2 cara itu, ketenangan tu akan datang, tapi sekejap saja. bila kita duduk sorang-sorang, masalah itu akan dating balik.
> Bila kita nak selesaikan masalah,
   i) Mengadu pada Allah
   ii) Solat, doa dan istighfar (minta ampun)
> Kalau kita tak minta ampun pada Allah, jauh dari Allah, mana mungkin Allah nak selesaikan masalah kita.
> Antara sebab mustajab doa. (Jadi kalau dalam keadaan ni, banyakkan berdoa)
   i) Musafir
   ii) Kusut-masai
  iii) angkat tangan minta pada Allah
  iv) Sebut Ya Rabb banyak kali
  v) Jangan makan, minum & pakai benda haram
  vi) doa dalam keadaan beradab
> Allah dekat dengan kita, lebih dekat dari urat tekak.
> Tapi kita rasa jauh, sebab kita tak bernafas dalam jiwa hamba.
> Dengan istighfar, taubat, usaha dan doa, insya-Allah, Allah bagi jalan penyelesaian masalah.

Lepas part ni, IM Fakhrul terus menyanyi sikit lagu Insya-Allah, by Maher Zain.. :)

Turn to Allah
He never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
Ya Allah
Guide my steps, don’t let me go astray
Show me the way
Show me the way
Show me the way
Insya-Allah, you’ll find your way




4) Umat islam pada zaman kini sering menyatakan bahawa dia seorang Islam, tetapi tidak mengamalkan sepenuhnya ajaran Islam. Sebagai contoh di Malaysia sahaja, muslimah-muslimahnya banyak yg mendedahkan aurat, judi berleluasa, maksiat bermaharajalela dan sebagainya. Jadi, apa pandangan dan pendapat ustaz mengenai perkara ini? (Ustaz Sabir)
- Islam dulu dan sekarang x sama.
- Banyakkan niat sesuatu kerana Allah.
- Banyakkan pergi ke taman-taman Syurga
- Taman-taman Syurga -> Majlis zikrullah -> Majlis yang ada bacaan potongan ayat-ayat al-Quran
- Kenapa kita tak boleh jadi hamba Allah?
- Sebab sekarang ni, kita banyak menipu diri kita sendiri, xjujur dengan diri kita sendiri.
- Tengok balik niat kita bila buat sesuatu kerja.
- Niat kita itu kerana Allah atau kerana perkara lain?
- Kalau nak tido kena ingat Allah, nak hidup kena ingat Allah, maka seluruh hidup kita hanya kerana Allah.
- Orang yang mengaku Islam, tapi x mengamalkan gaya hidup Islam, maka dia sebenarnya tidak kenal Allah, tidak kenal syurga dan neraka.
- Punca segala-galanya, sebab kita tinggalkan apa yang nabi buat iaitu amar makruf, nahi mungkar.


Sesi soal jawab :-
1) Boleh ustaz cadangkan 1 cara praktikal untuk kita bantu golongan remaja yang hanyut & lalai dengan godaan duniawi.. (merujuk kepada kisah beberapa remaja yang meninggal di sebuah konsert) (Ustaz Sabir)
- Masalah umat zaman sekarang, kita melihat Islam itu dakwahnya hanya di masjid, surau dan majlis-majlis dakwah.
- Fikir, apa yang kita dah buat untuk Islam.
-At least, buat sesuatu yang kecil pun xpe.. Mcm post pasal kebaikkan, tampal kat dinding bagi orang lain baca ke.
- Sekarang ni pun kita ada facebook, post perkara yang baik-baik di facebook tu.

Penggulungan :- (IM Fakhrul)
> Mudah-mudahan Allah bagi hidayah pada kita agar terang hidup kita.
> Ilmu ini lebih mulia kerana ilmu inilah yang akan menjaga kita.





Baiklah, sampai di sini sajalah kot.. Sebenarnya ketika sesi penggulungan oleh IM Fakhrul tu, banyak yang IM Fakhrul cakapkan sebenarnya, tetapi saya tak sempat nak catat sebab tak berapa fokus time tu..

Kenapa tak fokus? hehe.. Sebab.., masa sesi soal jawab tu, lepas Ustaz Sabir menjawab soalan, dia cakap dia perlu balik secepat mungkin lepas IM Fakhrul buat penggulungan. Dia ade perkara urgent, iaitu, dia kena bawa isteri dia ke hospital untuk bersalin... Lepas tu saya dan beberapa orang ahli jawatankuasa semua agak panik sedikit, agak kelam kabut sebab kami tak tahu menahu pun pasal tu. Dan disebabkan kepanikkan itulah, saya x berapa fokus ketika IM Fakhrul bercakap semasa sesi penggulungan tu.. Sempat tangkap 2 ayat tu je.. Walau macam mana pun, ini merupakan 1 pengalaman baru buat kami semua semasa menjayakan program.. kenangan yang tak dapat dilupakan.. hehe

Saya rasa sampai di sini sajalah entri saya kali ni.. Maafkan segala silap saya jika ada salah silap dalam bicara di entri ini.. Yang baik tu datang dari Allah, yang buruk itu datangnya dari diri saya yang banyak kekurangan.. Semoga berjumpa lagi di entri lain kali.. Insya-Allah..

Keep calm & teruskan mencari redha Allah.. :)

Assalamualaikum.. ^_^




No comments:

Post a Comment