Thursday, January 3, 2013

WANITA; DAHULU DAN KINI






Dahulu,
Wanita bersatu mennyokong para suami berjihad fisabilillah
Semangatnya kuat dan tabah


Kini,
Wanita berpuak dan berpecah
Sesama sendiri saling bergosip,gaduh dan bertelingkah


Dahulu,
Wanita memperjuangkan Deen dan Aqidah
Sumayyah ,Asiah mati terbunuh




Kini,
Wanita memperjuangkan hiburan dan fitnah
Hingga sanggup berdebat keluar masuk mahkamah


Dahulu,
Bila anak-anak di bawah jagaannya
Wanita memagari sehabis daya
Tiada siapapun berani menggoda


Kini,
Bila anak-anak di bawah jagaannya
Wanita tak kisah mereka berkawan dengan sesiapa
Anak-anak dibiar bebas, binasa


Dahulu,
Wanita menggadai harta dan nyawa
Untuk mengangkat kemuliaan agama




Kini,
Wanita menggadai ketinggian maruah dan kehormatannya
Demi nafsu , dunia dan seisinya


Dahulu,
Bila disebut wanita
Lelakinya tenang di hati
Wanita kami lemah lembut dan melindungi


Kini,
Bila disebut wanita
Lelakinya mahu cabut lari
Wanitanya curang , tak reti nak hormat suami


Dahulu,
Bila disebut wanita
Lelakinya mendongak megah
Wanita kami Khaulah al-azwar, Khadijah dan Fatimah
Srikandi ramai tak terkira


Kini,
Bila disebut wanita
Lelakinya menunduk lemah
Tokoh kami sedikit sekali
Ramainya boneka dan model Yahudi



1 comment:

  1. perkongsian membina dan peringatan.. syukran :)

    ReplyDelete