Monday, May 20, 2013

Forum Kemanisan Bertaubat


Tajuk Forum :- Kemanisan Bertaubat
Tarikh :- 23/4/2013 (selasa)
Tempat :- Dewan Sri Harmoni, Kolej Kelima, UPM


Ahli Panel :- 1) Ustaz Hafiz (Pensyarah UPM)
                    2) Ustaz Hajar Opir (Pensyarah UiTM Shah Alam)


Maksud taubat & taubat nasuha? Bagaimana caranya? Cukupkah dengan hati sahaja untuk bertaubat atau ada perkara lain yang lebih afdal kita lakukan? (Ustaz Hafiz)
-          Jadilah insan yang
      1)      Orang yang menuntut ilmu
      2)      Orang yang mendengar ilmu
      3)      Orang yang mencintai ilmu
      4)      Orang yang menyampaikan ilmu
      5)      Janganlah jadi orang yang kelima, iaitu yang tidak mahu mempelajari ilmu
-          Maksud taubat à menyesal dengan dosa-dosa yang dilakukan
-          Tanda taubat --> penyesalan
-          Walau seteruk mana seseorang itu, kalau dia datang kepada Allah dengan hati yang baik, maka Allah akan menerimanya..


Penyesalan itu kunci kepada taubat..


Sejauh mana taubat dapat memberi kesan kepada individu yang bertaubat & bagaimana kemanisan taubat itu sendiri. (Ustaz Hajar Opir)
-          Allah akan bagi ganjaran pada mereka yang bertaubat
-          Kemanisan taubat ini adalah kemanisan yang kita rasa bila Allah memberi keampunan kepada kita.
-          Kemanisan --> bila dapat mengikuti perintah Allah dengan istiqamah
-          Sesiapa yang bertaubat, Allah bagi ganjaran di dunia & akhirat
-          “Maka aku berkata (kepada mereka) : Mohonlah keampunan kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia Maha Pengampun” (71:10)
-          Nikmat --> banyakkan harta, anak & nikmat-nikmat yang kita tak sangka akan dating kepada kita.
-          Bila bertaubat, yakinlah Allah akan menerima taubat kita.
-          Bertaubatlah kita, manisnya kita akan rasa sendiri..


Meniru assignment, ponteng kelas. Kemudian graduate, dapat kerja yang baik. Adakah halal rezeki yang kita perolehi? & bagaimana nak uruskan rezeki yang dikatakan syubhah itu? (Ustaz Hafiz)
-          Kita sebagai manusia, Allah turunkan banyak nikmat, tapi tak ramai yang sedar.
-          2 perkara yang sangat mahal yang dikurniakan kepada kita :-
       1)      Nikmat Islam
       2)      Nikmat Iman
-          Iman itu, kita nak dapat bukan 1 perkara yang gerenti
-          Allah memberi hidayah pada yang Dia kehendaki.
-          Orang yang Allah cintai, setelah diberikan nikmat Iman, dia akan :-
      1)      Cinta kepada Allah & Rasul
      2)      Cinta kepada manusia kerana Allah
      3)      Benci kepada kekufuran setelah Allah memberikannya hidayah
-          Dalam kita hidup dalam dunia ini, Allah meletakkan 2 perkara yang sangat penting kita kena jaga :-
     1)      Hubungan dengan Allah.
      2)      Hubungan dengan manusia
-          Bagaimana nak dapatkan kemanisan kalau tak jaga hubungan dengan Allah.
-          Doa tidak diterima, hati mati kerana 10 perkara :-
     1)      Kamu kenal Allah, tetapi kamu tidak nenunaikan haknya.
     2)      Kamu membaca Al Quran tetapi kamu tidak laksanakan ajaran-Nya dan perintah-Nya.
     3)      Kamu kata cinta kepada Rasulullah, tetapi kamu tidak mengikuti sunnah-Nya.
     4)      Kamu tahu bahawa syaitan itu musuh kamu tetapi kamu bersekutu dengannya.
     5)      Kamu berkata kamu cintakan syurga, tetapi kamu tidak beramal untuk mendapatkannya.
     6)      Kamu kata kamu takutkan neraka, tetapi kamu gadaikan diri kamu untuknya.
     7)      Kamu tahu bahawa mati itu benar dan pasti akan datang, tetapi kamu tidak membuat persediaan untuk selepas kamu mati.
    8)      Kamu selalu sibuk dengan keaibban saudara-saudara kamu, tetapi kamu lupakan diri kamu sendiri.
    9)      Kamu gunakan nikmat Allah, tetapi kam tidak bersyukur kepada-Nya.
   10)  Kamu timbus mayat-mayat, tetapi kami tidak mengambil pengajaran daripadanya.
-          Bila kita melakukan kesalahan, bila kita bertaubat, maka rezeki itu halal.
-          Agama Islam bukanlah sesuatu agama yang rigid, tapi agama Islam perlu diadaptasi dengan ilmu dan dinilai berdasarkan ilmu Allah S.W.T.


Mungkin ada yang ingin kembali ke pangkal jalan setelah jahil dan melakukan kesalahan besar. Banyak yang bertaubat, tapi ada masyarakat yang memandang hina. Pendapat. (Ustaz Hajar Opir)
-          Bila kita nak bertaubat, pasti ada banyak bisikan-bisikan dari syaitan & manusia.
-          Tips bila nak bertaubat :-
      1)      Kita hendaklah berhijrah (pastikan suasana tempat pindah itu lebih baik dari tempat asal)
      2)      Banyakkan amalan-amalan hati (banyakkan beristighfar)
      3)      Banyakkan amalan-amalan pancaindera
·         lakukan perkara-perkara yang baik. Banyakkan solat sebab solat itu monolog direct kepada Allah
·         Hati yang bersih, kemudian disusuli dengan solat akan member kesan yang baik.
·         “Sesungguhnya amalan-amalan yang baik itu menghapuskan amalan-amalan yang buruk. Itulah peringatan bagi orang yang selalu mengingati Allah” (Hud:114)
    4)      Focus, focus & focus..


Bagaimana cara untuk menasihati agar tidak menyalahkan hidayah yang Allah bagi. (Orang yang ada hasrat untuk bertaubat tapi tak mampu untuk teruskan.) (Ustaz Hafiz)
-          Bagaimana pendekatan kita :-
   1)      Jangan berasa terlalu selesa
   2)      Solat berjemaah
   3)      Membaca / memahami al-Quran
   4)      Kena ade sifat al-hikmah, hasanah bila kita berdakwah
-          Kita tak boleh mengambil sikap selesa bila dapat hidayah dari Allah.
-          Jangan berangan untuk menakluki semula Palestine kalau solat subuh berjemaah kita tak seramai solat jumaat.
-          Akhir sekali, kita nak jadi mukmin yang tinggi akhlak dan mampu mengubah rakan kita.
-          Kita tak kan mampu menjadi pendakwah kalau kita tak ada hikmah.


Ada pesalah yang bertaubat, tapi tak diterima oleh masyarakat. Apa yang patut dilakukan? (Ustaz Hajar Opir)
-          Sebagai seorang manusia, kita kena pandang manusia lain dengan pandangan kasih sayang.
-          Mencegah itu lebih baik dari mengubati.
-          Kita masyarakat sepatutnya mencegah, bukan menghukum
-          Kita perlu mendidik, bukan membiarkan.


Setiap orang pasti melakukan kesilapan sama ada sedar atau tidak. Dia cuba untuk bertaubat dan berubah, tapi susah. Adakah taubat itu tak diterima Allah atau hati dah ditutup oleh Allah? (Ustaz Hafiz)
-          Setiap dari kita adalah melakukan kesalahan tetapi sebaik-baik manusia ialah yang selalu bertaubat.
-          2 perkara agar kita diterima taubat, tingkatkan keimanan :-
      1)      Doalah, cari doa di waktu-waktu yang mustajab, istiqamah dalam doa.
      2)      Ilmu pengetahuan --> hadiri majlis-majlis ilmu.


Benarkah taubat & hidayah itu berkaitan? (Ustaz Hajar Opir)
-          Jika terdetik dalam hati untuk bertaubat, itulah permulaan hidayah.
-          Tanda kasih sayang Allah.
-          Jika ada tanda, terus istiqamah melakukan kebaikan.
-          Taubat, yang pertama, sesal dengan perbuatan dosa itu sampai rasa taknak buat lagi.
-          Beri masa pada Allah, pasti Allah akan memberi masa pada kita.

No comments:

Post a Comment