Wednesday, February 16, 2011

Maulidur Rasul vs Valentine's Day

Assalamualaikum w.b.t & selamat sejahtera semua…

14 Februari dan 12 Rabiulawal..
Rasa-rasanya lah kan, antara 2 tarikh nie, yang mana 1 lebih diingati oleh remaja zaman sekarang?

Kalau nak dibuat kajian, tentu ramai yang lebih mengingati tarikh 14 Februari berbanding 12 Rabiulawal kan.. Wawa tengok remaja zaman sekarang lebih banyak mengingati tarikh Valentine’s Day berbanding Maulidur Rasul.

Pada tahun nie, 14 Februari bersamaan 11 Rabiulawal jatuh pada hari isnin & 15 Februari bersamaan 12 Rabiulawal jatuh pada hari selasa. Tapi, Wawa tengok, sambutan untuk tarikh 14 Februari lebih meriah berbanding sambutan untuk 15 Februari. Pada 14 Februari, banyak ucapan2 “I love You” & ayat2 cinta kedengaran di sana sini.. Tapi, pada 15 Februari tahun nie, susah betul nak dengar orang2 di sekeliling kita berselawat ke atas Nabi Muhammad junjungan kita semua..

Petang tadi pun, seorang kawan Wawa bercerita mengenai roommate dia, X. Cerita kawan Wawa tu, pada hari isnin lepas, X nie over night  kat bandar Melaka. Ye lah, lagipun hari selasa kan cuti sempena Maulidur Rasul. Malam 14 Februari tu X jalan2 kat bandar. X cakap, masa dia jalan2 tu, memang ramai sangat pasangan2 couple yang duk berdua-duaan kat dataran. Siap baring2, usap2, peluk2, & macam2 lagi la.., nak sebut pun Wawa geli..

Lepas tu, X pergi menginap kat sebuah budget hotel. Kata dia, tengah malam tu, dia dengar bunyi bising dar atas bilik dia. Dia pun marah la kat dak2 yang duk kat atas tu. Rupa-rupanya, bilik yang dihuni kat atas bilik X nie adalah pasangan couple. X tahu sebab dia dengar suara lelaki & perempuan dari bilik tu, & lelaki tu pulak memang X kenal, masih belajar lagi.. Tibe-tibe, penghuni bilik sebelah X nie pulak menyahut, dengan bangganya memberitahu dia sedang *@%# dengan makwe dia…

Astaghfirullah-al-azim.. Memang mengucap panjang Wawa biler dengar cerita tu.. tak sangka itu yang berlaku pada malam 14 Februari (11 Rabiulawal), sedangkan esoknya, 12 Rabiulawal tu Maulidur Rasul pulak tu..

Rasa sedih pun ada juga biler mengingati bahawa mereka semua nie rakan-rakan seperjuangan Wawa kan.. sebaya jer.. Untuk hari mengingati seorang paderi, kadang2 ada yang dah membuat persiapan dari awal tahun lagi untuk menyambutnya bersama kekasih hati masing-masing.. Tapi, pada tarikh ulang tahun kelahiran Nabi Muhammad, Rasul junjungan kita semua, x semua orang ingat. persiapan yang dibuat untuk menyambutnya pun just ala kadar jer, itupun dibuat last minute..

Betullah, kita sekarang nie sedang berada dalam umat akhir zaman.. Tanda-tanda kiamat pun dah banyak muncul.

Kalau ditanya ape perasaan Wawa tadi masa mendengarkan cerita tu, memang Wawa terkejut & sedih sangat2.. Sedih sebab masih ramai umat islam terpengaruh dengan pengaruh barat, & sangat2 sedih sebab mereka buat maksiat pada malam Maulidur Rasul, ulang tahun kelahiran Rasul kita..

Kawan-kawan, muslimin & muslimah sekalian, ingatlah, dunia nie hanya persinggahan kita semua jer. Kita semua dilahirkan untuk menjadi khalifah di dunia ini & untuk beribadah kepada-Nya. Bertaubatlah kepada-Nya sebelum kita terlambat kerana kita sendiri tak tahu kan biler masa kita akan sampai untuk bertemu dengan-Nya.. Pada kawan2 & remaja2 yg len, ingatlah mak ayah, fikir lah apa perasaan mereka agaknya biler mereka dapat tahu anak mereka berbuat demikian pada malam semua umat islam sepatutnya membuat persiapan untuk menyambut tarikh yang amat mulia dalam kalendar Islam..

Niat Wawa bukanlah untuk mengaibkan mana-mana pihak, tapi hanya lah untuk berkongsi sesuatu yang boleh memberi pengajaran pada kita semua.. Niat Wawa hanyalah untuk mengingati kalian & mengingati diri Wawa sendiri.. renung-renunglah wahai sahabat.. janganlah sampai kita menjadi individu yang zindiq. Sentiasalah melakukan amalan muqarabah supaya hati kita sentiasa mengingati-Nya & takut untuk melakukan sebarang kemungkaran. Ingatlah, Dia sentiasa memerhatikan apa sahaja yang kita lakukan, malakat Ratib dan malaikat Atib sentiasa menjalankan tugas mencatat segala amalan kita..

Ingatlah wahai sahabat sekalian.. Wawa minta maaf jika ada kata2 Wawa menyinggung hati mana2 pihak.. Wawa menulis semua nie dengan qasad yang baik.. minta maaf sekali lagi yer.. terima kasih kerana sudi membaca.. Assalamualaikum w.b.t..






No comments:

Post a Comment