Monday, July 4, 2011

LEMBARAN HIDUP WANITA SOLEHAH..

Mampukah aku menjadi seperti SITI KHADIJAH?
Agung cintanya kepada Allah dan Rasulullah
Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabilillah
Penawar hati kekasih Allah
Susah dan senang rela bersama..



Dapatkah kudidik jiwa seperti SITI AISHAH?
Isteri Rasulullah yang bijak
Pendorong kesusahan dan penderitaan
Tiada sukar untuk dilaksanakan..



Mengalir air mataku
Melihat pengorbanan puteri solehah SITI FATIMAH
Akur dalam setiap perintah
Taat dengan abuyanya yang sentiasa berjuang
Tiada memiliki harta dunia
Layaklah dia sebagai wanita penghulu syurga..



Ketika aku marah
Inginku intip serpihan sabar
Dari catatan hidup SITI SARAH

Tabah jiwaku
Setabah umi Nabi Ismail
Mengendong bayinya yang masih mentah
Mencari air penghilang dahaga
Di terik padang pasir
Ditinggalkan suami akur tanpa bantah
Pengharapannya hanya kepada Allah
Itulah wanita SITI HAJAR




Mampukah aku menjadi WANITA SOLEHAH?
Mati dalam keunggulan iman
Bersinar indah, harum tersebar
Bagai wanginya pusara MASYITAH..


2 comments:

  1. aq minat sangat ngan blog kau...kata-kata dia indah sgt....

    ReplyDelete
  2. terima kasih saudari ^_^

    ReplyDelete