Sunday, October 6, 2013

Jadilah seorang wanita solehah..





Jadilah seorang wanita solehah,

Yang hatinya dibalut rasa taqwa kepada Allah,
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Dien Allah,
Yang sentiasa haus dengan ibadah kepada Allah,
Yang sentiasa dahaga akan mengharap redha Allah,
Yang solatnya adalah bekal dirinya,
Yang tidak pernah takut untuk berkata benar,
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu,
Yang sentiasa bersama para mujahidah Allah.


Jadilah seorang wanita solehah,
Yang menjaga tutur katanya,
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya,
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya,
Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang,
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jahat.


Jadilah seorang wanita solehah
Yang menghormati suaminya,
Yang sentiasa berbakti kepada orang tua dan keluarga,
Yang bakal menjaga kerukunan rumah tangga,
Yang akan mendampingi suami dalam mendidik anak-anaknya untuk mendalami Islam,
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan,
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat.










Jadilah seorang wanita solehah,
Yang sentiasa bersedia untuk menjadi makmum imamnya,
Yang hidup di bawah naungan al-Quran dan qana'ah
Yang tidak dikotori dengan perhiasan dunia,
Yang menjaga matanya dari berbelanja,
Yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah ke atasnya.


Jadilah seorang wanita solehah,
Yang selalu menjaga lisan, penyayang kepada keluarga,
Matanya kepenatan kerana membaca al-Quran,
Suaranya lesu kerana penat berzikir,
Tidurnya lelap dengan cahaya keimanan,
Bangunnya Subuh penuh kesigapan,
Karena dia sedar betapa indahnya menjadi wanita solehah melebihi perhiasan apapun didunia,
Semakin sedar bertambah usianya bertambah kematangannya.









Jadilah seorang wanita solehah,
Yang sentiasa mengabdikan diri untuk menjadi mujahidah Allah,
Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat,
Yang mana buah kehidupan itu perlu dipelihara dan dijaga,
Agar tumbuh putik tunas yang bakal menjaga dirinya di alam baqa'
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian.


Jadilah seorang wanita solehah,
Yang tidak terpesona dengan buaian dunia,
Kerana dia mengimpikan syurga Allah…








2 comments:

  1. Assalamualaikum..
    wanita solehah..
    Subhanallah..perkongsian yg amat baik.
    jazakillah.^_^

    ReplyDelete
  2. waalaikumussalam..
    setiap muslimah berpeluang menjadi wanita solehah..
    syukran..
    Yg baik semuanya dtg dari Allah.. :)

    ReplyDelete