Wednesday, January 18, 2012

sifat calon suami



Assalamualaikum w.b.t..



Ape khabar shbat2? masih sihat dgn kurniaan Allah? alhamdulillah, jgn lupa utk bersyukur dgn segala nikmat kesihatan, keimanan & kehidupan yg Dia telah berikan pada kita hingga hari ini, yer.. ^^



Actually pada tahun 2012 nie, umur Wawa dah pun mencecah 20 thn.. Alhamdulillah... tapi bile fikir2 balik, umur 20-an nie, merupakan umur yg sesuai utk kawin, ye x? (ish, dh mule terfikir dah.. hehe.. ^__^  )
Baru fikir2 jer, belum ambik keputusan lagi.. tggu sampai seru nak kawin, baru be serious.. hopefully dpt kawin cepat2 dlm 2-3 thn nie.. (hehehe.., tergatal pulak).. Bukan ape.. Wawa nak kawin awal nie, sebab Wawa banyak baca kisah2 indahnya percintaan selepas kawin, rahmat yg diperolehi, & byaknya pahala yg boleh dikumpul dgn senang lepas kawin.. ye lah, cium tgn suami sebelum suami pergi kerja, masak utk suami, bergurau senda dgn suami, sume tu dapat pahala dah.. solat berjemaah dgn suami pun dpt pahala yg berlipat ganda.. senang kan nak kumpul pahala?? :)
Tu lah sebabnya Wawa rasa nak kawin cepat2, di samping nak dptkan keredhaan-Nya lebih.. ^^



Tapi sebelum kawin, kenelah ade calon suaminya dulu kan, kan3... so, sifat2 nie, Wawa jadikan sandaran utk memilih calon suami.. insya-Allah..










Jika anda seorang wanita, carilah lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut.
Jika anda seorang lelaki, jadilah seorang lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut.



1. Kuat amalan agamanya. 
Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.



2.
Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.


3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.


4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.


5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.


6. Men
jaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.


7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.


8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.


9. Ber
tanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.


10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.









Shbt2, jadikanlah 10 sifat2 yg dinyatakan di atas itu merupakan sifat2 utama calon2 suami kita (pesanan utk yg perempuan).., bagi sahabat lelaki pula, andai ingi diri dijadikan pilihan sebagai calon suami, maka, ikutlah sifat2 yang dinyatakan.. =)



Kite juga kene ingt, jodoh pertemuan di tgn Dia.. andai dah bertahun2 kita menyulam cinta dgn seseorg, seteguh mana kita setia, sejujur mana kita, tapi andai sudah ditetapkan di loh mahfuz dia bukan jodoh kita, tetap tidak akan bersatu, kan3..
so, just berserah pada-Nya.., bykkan berdoa.. Insya-Allah, jodoh yang baik menanti kita 1 hari nnti..



"Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik & begitulah sebaliknya, perempuan yang jahat utk lelaki yang jahat & begitulah sebaliknya"



"Jgn dicari pasangan yang soleh/solehah, tapi kita hendaklah men'soleh/solehah'kan diri kita terlebih dahulu, insya-Allah nanti, yang soleh/solehah itu akan datang sendiri pada kita tanpa kita duga.."



Assalamualaikum w.b.t..







No comments:

Post a Comment