Tuesday, February 21, 2012

Al-Quran...



Assalamualaikum...

ape khabar shbt2? sihat? Alhmdulillah.. pade sesape yg x sihat tu, yakin & berdoa pada Allah agar cepat sembuh yer.. ^^

kali nie, Wawa nak ckp post Al-Quran.. shbt2 selalu x bace Al-Quran? 
zaman kini, Al-Quran smkin dilupakan ramai.. kebanyakan org lebih snggup menghadap tv, internet berjam2, tapi nak menghadap Al-Quran 30 minit pun, dah panas tgn.. betul x? huhu..

sebelum tu nak tanya.. ape itu Al-Quran? 

Al-Quran itu sebenarnya ialah.. ..
~kalam Allah,
~mukjizat agung Rasulullah,
~pembimbing umat hingga akhir zaman,
~sumber rujukan dalam kehidupan.


post pasal Al-Quran nie, Wawa dapat dari 1 sumber, iaitu dari matrik tmpt Wawa bljr dulu, iaitu Kolej Matrikulasi Melaka.. adelah senior bilik Wawa, meninggalkn beberapa risalah kertas di laci meja Wawa. Wawa ambik, Wawa belek satu2, then Wawa terlihat kata2 mengenai Al-Quran ini.. 

Agak tersentuh hati Wawa biler bace bait2 yg tertulis di kertas itu.. so, jom, Wawa nak kongsi dgn shbt2 semua.. semoga post kali ini turut memberi manfaat buat kalian semua.. insya-Allah..



 



Waktu engkau masih kanak-kanak,
Kau laksana kawan sejatiku,
Dengan wudhu’,
Aku kau sentuh dalam keadaan suci,
Aku kau pegang,
Aku kau junjung dank au pelajari,
Aku engkau baca dengan suara lirih ataupun keras setiap hari,
Setelah selesai engkau menciumku mesra.


Sekarang engkau telah dewasa,
Nampaknya kau sudah tidak berminat lagi padaku,
Apakah Aku bahan bacaan usang yang tinggal sejarah???
Menurutmu,
Mungkin Aku bahan bacaan yang tidak menambah pengetahuanmu,
Atau menurutmu aku hanya untuk anak kecil yang belajar mengaji,
Sekarang, Aku tersimpan rapi sekali,
Sehingga engkau lupa dimana aku tersimpan,
Aku sudah engkau anggap sebagai pengisi stormu.


Kadang-kala Aku dijadikan mas kawin agar engkau dianggap bertakwa,
Atau Aku kau buat penangkal untuk menakuti iblis dan syaitan,
Kini Aku lebih banyak tersingkir, dibiarkan dalam kesendirian, kesepian,
Di dalam almari, di dalam laci, Aku engkau pendamkan.


Dulu…, pagi-pagi..,
Surah-surah yang ada padaku engkau baca beberapa halaman,
Diwaktu petang,
Aku kau baca beramai-ramai bersama temanmu di surau.


Sekarang..,,
Seawall pagi sambil minum kopi, engkau baca surat khabar dulu,
Waktu lapang, engkau membaca buku karangan manusia,
Sedangkan Aku yang berisi ayat-ayat yang datang dari Allah Azzawajalla,
Engkau, engkau abaikan dan engkau lupakan.


Waktu berangkat kerja pun kadang-kala engkau lupa baca pembuka surah-surahku (Bismillah),
Di dalam perjalanan engkau lebih asyik menikmati muzik duniawi,
Tidak ada kaset yang berisi ayat Allah yang terdapat di dalam keretamu,
Sepanjang perjalanan radiomu selalu tertuju ke stesen radio kesukaanmu,
Mengasyikkan…


Di meja kerjamu tidak ada Aku untuk kau baca sebelum kau mulai kerja,
Di komputermu pun kau masih putar muzik kesukaanmu,
Jarang sekali engkau putar ayat-ayatku,
E-mail temanmu yang ada ayat-ayatku pun kau abaikan,
Engkau terlalu sibuk dengan urusan duniawi,
Benarlah dugaanku bahawa engkau kini sudah benar-benar hampir melupaiku.


Bila malam tiba engkau sanggup bersekang mata berjam-jam di depan tv,
Menonton siaran televisyen pilihanmu,
Di depan komputer engkau betah duduk berjam-jam,
Hanya sekadar membaca berita murahan dan gambar “sampah”,
Waktu pun cepat berlalu,
Aku semakin kusam dalam lacimu,
Mengumpul debu atau mungkin dimakan hama.


Seingatku, hanya awal Ramadhan engkau membacaku kembali,
Itu pun hanya beberapa lembar dariku,
Dengan suara dan lafaz yang tidak semerdu dulu,
Engkau pun kini terangkak-rangkak ketika membacaku,
Atau waktu kematian saudara atau taulanmu.


Bila engkau di kubur sendirian menunggu sampai kiamat tiba,
Engkau akan diperiksa oleh para malaikat suruhan-Nya,
Apakah tv, radio, hiburan atau komputer dapat menolongmu???
Yang pasti ayat-ayat Allah S.W.T. yang ada padaku dapat menolongmu,
Itu janji Tuhanmu, Allah S.W.T.


Jika Aku engkau baca selalu dan engkau hayati,
Di kuburmu nanti,
Aku akan datang sebagai pemuda gagah nan tampan,
Yang akan membantu engkau membela diri,
Dalam perjalanan kea lam akhirat kelak,
Dan akulah “Al-Quran”, kitab sucimu,
Yang senantiasa menemani dan menlindungimu.


Peganglah Aku kembali.. bacalah Aku kembali setiap hari,
Kerana ayat-ayat yang ada padaku adalah ayat-ayat suci,
Yang berasal dari Allah Azzawajalla,
Tuhan yang Maha pengasih dan Maha pemurah,
Yang disampaikan oleh Jibrail a.s melalui Rasulullah s.a.w.,
Keluarkanlah segera Aku dari almarimu, lacimu,
Letakkan Aku selalu di depan meja kerjamu,
Agar engkau senantiasa mengingati Tuhanmu,
Sentuhilah Aku kembali.


Bacalah dan pelajarilah lagi Aku,
Setiap datangnya pagi, petang dan malam hari walau secebis ayat cuma,
Seperti dulu..,
Waktu engkau masih kecil,
Di surau kecil kampungmu yang damai,
Jangan Aku engkau biarkan sendirian,
Dalam bisu dan sepi..


No comments:

Post a Comment